Ads

Pernah Hidap Kanser Payudara, Dr Amelia Kini Gerakkan Wanita Melalui Sukan

kanser payudara

Menerima diagnosis kanser ketika baru bergelar ibu dan sedang membina kerjaya bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, bagi Dr. Amelia Siah, pengalaman berdepan penyakit itu mengubah cara beliau melihat kepentingan kesihatan diri.

Pengasas, Ketua Pegawai Eksekutif dan doktor estetik Aglow Clinic itu kini menggunakan pengalaman peribadinya untuk menggalakkan lebih ramai wanita memberi perhatian kepada kesihatan menerusi inisiatif yang menggabungkan sukan, kesejahteraan dan pendidikan kesihatan.

Usaha tersebut diterjemahkan melalui Aglow Cup 2026, sebuah inisiatif yang menggabungkan sukan padel, aktiviti wellness dan kesedaran kanser payudara sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara. Acara itu dijadualkan berlangsung pada 10 Oktober 2026 di Pop Padel, Bamboo Hills, Kuala Lumpur.

Baca artikel: Diuji Kanser Payudara Ketika Hamil Anak Kedua, Puan Tan Menangis Fikir Nasib Anak 

Didiagnosis Kanser Payudara Ketika Baru Bergelar Ibu

kanser payudara

Pada 2020, ketika sedang bersiap untuk memulakan fasa baharu dalam kerjayanya dan merancang pembukaan Aglow Clinic, Dr. Amelia menemui ketulan pada payudaranya beberapa bulan selepas melahirkan anak pertama.

Ketulan yang pada awalnya kelihatan kecil itu kemudiannya disahkan sebagai kanser payudara.

Dalam tempoh tersebut, beliau perlu mengimbangi tanggungjawab sebagai ibu baharu, usaha membina perniagaan dan perjalanan rawatan yang tidak pernah dijangka.

Dr. Amelia menjalani pelbagai rawatan termasuk kemoterapi, pembedahan, radioterapi dan ubat oral. Perjalanannya merangkumi 16 kitaran kemoterapi serta 20 sesi radioterapi.

Ads

Selepas kira-kira satu setengah tahun menjalani rawatan, beliau disahkan bebas daripada kanser. Pengalaman itu menjadi titik perubahan dalam cara beliau memahami kepentingan menjaga kesihatan secara proaktif, bukan hanya apabila masalah mula timbul.

Aglow Cup, Lebih Daripada Acara Kecergasan

Bagi Dr. Amelia, pengalaman menghadapi kanser payudara bukan sekadar sebahagian daripada kisah peribadinya. Ia turut menjadi inspirasi untuk mewujudkan ruang yang menggalakkan wanita berbincang secara lebih terbuka mengenai kesihatan.

kanser payudara

Menerusi Aglow Cup 2026, sukan padel dijadikan medium untuk menghimpunkan wanita, membina komuniti dan menyampaikan maklumat kesihatan.

Selain pertandingan padel wanita, acara ini menampilkan kelas Pilates, sesi Core & Mobility, pengalaman urutan pemulihan Spinalive serta aktiviti interaktif.

Ads

Pertandingan padel wanita itu turut menawarkan jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM50,000.

Pendekatan ini membawa mesej bahawa menjaga kesihatan boleh bermula melalui langkah yang mudah, termasuk kekal aktif, berkongsi pengalaman dan mendapatkan maklumat yang tepat.

Pendidikan Kesihatan Payudara Turut Diberi Perhatian

Selain aktiviti fizikal, Aglow Cup 2026 turut mengetengahkan pendidikan berkaitan kanser payudara melalui kerjasama dengan Breast Cancer Welfare Association Malaysia (BCWA).

Antara pengisian yang dirancang ialah Clinical Breast Examination (CBE) dan pendidikan mengenai pemeriksaan payudara sendiri.

kanser payudara

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Inisiatif tersebut bertujuan membantu wanita memahami kesihatan payudara, mengenali perubahan yang perlu diberi perhatian dan mengetahui bila mereka perlu mendapatkan penilaian profesional.

Pemeriksaan sendiri tidak menggantikan pemeriksaan klinikal atau saringan yang disarankan oleh profesional kesihatan. Sebarang perubahan pada payudara wajar dinilai oleh doktor.

Menariknya, 100 peratus hasil kutipan amal menerusi Aglow Cup 2026 akan disalurkan kepada BCWA bagi menyokong usaha kesedaran, pendidikan dan sokongan untuk komuniti yang terkesan oleh kanser payudara.

Mengubah Pengalaman Peribadi Menjadi Sokongan Untuk Wanita

Perjalanan Dr. Amelia menunjukkan bagaimana pengalaman berdepan penyakit serius boleh mendorong seseorang membuka ruang sokongan kepada orang lain.

Menerusi gabungan sukan, wellness dan pendidikan kesihatan, Aglow Cup membawa mesej bahawa kesejahteraan wanita bukan hanya tentang penampilan fizikal, tetapi juga kesedaran, keyakinan dan keprihatinan terhadap tubuh sendiri.

Bagi wanita, mengambil berat tentang kesihatan bukan sesuatu yang perlu ditangguhkan sehingga muncul gejala. Mendapatkan maklumat yang tepat, menjalani pemeriksaan yang bersesuaian dan mendapatkan nasihat profesional apabila perlu ialah antara langkah penting untuk menjaga diri.

Baca juga artikel: Ini 8 Tanda Awal Kanser Payudara, Tapi Ramai Wanita Yang Lambat Sedar & Tak Ambil Peduli

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Kes bunuh Irene Sofiya

Kes Bunuh Irene Sofiya: Rakan Sekelas Didakwa, Tidak Dibenarkan Ikat Jamin

Pelajar lelaki Tingkatan Empat yang juga rakan sekelas Irene Sofiya didakwa membunuh mangsa di Yong Peng. Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.