
Selalu lupa dan rasa badan cepat penat. Ada yang kaitkan situasi ini dengan perimenopause, tetapi apa yang menjelaskan keadaan ini dengan wanita? Haaa… biasanya fasa ini bermula dalam 40-an, tetapi jangan terkejut apabila ada wanita yang mengalaminya lebih awal.
Apa Itu Perimenopause Dan Menopause?

Perimenopause
Perimenopause ialah fasa peralihan sebelum seseorang wanita mencapai menopause. Dalam tempoh ini, tahap hormon seperti estrogen dan progesteron mula berubah-ubah sebelum akhirnya menurun.
Fasa ini boleh berlaku selama beberapa tahun dan biasanya bermula sebelum haid berhenti sepenuhnya. Perubahan hormon yang tidak stabil boleh menyebabkan pelbagai perubahan fizikal dan emosi.
Menopause
Menopause berlaku apabila seorang wanita tidak lagi mengalami haid selama 12 bulan berturut-turut akibat penurunan fungsi ovari.
Ringkasnya:
Perimenopause = Fasa perubahan hormon sebelum haid berhenti sepenuhnya.
Menopause = Titik apabila haid berhenti selama 12 bulan berturut-turut.
Petanda Awal Perimenopause
1. Haid Tidak Teratur Perimenopause

Salah satu tanda paling awal perimenopause ialah kitaran haid yang tidak konsisten:
Haid tiba terlalu awal atau lambat
Tempoh haid lebih lama atau lebih singkat dari biasa.
Kadang-kadang haid tidak datang langsung.
Kenapa berlaku: Penurunan hormon estrogen dan progesterone mengganggu ovulasi.
Tip behaviour-friendly: Catat kitaran haid setiap bulan untuk mengenal pasti pola dan berbincang dengan doktor.
2. Masalah Tidur & Letih
Perubahan hormon boleh mengganggu corak tidur:
Sukar tidur atau tidur terganggu.
Bangun malam lebih kerap.
Letih walaupun tidur cukup.
Cadangan: Amalkan rutin tidur tetap, elakkan telefon sebelum tidur, dan cuba teknik relaksasi seperti meditasi.
3. Hot Flashes & Peluh Malam
Walaupun tidak semua wanita mengalaminya di peringkat awal, hot flashes adalah tanda hormon mula tidak stabil.
Rasa panas secara tiba-tiba di muka, leher, atau badan.
Kadang-kadang disertai peluh malam yang membuat tidur terganggu.
Tip: Pakaian ringan, minum air cukup, dan elakkan makanan pedas atau kafein untuk mengurangkan simptom.
4. Perubahan Mood & Emosi
Perimenopause boleh menjejaskan keseimbangan hormon yang mengawal mood, termasuk estrogen dan progesterone.
Mudah marah, cepat sedih, atau anxiety.
Emosi naik turun tanpa sebab jelas.
Perubahan ini boleh mempengaruhi hubungan dan produktiviti.
Tip behaviour-friendly: Aktiviti relaksasi, sokongan emosi, dan pemeriksaan hormon boleh membantu menstabilkan mood.
5. Brain Fog & Tak Boleh Fokus

Berlaku tanpa dijangka, tiba-tiba rasa cepat lupa dan sukar untuk fokus dalam sesuatu perkara.
Contoh situasi yang mungkin anda lalui, berjalan masuk ke satu bilik kemudian terlupa mengapa anda ke sana. Atau terlupa di mana meletakkan barang seperti kunci atau telefon.
Punca utama keadaan ini adalah turun naik hormon estrogen dan progesteron yang tidak menentu.
Langkah yang boleh diambil: Pastikan tidur yang berkualiti selama 7–9 jam sehari. Amalkan senaman ringan selama 20–30 minit untuk melancarkan aliran darah ke otak.
Anda mungkin berminat dengan
6. Perubahan Berat Badan & Bentuk Badan
Badan mula menambah lemak di perut dan pinggang, walaupun diet dan senaman masih dijaga.
Penurunan estrogen mempengaruhi metabolisme dan penyimpanan lemak.
Otot mula kehilangan jisim secara perlahan, mengurangkan pembakaran kalori.
Cadangan: Fokus pada latihan kekuatan untuk mengekalkan otot, dan diet tinggi protein serta serat.
Bila Perempuan Akan Lalui Fasa Ini
Memetik sumber Hello Doktor, menopause berlaku apabila wanita berhenti datang haid. Manakala, perimenopaus pula bermaksud ‘sekitar menopause’.
Ini merupakan satu tempoh masa yang mana wanita akan mengalami perubahan tertentu sebelum benar-benar mencecah fasa putus haid.
Langkah-Langkah Mengurus Perimenopause

Jangan risau jika anda sedang melalui fasa ini, boleh terus buat pemeriksaan hormon berkala untuk mengenal pasti tahap estrogen, progesterone, dan tiroid.
Anda juga boleh amalkan gaya hidup sihat dengan diet seimbang, senaman tetap, dan tidur cukup.
Sesekali boleh buat latihan kekuatan & kardio untuk kekalkan otot, metabolisme, dan kesihatan jantung.
Namun jika rasa agak teruk, anda boleh membuat rawatan perubatan seperti terapi hormon atau mengambil suplemen yang boleh dipertimbangkan mengikut nasihat doktor.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

