Asam pedas yang sedap, pastinya kuah pekat dan sedap secukup rasa masam dan pedasnya. Nak buat asam pedas yang betul-betul kaw, ada caranya. Malah bahan aroma seperti lada hitam, daun limau purut, daun kesum atau pudina untuk dimasukkan dalam kuah juga berbeza mengikut jenis ikan.
Mak-mak penggemar asam pedas, masakan yang terkenal daripada Selatan tanah air ni, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Nur Izaitul Fatihah Suhaimi ini.
Berikut perkongsian resipi tersebut;
“Ni resepi Asam Pedas Melaka dan Johor yang saya buat jual. Ramai yang tanya resepi. Jadi saya sertakan resepi sekali gambar asam pedas yang dah siap masak.”
Resipi Asam Pedas Melaka & Johor
Bahan-Bahan:
3 inci kunyit hidup
1/2 inci halia ( jika siakap, mayong and pari)
3 ulas bawang putih
9 biji bawang merah kecil
1/2 inci belacan (jika suka)
*Kisar semua di atas
3 senduk cili kisar (cili kering, rebus dan kisar )
Serai sebatang (ketuk)
Asam jawa besar bola pingpong (ambil pati)
Kuah Pekat Secukup Rasa Sedapnya!
Cara Membuat:
1. Tumis serai dan yang blender sampai kekuningan.
Ads
2. Masukkan cili kisar, tumis sampai garing.
3. Masukkan air asam jawa.
4. Masukkan daun (kesum /pudina/limau purut/lada hitam) Biar sampai mendidih.
5.Masuk garam dan masukkan ikan. Kalau nak tambah terung, tomato dan bendi pun boleh. Siap. Boleh makan.
Ads
Info Ekstra;
Ikan yang sedap:
Lada hitam: pari, jenahak, siakap, merah
Limau purut: kembung, tenggiri (paling best ), merah, jenahak
Daun kesum: mayong, cencaru, pari, siakap, keli (ikan yang kuat bau)
Pudina: semua
Ads
Asam pedas yang sedap, pekat kuahnya dan secukup rasa masam serta pedasnya. Mak-mak yang suka asam pedas boleh cuba resipi ini.
Ada caranya untuk pastikan Kek Marjerin yang dibuat elok ‘moist’, lembut, sedap dan berlemak. Iaitu dengan menggunakan teknik ‘mix’ dalam mesin pengadun selama 3 minit sehingga dapat adunan yang gebu dan beralun. Bukan apa, jika terkurang mahupun terlebih ‘mix’ memang boleh menyebabkan kek bantat atau tak jadi.
Kek marjerin merupakan antara kek mudah yang disediakan dan selalu dihidangkan waktu minum petang untuk anak-anak, mahupun diberikan pada saudara mara jika ada buat kenduri. Mungkin kerana bahan-bahannya yang tak banyak, cara nak buat pun senang je membuatkan kek ini selalu menjadi pilihan.
Boleh cuba resipi dan cara buat kek marjerin mudah, lemak gebu dan lembap daripada Puan Nor Aini Abd Rahman ini sebagai panduan;
Kek marjerin lemak ,gebu dan moist.
Bahan-Bahan:
160gm marjerin (Butterlite/buttercup)
150gm gula (blend halus)
Esen vanilla
1 sudu teh ovallette
4 biji telur A
1/4 cawan susu uht
180gm tepung naik sendiri (Self Raising Flour)
Cara Membuat:
1. Mix marjerin 3 minit, masukkan gula halus, esen vanilla, ovallette.
2. Mix lagi 3 minit, masukkan telur 1 per satu, mix sehingga gebu. Lepas masuk telur mix dengan speed tinggi 3-4 minit.
3. Ayak tepung self raising dan masuk susu segar, mix lagi sehingga jadi adunan yang gebu dan beralun.
4. Siapkan loyang ukuran 7 inci, sapu marjerin dan alas kertas baking.
5.Masukkan adunan, ratakan permukaan kek dengan spatula. Lorekkan dengan lidi untuk pecahkan bubble halus.
