Ads

Detik Terakhir Tiga Beradik Sempat Dirakam Sebelum Perjalanan Bertukar Menjadi Tragedi

Tiga Beradik
Tiga Beradik

Kisah tiga beradik tular disebabkan kemalangan dengan sebuah lori. Menurut sumber berita, sekolah dikatakan ditutup akibat jerebu. Namun anak-anaknya tidak begitu percaya dan tetap mahu pergi melihat sendiri.

Detik Terakhir Tiga Beradik Sempat Dirakam

Detik Terakhir Tiga Beradik Sempat Dirakam Sebelum Perjalanan Bertukar Menjadi Tragedi

Tiada kata yang mampu menggambarkan betapa beratnya dugaan yang sedang ditanggung oleh keluarga. Kehilangan insan tersayang, apatah lagi tiga beradik dalam satu masa, pastinya meninggalkan kesan dan kesedihan yang amat mendalam.

Menurut sumber berita, tiga beradik yang berusia 18, 11 dan 8 tahun, maut dalam kemalangan di Jalan Parit Haji Sirat, Pontian, pagi tadi ketika dalam perjalanan ke sekolah.

Perjalanan Bertukar Menjadi Tragedi

Sudah diberitahu ibunya tentang sekolah tutup, namun untuk puaskan hati adiknya, si abang bawa ke sekolah juga. Mereka sampai di sekolah dan mendapati sekolah memang ditutup. Lalu mereka berpatah balik untuk pulang.

Ads

Detik Terakhir Tiga Beradik Sempat Dirakam Sebelum Perjalanan Bertukar Menjadi Tragedi

Tetapi mereka tidak pernah sampai ke rumah. Dalam perjalanan pulang, mereka terlibat dalam kemalangan ketika keadaan penglihatan dilaporkan terhad. Tiga beradik itu pergi serentak, meninggalkan seorang ibu yang menunggu kepulangan mereka.

Ads

Bayangkan, sekelip mata si ibu hilang tiga anak. Jika pagi tadi rumah itu masih dipenuhi tiga suara, tiba-tiba semunya hilang. Tiga wajah yang biasa dilihat setiap hari.

Tiga anak yang mungkin sebentar tadi masih sempat bergurau, meminta sesuatu atau mendengar pesanan ibu. Beberapa jam kemudian, rumah yang sama menjadi terlalu sunyi.

Ads

Apa yang lagi menyedihkan, empat bulan yang lalu si ibu juga kemalangan selepas hantar anak ke sekolah. Tangannya pun masih berbalut. Menurut perkongsian si ibu, sebelum ini pun anaknya, Nor Daniel Aiman banyak tolong termasuk menghantar adik-adiknya ke sekolah.

Anda mungkin berminat dengan

Detik Terakhir Tiga Beradik Sempat Dirakam Sebelum Perjalanan Bertukar Menjadi Tragedi

Kalau ikutkan, tiada seorang ibu pun bersedia untuk kehilangan anak. Apatah lagi kehilangan tiga orang anak dalam satu hari. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas ketiga-tiga mereka, mengampunkan segala dosa dan menempatkan mereka dalam kalangan insan yang dikasihi-Nya.

Al Fatihah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Hilang Dua Anak

Hilang Dua Anak Lelaki Dalam Tempoh Tujuh Bulan, Ibu Menangis Dapat...

Berat ujian seorang ibu, apabila diuji hilang dua anak lelaki dalam tempoh tujuh bulan disebabkan kemalangan jalan raya. Habis kata-kata untuk memberikan kata semangat, namun semuanya sudah tertulis di Lauhul Mahfudz.