Ads

Tiga Sekeluarga Maut Dalam Kemalangan, Ibu Terkejut Hampir Pitam

Tiga Sekeluarga Maut
Tiga Sekeluarga Maut

Sekelip mata tiga sekeluarga maut dalam kemalangan di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu sehingga si ibu hampir pitam selepas menerima berita buruk itu.

Tiga Sekeluarga Maut Dalam Kemalangan

Tiga Sekeluarga Maut Dalam Kemalangan, Ibu Terkejut Hampir Pitam

Tiga mangsa yang terkorban ialah Mohamad Zulkefli, 32, isterinya, Norshila Zali, 36, serta adik bongsunya, Muhammad Alif Syukri, 18.

Menurut adik mangsa, Ruqaiyah Ishak, 28, ibu mereka, Seedah Arwae, 51, tidak tidur sepanjang malam sementara menunggu ketibaan jenazah.

Tiga Sekeluarga Maut Dalam Kemalangan, Ibu Terkejut Hampir Pitam

Ads

Kemalangan berlaku kira-kira jam 5 petang ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas mengambil Muhammad Alif Syukri yang menuntut di Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan.

Mohamad Zulkefli dan isterinya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, manakala Muhammad Alif Syukri meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Dungun.

Ibu Terkejut Hampir Pitam

Tiga Sekeluarga Maut Dalam Kemalangan, Ibu Terkejut Hampir Pitam

Ads

Menurut laporan berita, Ruqaiyah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pasir Era, dia dan ibu menerima khabar duka itu sekitar jam 7 malam selepas dimaklumkan oleh rakan abangnya.

Ujar dia, hanya abang ketiganya yang tinggal di Selangor ke Hospital Dungun manakala ahli keluarga yang lain menunggu di rumah.

Ads

Lebih menyayat hati, mesej WhatsApp yang dihantar Ruqaiyah kepada abangnya sekitar jam 3.38 petang, termasuk gambar mereka bertiga di dalam kereta, menjadi kenangan terakhir keluarga.

Anda mungkin berminat dengan

Jenazah Mohamad Zulkefli dan Muhammad Alif Syukri akan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Era, Kuala Krai, manakala jenazah Norshila dikebumikan di Ketereh.

Sehingga sekarang, ibu hanya mampu menangis setiap kali melihat jenazah abang serta adik. Bukan mudah untuk menerima berita kehilangan, semoga ahli keluarga arwah tabah dengan ujian Allah.

Tragedi itu menyaksikan sebuah keluarga kehilangan tiga insan tersayang dalam sekelip mata, meninggalkan kesedihan mendalam buat ibu serta ahli keluarga yang masih menanti untuk menerima hakikat pemergian seorang anak.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Wanita Tinggalkan Kerjaya Jururawat Demi Maraton Profesional, Raih RM3.2 Juta Dalam...

Tuah seorang bekas jururawat, Zhang Shuihua berjaya meraih pendapatan lebih AS$784,700 (RM3.2 juta) dalam tempoh masa hanya 10 bulan selepas nekad meninggalkan kerjayanya.