Mingguan Wanita:Boleh cuba buat sendiri kek marjerin ni di rumah. Sesuai buat untuk minum petang, atau jamuan nanti. Memang sedap, lemak gebu dan moist rasanya!
Ini petua masak untuk mak-mak yang suka buat kerja nak cepat dari seorang suri rumah, Suhana Mat Rasu yang mana cara penyimpanan yang diguna berkesan untuk tempoh masa lama bagi bahan-bahan masakan yang mesti ada di dapur tapi kadang kita guna sikit je…
1.Daun sup
Pokok daun sup perlu di simpan di dalam botol plastik (bekas minuman 1.5L) dan diletakkan didalam peti ais
Caranya:
Potong 2 botol minuman, masukkan pokok daun sup dan tutup. Penting untuk memastikan air diletakkan sedikit sahaja setakat cecah pada HUJUNG AKAR sahaja. Air yang banyak akan menyebabkan bahagian batang pokok tenggelam dan batang daun sup jadi lembik dan busuk.
Pokok yg disimpan dengan kaedah ini dapat bertahan lebih dari sebulan.
2.Lengkuas dan Serai
Disimpan di dalam botol kaca dan di isi dengan air sehingga tenggelam keseluruhan lengkuas dan serai tersebut.
Air boleh ditukar 2 minggu sekali atau ikut keperluan.
Perlu disimpan dalam peti ais dan mampu bertahan berbulan lamanya.
3.Cili api dan Lada Merah
Cili api dan lada merah perlu dibuang tangkai terlebih dahulu sebelum disimpan utk mengelakkan tangkai menjadi lembik sekaligus menyebabkan cili dan lada menjadi busuk.
Disimpan dalam bekas bertutup yg di alas dengan tisu dapur atau kertas surat khabar.
Setiap kali menggunakan bahan ini, rajin-rajinkan diri untuk lap penutup bekas simpanan cili supaya wap-wap air hilang dan salin tisu dan kertas jika dah terlalu basah.
Simpan dalam peti sejuk InshaaAllah akan tahan lama.
Bahan-bahan yang disimpan dengan cara yg betul akan dapat bertahan lama. Di samping memudahkan dan mengelakkan pembaziran, duit belanja dapur kita juga dapat dijimatkan.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tak semua mak-mak mampu tanak pulut dengan baik. Boleh jadi, ada yang terlebih letak air sebab tak tahu sukatan yang betul untuk memasaknya .
Tak kurang juga yang lebiih suka tanak pulut dengan mengukus dan ada juga cara yang lebih senang dengan hanya masak di dalam perik nasi sahaja. Semua ini bergantung kepada cara masing-masing.
Satu rahsia yang boleh dikongsi bersama Khadijah Jaafar dalam menanak pulut adalah dengan menggantikan air dengan air kelapa muda semasa tanak pulut. Menariknya, pulut yang dimasak tadi lembut dan wangi.
Bagi mak-mak yang menggunakan periuk nasi, tentulah ia tidak berkerak. Boleh cuba cara ini.
“Ini rahsia untuk membuatkan pulut sedap dan wangi, caranya dengan menggunakan air kelapa muda.
“Cara nak masak pun hanya guna periuk nasi. Paling penting, tetap lembut dan sedap. Pulut pun tidak jadi berkerak. Sungguh enak dinikmati bersama ikan masin dan kelapa parut.
Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut susu
2 cawan air kelapa muda
Cara Membuat:
1. Sukat 2 cawan beras pulut.
2. Basuh beras pulut hingga bersih.
3. Masukkan air kelapa. Kalau tiada stok air kelapa, boleh juga guna air biasa sahaja.
4. Kemudian, masaklah pulut seperti biasa dalan rice cooker.
Bila pulut dah masak. Biarkan seketika ‘keep warm’ dan siap. Sedap di makan dengan kelapa parut & ikan masin.
Selamat mencuba!
#resepiciktie
MW: Nanti hujung minggu bolehlah masak untuk sarapan keluarga. Memang syoklah…
Seorang lelaki Malaysia maut selepas ditembak di Sungai Golok, Thailand. Mangsa dipercayai terlibat dalam masalah hutang yang membawa kepada tragedi berdarah di sempadan Malaysia-Thailand.