Ads

Dikurniakan Empat Anak Autistik, Ibu Akui Sudah Kering Air Mata Kenangkan Ujian Yang Dilalui

Anak Autistik
Anak Autistik

Bukan mudah untuk menerima ujian dikurniakan empat anak autistik, malah dua daripadanya mempunyai masalah kesihatan berkaitan gangguan perkembangan saraf.

Namun ibu dan ayah ini kuatkan semangat untuk meneruskan tanggungjwab menjaga amanah yang diberikan Allah S.W.T, reda dengan apa yang ada dalam hidup mereka berdua.

Dikurniakan Empat Anak Autistik

Dikurniakan Empat Anak Autistik, Ibu Akui Sudah Kering Air Mata Kenangkan Ujian Yang Dilalui

Sebagai manusia biasa, Norhayati Gimbun, 38, yang menetap di Kampung Kawang, Papar, di sini mengakui berat untuk menerima hakikat itu malah sudah kering air matanya mengenangkan ujian ditanggung.

Mana tidaknya, anak sulung, Muhammad Amirul Mukminin Norafidz, 12, disahkan autisme dan gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif atau ADHD. Anak kedua pula, Nur Fatimah Azzahra Norafidz, 9, didiagnos autisme tahap ringan dan disleksia. Manakala anak ketiga, Ali Haidar Norafidz, 6, autisme tanpa pertuturan dan yang bongsu iaitu Yusuf Muallim Norafidz, 5, autisme lambat bertutur.

“Siapa yang tak sedih kerana kami suami isteri pun ada perasaan itu terutama semua ibu bapa tentunya mengharapkan anak mereka dilahirkan normal dan cukup sifat.

“Tapi itulah bahagian kami jadi anggap anak sebagai amanah kerana normal atau tidak, saya tetap kena menjaga dan membesarkan mereka.

“Lagipun di dunia ini semuanya punya ujian masing-masing…ujian saya dekat anak. Dapat anak autisme bagi saya bukan tandanya hidup kami malang, malah Allah SWT sedang buka jalan kami sekeluarga ke syurga,” katanya.

Ibu Sudah Kering Air Mata Kenangkan Ujian Yang Dilalui

Dikurniakan Empat Anak Autistik, Ibu Akui Sudah Kering Air Mata Kenangkan Ujian Yang Dilalui

Awalnya Puan Norhayati sendiri dia tidak tahu apa itu autisme, malah anak sulung hanya dikesan menghidapnya ketika berumur dua tahun selepas dibawa ke klinik kesihatan sebelum dirujuk ke pakar psikiatri bagi menjalani ujian penilaian selama enam bulan.

Melihat keadaan anak sulung, doktor mengesyorkan Norhayati dan suami berusaha mendapatkan anak kedua supaya Muhammad Amirul Mukminin ada kawan bermain.

Ads

“Anak kedua satu-satunya perempuan dan dilahirkan tanpa masalah cuma lama kelamaan, saya nampak kelainan padanya iaitu menulis terbalik cuma waktu itu macam terlalu awal nak buat andaian.

“Selepas hantar ke prasekolah, cikgu mendapati Nur Fatimah Azzahra tak boleh dengar bunyi bising kerana akan tutup telinga dan menangis. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati dia ada autisme juga disleksia.

“Tapi saya dan suami tahu agak lewat ketika dia berumur lima tahun, waktu itu pun sudah dapat anak ketiga yang tak boleh bercakap sebelum disahkan autisme tanpa pertuturan ketika umurnya empat tahun.

“Ditakdirkan, anak bongsu juga menunjukkan ciri sama seperti abang sulungnya dan selepas dibawa untuk pemeriksaan, doktor sahkan dia autisme lambat bertutur ketika umurnya lebih setahun,” katanya.

Sebagai suri rumah, Norhayati dapat meluangkan lebih masa dengan anaknya dan lazimnya membawa sendiri mereka menghadiri temu janji dengan doktor di hospital. Norhayati berkata, cabaran menyesuaikan diri hanya ada pada peringkat permulaan saja kerana lama kelamaan, dia sudah terbiasa dengan rutin harian.

