Ads

Pempengaruh Sukan Larian Meninggal Dunia, Pengsan 500 Meter Sebelum Garisan Penamat

Pempengaruh Sukan Larian
Pempengaruh Sukan Larian

Seorang pempengaruh sukan larian yang juga pelajar pascasiswazah Korea Advanced Institute of Science and Technology (KAIST) dilaporkan meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai acara separuh maraton Seoul Race 2026 pada Ahad lalu.

Mangsa, Yoo Ji Won, dilaporkan rebah kira-kira 500 meter dari garisan penamat.

Menurut Jawatankuasa Penganjur Seoul Race, kejadian berlaku sekitar jam 8.49 pagi pada 11 Oktober lalu ketika mangsa berada di kilometer 20.6 dalam acara separuh maraton berkenaan, lapor Koreaboo.

Pempengaruh sukan larian meninggal dunia

Pempengaruh Sukan Larian Meninggal Dunia, Pengsan 500 Meter Sebelum Garisan Penamat

Pasukan perubatan di lokasi segera memberikan bantuan kecemasan termasuk melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) terhadap mangsa.

Bagaimanapun, mangsa tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Mangsa disahkan meninggal dunia pada hari yang sama.

Ads

Dalam satu kenyataan pada 12 Oktober, pihak penganjur turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa atas kejadian yang tidak dijangka itu.

“Kami mendoakan agar mendiang bersemadi dengan tenang dan menyampaikan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga yang sedang berdepan dengan kehilangan mengejut ini,” menurut kenyataan itu.

Pengsan 500 Meter Sebelum Garisan Penamat

Pempengaruh Sukan Larian Meninggal Dunia, Pengsan 500 Meter Sebelum Garisan Penamat

Difahamkan, Yoo yang dilahirkan pada tahun 2001 merupakan pelajar pascasiswazah di KAIST dan sedang menjalankan penyelidikan dalam bidang semikonduktor kecerdasan buatan (AI).

Ads

Selain bergelar pelajar, mendiang juga aktif sebagai pelari amatur dan pempengaruh sukan larian.

Malah, Yoo sebelum ini berjaya menamatkan acara maraton penuh Seoul Marathon 2026 pada 15 Mac lalu dengan catatan masa 2 jam 56 minit 32 saat.

Pempengaruh Sukan Larian Meninggal Dunia, Pengsan 500 Meter Sebelum Garisan Penamat

Pencapaian tersebut membolehkan mendiang meraih status sub-3, iaitu istilah bagi pelari yang berjaya menamatkan maraton penuh dalam tempoh kurang tiga jam.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Susulan berita pemergiannya, peminat dan pengikut Yoo turut membanjiri ruangan komen di akaun media sosial mendiang dengan ucapan takziah serta penghormatan terakhir.

Pemergiannya secara mengejut ini membuatkan ramai peminat sukan di Korea rasa sedih. Tak sangka, ketika sedang melakukan perkara yang diminati dan berlari dengan begitu baik, kejadian tragis seperti ini boleh berlaku.

 

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Pemeriksaan bakal haji

Pemeriksaan Bakal Haji Bongkar Sikap Suami, Seumur Hidup Isteri Urus Sampai...

Pemeriksaan bakal haji bongkar kisah suami 80 tahun yang seumur hidup bergantung kepada isteri hingga tidak biasa berdikari dan menguruskan diri sendiri.