
“Tolong bawa pulang suami saya. Saya dan anak-anak masih memerlukannya.”
Itu luahan pilu seorang isteri selepas suaminya, yang merupakan salah seorang petugas perubatan, terlibat dalam kejadian helikopter terhempas berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang (STOLport), Ulu Baram, Sarawak.
Menerusi akaun Threads Stephanieessah, wanita berkenaan meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan suaminya yang masih belum diketahui nasib susulan kejadian helikopter terhempas itu.
“Tolong balik ke rumah dengan selamat. Anak-anak dah tanya bila ayah nak balik,” tulisnya.
Baca artikel: “Baru Dua Hari Dr Ainul Kembali Ke Sarawak, Tiba-tiba Dimaklumkan Dia Meninggal Dunia…”
Anak Lima Tahun Masih Menanti Ayah

Lebih menyentuh hati, Stephanie turut berkongsi pertanyaan anak perempuan mereka yang baru berusia lima tahun.
“Ibu, ayah akan balik kan?”
Dalam hantaran sama, Stephanie berkata dia tidak dapat tidur dengan lena sehingga awal pagi kerana terus memikirkan keadaan suaminya.
“Sekarang sudah pukul 5.08 pagi. Saya masih tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana masih teringatkan suami,” katanya.
Luahan itu memperlihatkan kebimbangan sebuah keluarga yang masih menanti khabar mengenai insan tersayang selepas helikopter terhempas di kawasan berkenaan.
Helikopter Bawa Empat Petugas Perubatan
Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang, sebuah helikopter yang membawa empat petugas perubatan dan seorang juruterbang dilaporkan helikopter terhempas berhampiran Long Lellang STOLport, Sarawak.
Berdasarkan maklumat dalam sumber asal, dua individu yang dikenal pasti meninggal dunia ialah Dr Ainul Baroah Kamaruddin dan juruterbang, Kapten Zainol Afiq.
Sementara itu, nasib beberapa individu lain masih menjadi perhatian keluarga dan orang ramai.
Bagi keluarga yang menanti, setiap minit pastinya terasa panjang. Lebih-lebih lagi apabila seorang anak kecil masih mengharapkan ayahnya pulang ke rumah.
Anda mungkin berminat dengan
Kisah selepas helikopter terhempas ini turut mengundang perhatian warganet, terutama terhadap luahan seorang isteri yang masih berharap suaminya kembali dengan selamat.
Baca juga artikel: Helikopter Terhempas, KKM Maklum Dr Ainul Meninggal Dunia
Sumber: Threads
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