“Saya anggap mereka seperti anak normal cuma ibarat bayi yang baru nak berjalan. Tak boleh samakan dengan anak orang lain.

Ads

“Saya pun banyak menangis waktu dapat anak sulung saja dan sekarang tak lagi. Rezeki saya ada suami dan keluarga yang sangat membantu serta memahami.

“Cuma pernah juga berdepan orang yang gelarkan anak saya cacat malah anak sulung pernah menjadi mangsa buli. Sedih juga kerana anak saya tak minta dirinya dilahirkan begitu tapi saya anggap apa yang berlaku sebagai penguat semangat untuk lebih cekal sebagai ibu anak syurga,” katanya.

Ada Potensi Dan Kelebihan Dalam Diri Anak

Dikurniakan Empat Anak Autistik, Ibu Akui Sudah Kering Air Mata Kenangkan Ujian Yang Dilalui

Di sebalik kekurangan, Norhayati melihat potensi dan kelebihan dalam diri anaknya terutama yang sulung dan kedua selepas usia mereka semakin meningkat.

“Anak sulung saya bukan cacat otak kerana saya nampak banyak potensi dalam dirinya. Dia pandai buat suntingan, tahu model jenama kereta tempatan dan luar serta negara pengeluar.

“Selain itu, dia juga minat dengan elektronik malah boleh tahu jenama dan negara pengeluar juga, nama negara serta ibu negaranya selain pernah dinobatkan sebagai tokoh murid ketika belajar di pra Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Ads

“Anak kedua yang bersekolah di sekolah aliran perdana dan sekolah agama negeri (SAN) pula hafal sifir sejak di prasekolah lagi…selain itu, dia pernah menyertai pertandingan hafazan dan mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita.

Anda mungkin berminat dengan

“Potensi anak ketiga dan keempat yang kini mendapat pendidikan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) saya belum nampak namun sebagai ibu, saya bangga dengan pencapaian mereka. Setiap kali nak putus asa, saya akan ingat balik apa yang mereka pernah capai.

“Jujurnya, saya tak letak harapan tinggi untuk mereka dalam akademik cuma berharap anak boleh berdikari dan urus diri sebelum saya menutup mata. Semoga mereka dapat menjaga dan melindungi satu sama lain,” katanya yang juga bersyukur kerana anaknya menerima Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dan bantuan persekolahan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Detik Paling Berat

Sementara itu, suaminya, Norafidz Masmiun, 38, berkata, detik paling berat dan sukar adalah selepas diberitahu doktor mengenai status kesihatan anak sulungnya yang disahkan autisme dan ADHD.

Bagaimanapun, Norafidz berkata, kesedihan itu cuma sementara dan mendapat kekuatan untuk bangkit dengan aura positif doktor selain sokongan moral individu terdekat.

“Memang terkesan waktu tahu apa sebenarnya terjadi kepada anak pertama kerana mengharapkan dia dapat menjaga adiknya tapi akhirnya terima kenyataan kerana sedar bukan anak saya dilahirkan seperti itu.

“Selepas pulih semangat, saya terus bertindak cari cara macam mana nak bantu anak dan lebih positif selepas dapat anak kedua, ketiga juga yang bongsu kerana pengalaman membesarkan anak sulung.

“Bila difikirkan, saya sedar anak istimewa itu rezeki Allah SWT kerana beri tiket ke syurga dan nikmat diberikan kepada insan terpilih, sokongan keluarga buat saya dengan isteri jadi berlapang dada dengan ujian diberi.

Bila disoal tentang masa akan datang, mak ayah ini tidak berharap lebih pun, cuma mendoakan agar anaknya dapat membesar dengan sihat dan diberi peluang pekerjaan serta boleh menguruskan diri sendiri bila dia sudah tiada nanti.

Sumber: Harian Metro

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

baju nikah ready-to-wear

7 Jenama Baju Nikah Ready-to-Wear Untuk Bakal Pengantin

Sedang mencari baju nikah ready-to-wear? Ini 7 jenama busana pengantin yang boleh diterokai untuk penampilan anggun pada hari bahagia.