Ads

Ramai Warga Emas Meninggal Dunia Seorang Diri, Jiran Kena Kuatkan Budaya Ambil Peduli

Warga Emas
Warga Emas

Kes warga emas meninggal seorang diri bukan satu isu baharu, malah menurut pengarah Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing) UPM, dianggarkan terdapat kira-kira 3,500 kes kematian bersendirian setiap tahun di seluruh negara.

Ramai Warga Emas Meninggal Dunia Seorang Diri

Ramai Warga Emas Meninggal Dunia Seorang Diri, Jiran Kena Kuatkan Budaya Ambil Peduli

Baru-baru ini pun ada warga emas meninggal dunia bersendirian di kediaman mereka tanpa disedari oleh sesiapa sehinggakan ada mayat yang hanya ditemui selepas jiran atau orang awam mula terhidu bau busuk atau melihat rumah mangsa berkunci rapat tanpa sebarang pergerakan.

Menurut laporan media yang memetik pakar Prof Madya Dr. Rahimah Ibrahim yang juga Pengarah Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing), Universiti Putra Malaysia, dianggarkan terdapat sekitar 3,500 kes kematian bersendirian setahun di seluruh Malaysia.
Pelbagai faktor dikaitkan de­ngan isu warga emas tinggal bersendirian, termasuklah trend penghijrahan anak-anak untuk mencari pekerjaan dan kehidupan sendiri.

Ada juga warga emas yang memilih untuk tinggal bersendirian di kampung kerana lebih selesa menetap di rumah sendiri berbanding berpindah ke rumah anak-anak. Sebab golongan ini sudah biasa dengan persekitaran dan jiran tetangga di kampung.

Jiran Kena Kuatkan Budaya Ambil Peduli

Ramai Warga Emas Meninggal Dunia Seorang Diri, Jiran Kena Kuatkan Budaya Ambil Peduli

 

Ads

Sebenarnya banyak faktor yang membuatkan warga emas tinggal seorang diri tanpa ditemani sesiapa, antara kes yang paling banyak berlaku adalah sebab anak-anak berhijrah. Bila pasangan hidupnya meninggal dunia, ada mak atau ayah tidak suka tinggal dengan anak.

Akhirnya masa berlalu dengan pantas tanpa sedar dan orang tua tiba-tiba sahaja sampai ajalnya sendirian di rumah. Lebih memilukan jasad ditemui selepas beberapa hari dek kerana bau busuk.

Apa yang lagi menyedihkan, jiran sebelah rumah pun tidak tahu dengan apa yang berlaku kerana hari ini ramai yang mengambil langkah buat hal masing-masing. Dan mungkin terlalu sibuk, sampai langsung tiada masa untuk bertanya khabar.

Dalam kes ini, warga emas yang tiada pasangan, tidak mempunyai anak, atau hidup berasingan daripada komuniti lebih berisiko mati sendirian.

Ads

Tindakan Yang Sepatutnya Berlaku

Ramai Warga Emas Meninggal Dunia Seorang Diri, Jiran Kena Kuatkan Budaya Ambil Peduli

Pakar pernah memberi amaran bahawa Malaysia mungkin sedang berdepan tanda awal fenomena mati seorang diri, didorong oleh hubungan kekeluargaan yang semakin renggang serta peningkatan individu yang hidup bersendirian.

Jadi kalau mahu membina masyarakat yang benar-benar peduli, langkah pertama sepatutnya kita kena mengamalkan budaya ambil tahu, bertegur sapa, dan peka jika kelibat warga emas tidak kelihatan beberapa hari.

Ads

Dari segi teknologi pula, anak-anak boleh menggunakan peranti pintar, sistem pemantauan kesihatan, atau pemasangan butang panik di rumah warga emas bagi memudahkan panggilan kecemasan.

Anda mungkin berminat dengan

Kemudian dari pihak anak-anak, kena selalu membuat panggilan telefon secara kerap dan mengadakan lawatan fizikal berkala untuk mengesan perubahan rutin atau kesihatan ibu bapa. Paling mudah, minta tolong saudara-mara terdekat dengan rumah mak atau ayah di kampung untuk jenguk sesekali bila ada masa lapang.

Dan pihak berkuasa pula boleh membuat pengumpulan data oleh PBT atau JKM untuk mengenal pasti warga emas yang tinggal bersendirian bagi tujuan ziarah kebajikan.

Secara logiknya, golongan warga emas ini tidak meminta ganjaran lebih. Mereka hanya mahu rasa bahawa kehadiran mereka dihargai dan diambil peduli oleh orang sekeliling. Bukan soal duit tetapi kasih sayang yang buat mereka rasa masih ada orang sayang.

Sekarang, cuba tanya diri sendiri, adakah hari ini anda sudah bertanya khabar orang tua yang jauh di mata? Jika belum, masih ada masa dan biasakan untuk selalu ada walau dalam jarak jauh. Moga kita semua tergolong dalam golongan anak-anak yang soleh dan solehah sebelum mata orang tua tertutup rapat.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

kanser otak

Anak Hidap Kanser Otak Mahu Hadir Konvokesyen, Ibu Bapa Berkorban Bawa...

Kasih ibu bapa tiada batasnya. Demi menunaikan hasrat anak yang menghidap kanser otak tahap empat untuk menerima ijazah, pasangan ini berkorban menempuh perjalanan dua hari merentas tiga negeri.