Ads

Nurin Afiqah Pernah Diejek Tentang Bentuk Badan, Bangkit Ceburi Bisnes Pakaian Sukan

Nurin Afiqah
Nurin Afiqah

Bukan sahaja cantik wajahnya tetapi pempengaruh media sosial dan usahawan, Nurin Afiqah juga mempunyai tubuh badan yang diidamkan golongan wanita yang sudah berkahwin. Masih slim dan kelihatan ‘terletak’ elok menyarung pakaian apa pun, ini juga salah satu kejayaan buat wanita.

Namun di sebalik pencapaian hari ini, dia mendedahkan sebenarnya pernah menjadi mangsa buli sejak zaman persekolahan gara-gara bentuk badan dan penampilannya.

Nurin Afiqah Pernah Diejek Tentang Bentuk Badan

Nurin Afiqah Pernah Diejek Tentang Bentuk Badan, Bangkit Ceburi Bisnes Pakaian Sukan

Nurin berkata ejekan yang diterima bukan sahaja membuatkan dia hilang keyakinan diri malah menyebabkan dia lebih selesa menyendiri.

Lebih menyedihkan apabila Nurin mengakui pernah diberikan gelaran yang memperlekehkan bentuk badannya sehingga perkara tersebut menjadi bahan perbualan rakan-rakan di sekolah.

“Dulu, orang selalu jadikan rupa paras dan bentuk badan saya sebagai bahan jenaka. Bukan itu sahaja, mereka juga ejek cara saya berpakaian.

“Disebabkan semua itu, saya jadi sangat tidak yakin dengan diri sendiri. Pada waktu itu, saya rasa sangat sendirian dan tidak ada kawan yang benar-benar boleh dipercayai.

“Buli macam itulah yang buatkan saya banyak menyendiri dari sekolah rendah, menengah sampailah ke universiti. Orang selalu fitnah dan buat cerita bukan-bukan tentang saya.

Nurin Afiqah Pernah Diejek Tentang Bentuk Badan, Bangkit Ceburi Bisnes Pakaian Sukan

Ads

 

Nurin berkata demikian ketika ditemui pada majlis pembukaan kedai fizikal pertama NADA seluas 1,044 kaki persegi di KL East Mall, Kuala Lumpur.

Berkongsi pengalaman tersebut, Nurin mengakui dia pernah berasa tidak selamat dengan penampilan sendiri sehingga memilih untuk memakai jaket windbreaker milik bapanya bagi menutup bentuk badan.

Sebab itulah saya selalu pakai jaket windbreaker ayah saya pada awalnya. Jaket itulah yang menutup bentuk badan saya supaya saya rasa selamat dan orang tidak bercakap buruk mengenai saya.

Bapa Jadi Sumber Kekuatan

Nurin Afiqah Pernah Diejek Tentang Bentuk Badan, Bangkit Ceburi Bisnes Pakaian Sukan

Ads

Bagaimanapun, Nurin bersyukur kerana bapanya sentiasa menjadi sumber kekuatan ketika dia berdepan pengalaman tersebut.

“Saya beruntung sebab ada ayah saya. Saya luangkan banyak masa dengan ayah di gimnasium.

“Ayah memang seorang yang ‘gila gim’. Dia suka bersenam dan hampir setiap petang kami akan pergi berlari bersama-sama.

Bangkit Ceburi Bisnes Pakaian Sukan

Meskipun pengalaman tersebut meninggalkan kesan terhadap keyakinan dirinya, Nurin memilih untuk tidak terus terperangkap dengan kata-kata negatif orang lain.

Ads

Nurin Afiqah Pernah Diejek Tentang Bentuk Badan, Bangkit Ceburi Bisnes Pakaian Sukan

Anda mungkin berminat dengan

Sebaliknya, dia menjadikan pengalaman itu sebagai dorongan untuk menceburi bidang kecergasan sebagai pengajar Zumba pada 2016 sebelum menubuhkan jenama pakaian sukan sopan (modest performance activewear), NADA Identity.

“Saya bermula dengan RM1,000 dan ketika itu saya sendiri tidak tahu sejauh mana perjalanan ini akan membawa saya.

“Tetapi saya percaya, kalau kita tidak berani bermula, kita tidak akan pernah tahu apa yang kita mampu capai.”

Berkongsi lanjut, Nurin berkata idea itu bermula ketika dia mengendalikan kelas Zumba dan menyedari ramai wanita sukar mendapatkan pakaian sukan yang selesa pada harga berpatutan.

Selain sibuk dengan dunia perniagaan, Nurin turut aktif menyertai acara kecergasan termasuk cabaran HYROX Bangkok baru-baru ini bersama lima pasukan yang dibawa oleh jenamanya.

Bagi Nurin, NADA bukan sekadar perniagaan pakaian sukan, malah platform untuk membantu wanita membina keyakinan diri dan menjalani gaya hidup aktif tanpa perlu memikirkan pandangan orang sekeliling.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Derma Darah

Hasil Derma Darah, Wanita Ini Dapat Wad Kelas Dua Percuma Ketika...

Menarik pula baca satu perkongsian seorang wanita yang kerap derma darah di hospital kerajaan, rupanya cara ini melayakkan anda menerima pelbagai keistimewaan perubatan.