Ads

PU Amin Dedah Bahaya Makan Ayam Bangkai, “Takut Anak-Anak Kita Kenyang Dari Sumber Kotor…”

ayam bangkai

PU Amin dedah bahaya makan ayam bangkai, “takut anak-anak kita kenyang dari sumber kotor…

Susulan serbuan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap premis pemprosesan ayam di kawasan Pasar Pudu, Kuala Lumpur yang mencetuskan persoalan mengenai kaedah penyembelihan, pendakwah terkenal, Pencetus Ummah (PU) Amin tampil mengingatkan masyarakat mengenai bahaya pengambilan ayam bangkai termasuk kesannya terhadap hati, jiwa dan keberkatan hidup.

Lebih membimbangkan, PU Amin turut meluahkan kegusaran terhadap nasib anak-anak yang mungkin menikmati makanan daripada sumber haram (ayam bangkai ) tanpa disedari ibu bapa sehingga menjadi darah daging mereka.

ayam bangkai
Kesan makan ayam bangkai ni menakutkan, hati hitam, darah daging tumbuh dari sumber makanan yang haram, susah nak dengar cakap, jiwa tak tenang, serabut 24 jam, bahagia musnah, semua ni punca makanan – PU Amin
‘Kesan Makan Ayam Bangkai Ini Menakutkan’ – PU Amin

Menerusi perkongsiannya, PU Amin menyifatkan pengambilan ayam bangkai  sebagai perkara serius yang tidak boleh dipandang ringan terutama apabila dikaitkan dengan pembentukan akhlak, ketenangan jiwa dan keharmonian rumah tangga.

“Kesan makan ayam bangkai ni menakutkan, hati hitam, darah daging tumbuh dari sumber makanan yang haram, susah nak dengar cakap, jiwa tak tenang, serabut 24 jam, bahagia musnah, semua ni punca makanan.

“Jaga-jaga dengan apa yang kita makan. Takut anak-anak kita kenyang dari sumber yang kotor. Ya Allah lindungi kami Ya Allah,” katanya.

Peringatan tersebut menekankan kepentingan menjaga sumber makanan halal dalam kehidupan seharian khususnya bagi ibu bapa yang bertanggungjawab memastikan setiap hidangan untuk keluarga diperoleh daripada sumber yang diyakini.

NGO Surplus Serbu Premis Ayam Di Pasar Pudu

Terdahulu, isu penyembelihan ayam mencetuskan perhatian ramai selepas Ketua Aktivis Surplus, Sophian Mohd Zain bersama beberapa aktivis lain menyerbu sebuah premis menjual ayam mentah di kawasan Pasar Pudu, Kuala Lumpur.

Ads

Kejadian itu mendapat perhatian selepas rakaman siaran langsung TikTok yang memaparkan pemeriksaan aktivis berkenaan tular di media sosial sejak 19 Oktober 2026.

 

View on Threads

 

Menerusi rakaman tersebut, Sophian dilihat mengangkat dua ekor ayam daripada tong penyimpanan sambil mendakwa haiwan berkenaan tidak melalui proses sembelihan yang sepatutnya.

Beliau turut menggesa pihak berkuasa agama termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya segera menjalankan pemeriksaan dan menyita ayam di premis terbabit untuk siasatan.

ayam bangkai
Dapat dilihat dari video, ayam masih hidup ketika selepas disembelih walau sudah dicampak ke dalam tong air panas

Lebih mengejutkan, rakaman yang tersebar turut menimbulkan dakwaan bahawa terdapat ayam yang dicampakkan ke dalam air panas ketika masih hidup sekali gus mencetuskan persoalan sama ada ayam tersebut mati melalui proses sembelihan yang sah atau sebaliknya.

Ads

Isu itu bukan sahaja membangkitkan kebimbangan mengenai status halal ayam, malah turut menimbulkan persoalan tentang kebersihan premis serta lokasi bekalan ayam berkenaan diedarkan kepada pengguna.

JAKIM Sahkan Siasatan, Syarikat Bukan Pemegang Sijil Halal

Susulan kontroversi berkenaan, JAKIM mengesahkan siasatan menyeluruh sedang dijalankan bersama pihak berkuasa tempatan terhadap syarikat pembekal ayam yang terlibat.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee memaklumkan bahawa syarikat terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Sementara itu, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menggesa siasatan segera dijalankan bagi mengenal pasti kaedah penyembelihan, status halal serta rangkaian pengedaran ayam tersebut.

Ads

Beliau turut meminta siasatan bersepadu melibatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), termasuk pemeriksaan kebersihan premis, pematuhan undang-undang serta status permit pekerja asing.

Anda mungkin berminat dengan

Mohd Radzi juga telah mengemukakan aduan rasmi kepada Pejabat Ketua Pengarah JAKIM dan memaklumkan perkara itu kepada Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Ayam Tidak Disembelih Mengikut Syarak, Apa Hukumnya?

Dalam Islam, ayam merupakan haiwan yang halal dimakan, namun proses penyembelihannya perlu memenuhi syarat yang ditetapkan hukum syarak.

Ayam yang mati sebelum disembelih secara sah dikategorikan sebagai bangkai dan haram dimakan, kecuali dalam keadaan darurat yang memenuhi syarat agama.

Bagaimanapun, status ayam yang dipersoalkan dalam kejadian tular itu masih tertakluk kepada hasil siasatan pihak berkuasa. Ketiadaan sijil halal juga tidak secara automatik membuktikan sesuatu makanan adalah haram.

Justeru, pengguna Islam disarankan mendapatkan bekalan ayam daripada pembekal yang diyakini serta mempunyai pengesahan halal yang sah.

Peringatan PU Amin agar masyarakat berhati-hati dengan sumber makanan menjadi mesej penting kepada setiap keluarga. Apa yang dihidangkan di meja makan bukan sekadar memenuhi keperluan fizikal, tetapi turut berkait dengan tanggungjawab menjaga halal dan haram dalam kehidupan.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Anak-anak Gaza

Makin Ramai Anak-anak Gaza Hilang Ibu Dan Tempat Tinggal, Nilai Kemanusiaan...

Tidak sekali pun kita membisu tentang anak-anak Gaza, malah ramai yang masih mendoakan dan berjuang dalam diam menerusi pelbagai cara.