Ads

Niat Pulang Ziarah Kematian Saudara Bertukar jadi Tragedi, Ibu & Bayi 2 Bulan Meninggal Dunia

Ziarah Kematian
Ziarah Kematian

Siapa sangka, niat dua beradik ke kampung untuk ziarah kematian saudara bertukar menjadi tragedi yang cukup menyayat hati. Kedua ibu dan anak kecil yang baru melihat dunia akhirnya ditakdirkan pergi bertemu Pencipta.

Niat Pulang Ziarah Kematian Saudara Bertukar jadi Tragedi

Niat Pulang Ziarah Kematian Saudara Bertukar jadi Tragedi, Ibu & Bayi 2 Bulan Meninggal Dunia

Dalam perjalanan pulang ke Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan, seorang wanita bersama bayi perempuannya yang baru berusia dua bulan maut dalam kemalangan di Kilometer 52, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, petang semalam.

Mangsa, Maslina Md. Shafie, 33, dan bayi sulungnya, Medina El Zahra Muhammad Zulfadhli, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, abang Maslina, Muhammad Azizi Md. Shafie, 36, yang turut berada di dalam kereta sama mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di Hospital Gua Musang.

Menurut abang ipar mangsa, Nasrul Pauzy, 44, mereka bertolak secara berkonvoi dari Cheras, Kuala Lumpur sekitar pukul 11.30 pagi untuk pulang ke Pasir Puteh.

Ads

Niat Pulang Ziarah Kematian Saudara Bertukar jadi Tragedi, Ibu & Bayi 2 Bulan Meninggal Dunia

Maslina dan Azizi menaiki sebuah Perodua Myvi, manakala Nasrul bersama ahli keluarga lain menggunakan kenderaan berasingan.

Apa yang lebih meruntun hati, suami Maslina tidak dapat mengikuti perjalanan pulang itu kerana mempunyai urusan kerja.

Ads

Nasrul berkata, dia menerima panggilan daripada Azizi ketika mereka tiba di Kampung Laloh, Kuala Krai, yang memaklumkan bahawa mereka terbabit dalam kemalangan.

Ibu & Bayi 2 Bulan Meninggal Dunia

Niat Pulang Ziarah Kematian Saudara Bertukar jadi Tragedi, Ibu & Bayi 2 Bulan Meninggal Dunia

Tanpa berlengah, dia berpatah balik ke Gua Musang untuk mengetahui keadaan ahli keluarganya. Namun, berita yang diterima pastinya amat sukar untuk diterima apabila Maslina dan bayi kecilnya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ads

Media melaporkan kemalangan maut di Kilometer 52 Jalan Gua Musang-Kuala Krai mengorbankan ibu dan bayinya berpunca daripada sebuah Perodua Myvi berwarna merah yang masuk laluan bertentangan.

Anda mungkin berminat dengan

Mengikut laporan sumber berita, kemalangan ini membabitkan tiga buah Perodua Myvi yang berwarna merah, jingga dan putih serta sebuah motosikal.

Manakala keadaan Azizi kini dilaporkan stabil, namun masih menunggu pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti sama ada terdapat kecederaan dalaman.

Urusan bedah siasat terhadap kedua-dua jenazah dijadualkan pada pukul 11 pagi sebelum dibawa pulang untuk dikebumikan di Kampung Permatang Gading, Pasir Puteh.

Semoga keluarga arwah mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian berat ini. Sekelip mata hilang isteri dan anak kecil, Al Fatihah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Tanam Padi Organik

Tanam Padi Organik Dalam Kawasan Rumah, Wanita Ini Berjaya Tuai Padi...

Hebat idea Pengasas Sisasifar.com, Nurazah Fathirah Kamarulzaman, tanam padi organik dalam kawasan rumah sahaja tetapi hasilnya sangat luar biasa! Seolah-olah macam ada bendang, dapatlah juga hasilnya.