
Wanita tampak lebih manis apabila memilih untuk pakai longgar dan labuhkan tudung. Memang tidak sempurna, tetapi Tengku Norhasniny Suraya cuba jadi versi terbaik dalam menjaga auratnya demi anak-anak tersayang jadikan sebagai contoh.
Suka Pakai Longgar & Tudung Menutup Dada

Baginya, tidak perlu tudung pendek untuk nampak fashionable. Dan tidak perlu tunjuk bentuk badan untuk nampak cantik. Janji selesa, tutup aurat dan yang penting bila pakai, kita rasa yakin.
Aktif berkongsi info tentang penjagaan penampilan yang menutup aurat di media sosial, rupanya wanita ini sebenarnya sudah lama terlibat dalam bidang fesyen.
Menurutnya, dia sudah berniaga kecil-kecilan dari tahun 2014 di bawah brand sendiri iaitu Nyleascarf tetapi sekarang sudah rebranding ke Nizu. Jadi secara tidak langsung minat itu datang sendiri.
“Tambah saya suka pada benda yang nampak cantik, jadi sama juga untuk fesyen. Ramai yang rasa bila nak menutup aurat susah nak berfesyen tetapi sebenarnya boleh sahaja. Dari situ saya cuba untuk kongsi gaya pemakaian fesyen dengan pengikut laman media sosial.”
Tengku Norhasniny Suraya Berfesyen Ikut Syariat Islam

Isteri kepada Mohd Zuhair ini juga masih aktif dalam bidang perniagaan, fokus fesyen muslimah seperti handsock, tudung dan pakaian. Meneruskan minatnya dalam bisnes pakaian, misinya cuma satu iaitu supaya wanita-wanita boleh berfesyen tetapi masih dapat menutup aurat mengikut ajaran Islam.
Dalam usia 40 tahun, Tengku Norhasniny Suraya atau lebih mesra dengan panggilan Puan Niny tidak pernah menolak tua dan memilih untuk menjaga auratnya tanpa perlu berlawan dengan orang sekeliling.
“Sebenarnya bila kita dah MULA faham bab aurat, kita tidak lagi judge orang yang pakai longgar, tudung labuh, pakai handsock dan stokin itu macam melebih-lebih.
Contoh ayat kurang sedap dilantun, “Macam baik sangat je…” atau “macam ustazah lah”.
Bagi Puan Niny, itu cuma asas dalam menutup aurat untuk wanita Islam yang semua orang patut pakai. Bukan untuk sesetengah orang sahaja.
Apa yang lebih menarik, setiap kali berkongsi gambar pakaian yang dipakai di media sosial, ramai pengikutnya komen dan mesej yang mereka juga mula memakai handsock sebab selalu tengok perkongsiannya pasal menutup aurat.
Ternyata, cara berfesyen yang dipakai oleh Puan Niny mampu mengubah penampilan wanita-wanita di luar sana menjadi lebih baik dan menjaga aurat dengan betul. Ada yang sudah mula pakai handsock, ada yang kata baru mula pakai stokin dan ada juga yang mula labuhkan tudung serta longgarkan pakaian.
Kongsinya lagi, “Iman kita memang sentiasa turun naik. Bukan mudah nak istiqamah buat apa yang Allah suruh. Hari-hari berperang dengan nafsu dan kehendak sendiri. Bagi saya, selain paksa diri, kita juga kena banyak berdoa moga Allah tetapkan hati kita. Istiqamah dalam berbuat sesuatu.”
“Masa nak mula labuhkan tudung dulu, macam-macam perasaan datang. Mesti tak cantik, nampak macam makcik, selekeh dan tak fashionable. Pastu takut orang sekeliling pula perli.
“Tetapi apabila sudah mulakan, faham sangat perasaan tu. Nak berubah, bukan mudah. Bila sudah mula pakai labuh tutup dada, tak ada pun jadi macam yang kita fikir. Itu cuma perasaan kita sahaja.”
Tip Pakai Tudung Labuh

Tak perlu tergesa-gesa membuat perubahan, boleh mulakan perlahan-lahan dari tudung, tangan dan sampai kaki pun bertutup setiap kali keluar rumah.
Mungkin ada yang rasa sukar untuk mencari tudung yang sesuai dan terletak elok bila dipakai. Jadi cara Puan Niny, “Anda boleh cari gaya yang sesuai, material tudung yang terletak elok bila dipakai, dan pilih lah bidang yang besar sedikit supaya senang nak styling.
“Saya pakai bidang 48”++, elok tutup depan dan belakang. Tudung yang tepat juga penting untuk dapat hasil yang kemas. Insya Allah cantik dan aurat pun terjaga.”
Amalkan Doa Sebelum Keluar Rumah

Anda mungkin berminat dengan
Menyentuh hal penampilan ini sebenarnya kita semua sedang belajar untuk istiqamah. Jadi kalau nampak seseorang tengah cuba berubah, jangan judge, dan jangan hina. Tapi tegur dengan adab. Bagi dia ruang untuk belajar, bukan penyebab untuk dia berhenti berubah.
Kita boleh usahakan pakai handsock sampai jatuh cinta, sampai sayang nak tinggal.
Selain pendedahan tentang pemakaian menutup aurat, Puan Niny juga ada kongsikan beberapa doa amalan sebelum keluar rumah:
1. Bismillahillazi la yadurru ma asmihi syai’un fil ardhi wala fissamai wahuwassami ul alim.
2. Bismilahi tawakkaltu ’alaallah, la haula wa la quwwata illaa billaah.
3. Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wa min khalfihim saddan fa agsyaina hum fa hum la yubsiroon.
Ringkas doanya, namun mungkin wanita-wanita lain juga boleh amalkan doa ini sebagai pelindung. Semoga perkongsian Puan Niny ini mampu membuatkan wanita-wanita luar sana untuk menjaga aurat dan melindungi diri daripada pandangan ‘jahat’ tanpa sedar.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

