Ads

Zakat Selangor Lancar Kempen ‘Kerana Zakat’, Seru Masyarakat Bantu Lebih 82,000 Keluarga Asnaf

Zakat Selangor

SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) melancarkan kempen ‘Kerana Zakat’ dengan slogan ‘Kita Peduli’ bagi mengajak masyarakat menyantuni lebih 82,000 keluarga asnaf yang terdiri daripada golongan fakir, miskin dan mualaf di Selangor.

Kempen yang berlangsung dari Oktober hingga Disember 2026 itu turut menyeru umat Islam, khususnya di Selangor, supaya menyegerakan kewajipan berzakat sebelum berakhirnya tahun ini bagi memastikan kebajikan golongan memerlukan terus terbela.

Zakat Selangor
Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Selangor, Mohd Khaidzir Shahari

Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Selangor, Mohd Khaidzir Shahari berkata, golongan asnaf memerlukan pelbagai bentuk bantuan termasuk keperluan asas, pendidikan, perubatan, kebajikan dan pembangunan ekonomi.

“Kepedulian ini adalah tanggungjawab bersama. Pembayar zakat menunaikan kewajipan mereka, manakala Zakat Selangor mengurus amanah tersebut supaya manfaatnya sampai kepada golongan yang berhak,” katanya pada Majlis Sepetang Bersama Media dan Pelancaran Kempen Hujung Tahun Zakat Selangor 2026 di sini, pada 20 Oktober.

Zakat Selangor Agih Lebih RM750 Juta Bantu Golongan Asnaf

Bagi tempoh Januari hingga September 2026, Zakat Selangor telah mengagihkan lebih RM750 juta dana zakat menerusi pelbagai bentuk bantuan, termasuk program pembangunan asnaf.

Ads

Sepanjang kempen, pelbagai aktiviti akan dilaksanakan termasuk ziarah asnaf, agihan bantuan persekolahan sesi 2027, latihan dan bantuan keusahawanan, inisiatif kerjaya asnaf serta program dakwah dan komuniti.

Zakat Selangor
Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) melancarkan kempen ‘Kerana Zakat’ dengan slogan ‘Kita Peduli’

Beberapa program bersama pembayar zakat turut dirancang bagi memberi peluang kepada mereka mendekati kehidupan asnaf, memahami cabaran yang dihadapi dan mengeratkan hubungan dengan penerima bantuan.

Dalam perkembangan sama, Zakat Selangor menjalin kerjasama strategik dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerusi Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) bagi menyediakan kediaman kepada golongan asnaf yang layak.

Ads

Kerjasama itu menggabungkan subsidi kerajaan dengan pembiayaan zakat, apabila Zakat Selangor menanggung baki kos pembinaan rumah selepas ditolak subsidi kerajaan.

Mohd Khaidzir berkata, harga sebuah rumah yang dibina SPNB dianggarkan antara RM70,000 hingga RM90,000, manakala kerajaan menyediakan subsidi sebanyak RM20,000 bagi setiap unit.

Ads

Katanya, bagi rumah berharga RM70,000, baki RM50,000 boleh ditampung menggunakan wangzakat, sekali gus mengurangkan kos pembinaan menerusi kerjasama berkenaan.

Anda mungkin berminat dengan

Beliau berkata, spesifikasi rumah turut ditambah baik supaya menepati standard rumah bantuan Zakat Selangor dan berada dalam keadaan siap didiami, sekali gus membuka peluang kepada lebih ramai keluarga asnaf menikmati kediaman yang lebih baik.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen ‘Kerana Zakat’ menerusi laman web jom.zakat4u.com.my atau saluran media sosial rasmi Zakat Selangor.

Majlis turut dihadiri Ketua Pegawai Korporat dan Projek Khas Zakat Selangor, Ariffa Ariffin. #

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Bella Astillah

Bella Astillah Mula Tugas Sebagai Isteri & Ibu, Jaga Makan Syed...

Seronok melihat semyuman Bella Astillah di samping suaminya, Syed Saddiq dan anak-anak tersayang. Sudah lebih seminggu mereka bergelar suami isteri yang sah