Ads

Perbezaan Usia 33 Tahun Bukan Halangan, Sofea & Pak Lan Sudah 10 Tahun Hidup Bersama

Perbezaan Usia
Perbezaan Usia

Perbezaan usia mungkin menjadi perhatian ramai, tetapi bagi Sofea dan Pak Lan, perjalanan hampir sedekad bersama menjadi bukti bahawa kehidupan rumah tangga mereka mempunyai cerita tersendiri.

Siapa sangka hubungan yang pada awalnya hanya dianggap seperti antara anak dan bapa angkat akhirnya membawa kepada sebuah perkahwinan.

Perbezaan Usia 33 Tahun Bukan Halangan

Jarak usia 33 tahun menjadi tarikan sesiapa sahaja yang memandang pasangan ini. Namun mereka bahagia dan saling menerima.  Menurut lelaki ini, pada awalnya kekok juga nak panggil ayah tetapi dia kena biasakan diri.

“Lama-kelamaan, hilang perasaan kekok dan walaupun tak rapat, hubungan kami baik, malah boleh bersembang juga bergurau,” kata Roslan Harun atau mesra disapa Pak Lan.

Pak Lan, 60, bekerja sebagai tukang cat dan ditakdirkan berkahwin dengan wanita muda, Nur Sofea Safina Mohd Hammali yang berusia 27 tahun, 10 tahun lalu.

Kisahnya mendapat perhatian di media sosial bukan sahaja kerana berkahwin dengan pasangan jauh lebih muda, tetapi juga mencipta keserasian dengan bapa mentua, Mohd Hammali Mohd Yusoff, 47, yang 13 tahun lebih muda daripadanya.

“Ibu (mentua), Hashimah Yon, 44, dan bapa mentua saya tak pernah tunjuk tak suka tapi waktu awal perkahwinan dulu, saya dapat rasakannya daripada perlakuan mereka.

Ads

“Sebagai menantu, saya buat macam biasa saja dan tak pernah menjauhkan diri. Syukur kerana lama-kelamaan mereka boleh terima.

“Tapi saya hulurkan salam dengan pegang kedua-dua tangannya sebagai tanda hormat. Antara kami tiada masalah termasuk dengan ibu mentua dan ipar yang lebih muda daripada saya, malah baru-baru ini kami berkumpul dengan bercuti di Langkawi,” katanya.

Sofea & Pak Lan Sudah 10 Tahun Hidup Bersama

Lebih menarik, Pak Lan sebenarnya tidak pernah menyangka akan kembali mendirikan rumah tangga selepas perkahwinan pertamanya berakhir pada 1998.

Dia mengakui pernah berasa serik dan tidak lagi mempunyai keinginan untuk berkahwin. Namun pertemuannya dengan Sofea mengubah segala-galanya.

Ads

Bagaimanapun, dia menganggap perkahwinan dengan isterinya itu sebagai jodoh dan aturan terbaik Allah SWT walaupun ditakdirkan berkahwin lagi pada usia separuh abad.

“Saya tak tahu apa keistimewaan saya pada pandangan matanya namun mungkin dia jatuh cinta kerana saya ambil berat sampai sakit peningnya pun saya peduli hingga bawa ke klinik selain beri nasihat jika diminta,” katanya.

Sofea turut mengakui kematangan serta sikap prihatin Pak Lan membuatkan hatinya terbuka untuk menerima lelaki tersebut.

Ads

Walaupun pernah menerima persoalan daripada orang sekeliling kerana memilih pasangan yang jauh lebih berusia, Sofea tidak melihat perbezaan umur sebagai penghalang.

Anda mungkin berminat dengan

Selepas 10 tahun bersama, Sofea berkata mereka masih belajar memahami rentak kehidupan masing-masing.

“ Saya muda lagi waktu itu, jadi kena ikut rentak suami, suami pun kena cuba ikut rentak saya.

“Syukur kerana Allah SWT permudahkan segalanya, cuma biasalah ada yang mempersoalkan pilihan saya.

“Tapi sampai ke hari ini, kami masih bersama,” katanya.

Bagi Sofea, perkahwinan mereka bukanlah hasil paksaan keluarga, sebaliknya keputusan yang dibuat atas dasar perasaan dan pilihan sendiri.

Kini, selepas melalui pelbagai fasa kehidupan bersama, pasangan itu terus melangkah sebagai suami isteri dan berharap hubungan mereka kekal hingga ke akhir hayat.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

abby abadi

Abby Abadi Luah Isi Hati Di Hari Jadi Ke-18 Maria Danisha,...

Abby Abadi meluahkan isi hati sempena ulang tahun ke-18 Maria Danisha. Meski mengakui kecil hati, pelakon itu tetap menitipkan ucapan buat anaknya.