Ads

Usia Bukan Penghalang, Warga Emas Lulus Pengajian Tafaqquh Fiddin Tahap Tiga Pada Umur 76 Tahun

Warga Emas
Warga Emas

Baru-baru ini tular kisah seorang wanita warga emas, Rasnah Mat Tahir, yang berjaya menamatkan pengajian Tafaqquh Fiddin di Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya.

Usia Bukan Penghalang

Usia Bukan Penghalang, Warga Emas Lulus Pengajian Tafaqquh Fiddin Tahap Tiga Pada Umur 76 Tahun

Walau usianya sudah 76 tahun dan kekangan kesihatan, namun ini tidak mematahkan semangatnya untuk terus menuntut ilmu agama sehingga tamat pengajian.

Warga emas yang bersara pada 2006 sebagai Ketua Kerani itu menjadi peserta paling berusia dalam kalangan kira-kira 60 graduan yang diraikan pada Majlis Graduasi Tafaqquh Fiddin Tahap Tiga.

Menerusi perkongsiannya, Rasnah cukup minat mendalam dengan ilmu agama sejak kecil menjadi pendorong untuknya terus istiqamah mengikuti kelas sejak 2019 walaupun kini berdepan faktor usia dan kesihatan.

“Bagi saya, minat paling utama, kemudian kena istiqamah. Setiap kali balik daripada kelas, saya akan belajar dan ulang kaji semula.

“Walaupun kadang-kadang ingatan tidak seperti dahulu dan ada kelas yang terpaksa saya tinggalkan kerana masalah kesihatan, saya bersyukur dapat menamatkannya,” katanya.

Ads

Warga Emas Lulus Pengajian Tafaqquh Fiddin Tahap Tiga Pada Umur 76 Tahun

Rasnah yang turut mengajar al-Quran sejak lebih 20 tahun lalu meraih keputusan Jayyid Jiddan bagi tiga subjek dan berharap kejayaannya menjadi contoh kepada ahli keluarga serta golongan pesara supaya terus menuntut ilmu.

Katanya, program itu merangkumi pengajian Fiqh, Tauhid, Tasawuf dan al-Quran menerusi tiga tahap pembelajaran.

Program Tafaqquh Fiddin anjuran Yayasan Pahang dengan kerjasama pihak berkuasa agama negeri itu dilaksanakan sejak Mei 2015 dan sudah menarik penyertaan hampir 5,000 peserta di seluruh Pahang.

Ads

Peserta yang tamat Tahap Tiga turut berpeluang meneruskan pengajian menerusi Tafaqquh Fiddin Advanced yang menambah dua lagi bidang iaitu Hadis dan Sirah.

Usia Bukan Penghalang, Warga Emas Lulus Pengajian Tafaqquh Fiddin Tahap Tiga Pada Umur 76 Tahun

Seorang lagi graduan, Fatimah Muhammad Amran, 56, pula berjaya memperoleh Mumtaz bagi subjek Tasawuf selepas mengikuti program berkenaan sejak 2019.

Ads

Program lanjutan itu kini dilaksanakan di Masjid Sultan Ahmad 1 dan Surau Madinah Mawaddah, Kuantan, manakala masjid lain boleh memohon melaksanakannya tertakluk kepada jumlah peserta serta kemampuan penganjuran.

Anda mungkin berminat dengan

Usia Bukan Penghalang, Warga Emas Lulus Pengajian Tafaqquh Fiddin Tahap Tiga Pada Umur 76 Tahun

Kisah wanita-wanita ini seolah-olah mengingatkan kita, menuntut ilmu tidak mengenal usia. Apa yang penting, masih ada kemahuan untuk belajar dan tidak mudah mengalah.

Semoga kejayaan Puan Rasnah Mat Tahir dan Puan Fatimah menjadi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana untuk terus menggali ilmu walau apa pun status anda.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Marian Croak

Marian Croak, Wanita Yang Membantu Mengubah Cara Dunia Berhubung Melalui Internet

Kenali Marian Croak, tokoh teknologi yang mempelopori VoIP, memegang lebih 200 paten dan membantu mengubah cara manusia berkomunikasi melalui internet.