
Hari ini Malaysia diselubungi rasa duka apabila sebuah helikopter terhempas yang dinaiki lima individu terbakar di kawasan Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram.
Helikopter Terhempas

Terkini, adik ipar kepada Dr Ainul Baraah Kamaruddin iaitu Nureez Mohd Pauzi berkongsi berita sedih, “Keluarga kami dihubungi oleh Kementerian Kesihatan (KKM) petang tadi memaklumkan Dr Ainul meninggal dunia.”
Dr Ainul Baraah Kamaruddin yang bertugas sebagai Pegawai Perubatan ialah antara lima penumpang helikopter yang dilaporkan terhempas petang ini, sudah dikenal pasti.

Lima individu lain dilaporkan berada dalam penerbangan berkenaan ialah Captain Zainol Juruterbang, PPP Alexson Adit – Penolong Pegawai Perubatan, SN Debra Moset – Jururawat dan SN Jessie Paya – Jururawat.
KKM Maklum Dr Ainul Meninggal Dunia
Katanya, panggilan daripada KKM itu dibuat kepada suami Dr Ainul iaitu antara Muhammad Faiz Abdul Malik sekitar jam 4 lebih.
“Kami sekeluarga kini berada di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) untuk ke Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Sarawak pada Subuh esok,” katanya.

Sebelum ini sumber berita Harian Metro, sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima orang termasuk juruterbangnya, terhempas berhampiran Pelabuhan STOL Long Lellang di Sarawak, hari ini.
Anda mungkin berminat dengan
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menerima pemberitahuan mengenai kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada 3.58 petang.
Helikopter itu, yang mempunyai nombor pendaftaran 9M-LLF, sedang mengendalikan penerbangan Perkhidmatan Doktor Terbang apabila kejadian itu berlaku.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

