
Kisah Dr. Siti Hawa Apandi, pesakit pertama Spinal Muscular Atrophy (SMA) di negara ini pernah tular kerana berjaya menamatkan semua peringkat pengajian tinggi di universiti yang sama. Malah ibunya turut masuk kolej kerana menjadi kaki dan tangan buat anaknya.
Dr. Siti Hawa Apandi Telah Kembali Ke Rahmatullah

Namun hari ini, anaknya Dr. Siti Hawa Apandi telah ke rahmatullah pada 27 Oktober 2026 bersamaan 16 Jamadilawal 1448H. Khabar duka itu dikongsikan oleh UMPSA Malaysia dalam satu hantaran di Facebook.
Allahyarhamah merupakan alumni daripada Fakulti Komputeran dan penerima Malaysia Book of Records (MBR) yang diiktiraf sebagai “First ‘SMA’ Patient to Complete Continuous Higher Education Studies From Single University.
Pernah Tular Kerana Masuk Kolej Ditemani Ibunya

Sebelum ini, media melaporkan Allahyarhamah disahkan menghidap penyakit genetik jarang jumpa SMA sejak zaman kanak-kanak yang menyebabkan fungsi ototnya merosot secara progresif sehingga terpaksa bergantung sepenuhnya pada kerusi roda.
Bagaimanapun, keterbatasan fizikal itu langsung tidak mematahkan semangatnya apabila Siti Hawa mula mendaftar di UMPSA pada 2007 untuk pengajian peringkat diploma dan meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian, diikuti Ijazah Sarjana Sains Komputer, sebelum berjaya menggenggam Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kepintaran Buatan (AI).
Apa yang menyentuh emosi, sepanjang belajar di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), ibunya, Zaidah Tamjis, 63, yang membantu menyalin nota, menyelak kertas, termasuk kertas peperiksaan dan menyuapkan makanan

Anda mungkin berminat dengan
Sepanjang hayatnya, kecemerlangan akademik Siti Hawa turut diiktiraf menerusi beberapa anugerah berprestij termasuk Heitech Industry Excellence Award 2013 dan Anugerah Kecemerlangan Inklusif Abdullah Bin Ummi Maktum ketika pengajian PhD.
Siti Hawa dimasukkan ke hospital pada tahun lepas akibat jangkitan bakteria dan menghabiskan kira-kira 50 hari di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini.
Dan sampai ajalnya, allahyarhamah meninggal dunia di kediamannya. Salam takziah buat ahli keluarnganya. Al Fatihah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

