Ads

Diuji Kanser Payudara Ketika Hamil Anak Kedua, Puan Tan Menangis Fikir Nasib Anak

kanser payudara ketika hamil

Diuji kanser payudara ketika hamil anak kedua, Puan Tan menangis fikir nasib anak.

Kanser payudara ketika hamil bukan ujian mudah buat seorang wanita apatah lagi apabila memikirkan nasib anak-anak yang masih kecil.

Itulah pengalaman Puan Tan Chiew Mei yang disahkan menghidap kanser payudara pada usia 37 tahun ketika sedang mengandungkan anak kedua. Sepanjang malam dia menangis, dihantui persoalan siapa yang akan menjaga anak perempuan sulungnya jika ditakdirkan dia sudah tiada.

kanser payudara ketika hamil
Puan Tan Chiew Mei bersama keluarga kini menjalani kehidupan yang semakin sihat

Segalanya bermula apabila Puan Tan menyedari ketulan keras pada payudaranya. Pemeriksaan ultrabunyi pertama memberikan sedikit kelegaan namun dua minggu kemudian ketulan tersebut didapati semakin membesar. Hasil biopsi mengesahkan dia menghidap kanser payudara triple-negatif, jenis kanser yang paling ditakutinya selepas membaca mengenainya di internet.

Nekad Teruskan Kehamilan Walaupun Perlu Kemoterapi

Di sebalik ketakutan, Puan Tan tetap bertekad mendapatkan rawatan dan meneruskan kehamilannya.

“Saya mahu mendapatkan rawatan. Dan saya mahu meneruskan kehamilan. Kemoterapi dimulakan beberapa hari selepas diagnosis namun dia mengakui sering kelu apabila berhadapan doktor.

“Saya memang tidak tahu apa yang hendak ditanya,” katanya.

Ads

Bukan kerana malu sebaliknya fikirannya sering kosong setiap kali diberi peluang bertanya. Walaupun mempercayai keputusan doktor, dia tidak semestinya memahami setiap perubahan yang dialami sepanjang rawatan termasuk masalah kulit gatal dan gusi sakit.

Pengalaman itu menyedarkannya tentang kepentingan membuat persediaan sebelum janji temu dan tidak memandang remeh sebarang persoalan berkaitan kesihatan.

kanser payudara ketika hamil
Pakar Perunding Onkologi Klinikal OncoCare Malaysia, Dr John Low Seng Hooi

Menurut Pakar Perunding Onkologi Klinikal OncoCare Malaysia, Dr John Low Seng Hooi, rawatan kanser payudara ketika hamil memerlukan perancangan teliti kerana bukan semua ubat sesuai digunakan sepanjang kehamilan.

Pesakit perlu memahami tujuan rawatan, kemungkinan kesan sampingan serta mendapatkan penjelasan tentang sebarang kebimbangan.

“Tiada soalan yang tidak boleh ditanya kepada pasukan perubatan anda,” jelasnya.

Ads

Selepas Bersalin, Perjuangan Belum Berakhir

Antara detik paling meruntun hati ialah selepas Puan Tan melahirkan bayi lelakinya. Sebaik tersedar daripada pembedahan dalam keadaan tubuh lemah dan sakit, air matanya kembali mengalir.

Bukan kerana tidak bersyukur tetapi mengenangkan perjalanan rawatan yang masih panjang. Dia perlu menjaga dua anak kecil, meneruskan kemoterapi dan menerima hakikat tidak dapat menyusukan bayinya sepanjang rawatan.

Kesan kemoterapi turut menguji ketahanannya. Rambut gugur, kaki sakit dan terasa mencucuk-cucuk sehingga sukar berjalan selain mengalami masalah gusi sakit serta kulit gatal.

Ads

Mujurlah suami, ibu dan adik-beradik sentiasa membantu menguruskan keluarga manakala majikannya memberikan sokongan berkaitan cuti sakit berpanjangan.

Anda mungkin berminat dengan

Menurut Jururawat Pendidik Onkologi, Norhaniza Mohd Rashid, pesakit tidak seharusnya memendam kebimbangan tentang kesan rawatan terhadap kehidupan seharian. Sokongan keluarga dan komunikasi dengan pasukan perubatan amat penting, termasuk mengetahui gejala yang memerlukan perhatian segera serta pihak yang boleh dihubungi apabila timbul persoalan.

Kini Ibu Tiga Anak, Pesan Jangan Malu Bertanya

Kini bergelar ibu kepada tiga anak, Puan Tan masih menjalani pemeriksaan susulan dan memaklumkan bahawa setakat ini tiada tanda kanser dikesan. Mengenangkan kemungkinan penyakit itu berulang, dia memilih untuk tidak terlalu dibelenggu ketakutan. “Jika ia berlaku, saya akan hadapinya.”

Pengalaman tersebut mengajarnya agar tidak mengambil mudah sebarang perubahan pada payudara. Dia berharap dirinya mendapatkan pemeriksaan lebih awal sebaik menyedari ketulan, bukannya menunggu janji temu kehamilan seterusnya.

Buat wanita yang sedang berdepan diagnosis kanser payudara, kisah Puan Tan membawa satu peringatan penting. Selain mendapatkan rawatan, jangan memendam kebimbangan atau takut meminta penjelasan daripada doktor. Sama ada tentang kesan sampingan, keluarga mahupun kehidupan selepas rawatan, setiap persoalan wajar disuarakan.

“Tanyalah apa sahaja. Jangan malu untuk bertanya.”

Kala ini banyak persatuan yang mendokong jika wanita diuji dengan kanser payudara. Antaranya ialah  Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA), Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Pemandu BYD

Pemandu BYD Mengaku Tidak Bersalah Memandu Bahaya, Ibu Ayah Adik Asiah...

Hari ini pemandu BYD (kereta eletrik) yang terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia lima tahun Sabtu lalu.