Ads

Dijaga Datuk Nenek Sejak Bayi, Atiqah Husna Raih STPM 4.0 Tapi Kini Buntu Cari Belanja Ke USM

Atiqah Husna

Dijaga datuk nenek sejak kecil, Atiqah Husna raih STPM 4.0 tapi kini buntu cari belanja ke USM.

Sejak berusia dua bulan, Atiqah Husna tidak merasai kasih sayang seorang ibu mahu pun bapa kerana ibu bapanya bercerai dan gadis ini membesar dalam pelukan kasih datuk dan neneknya.

Kehidupannya serba kekurangan namun dirinya membalas kekurangan dan kemiskinan kehidupan dua insan membesarkannya dengan kejayaan membanggakan apabila memperoleh  PNGK 4.0 dalam STPM sekaligus berjaya mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke Universiti Sains Malaysia (USM).

Atiqah Husna
Atiqah Husna berjaya memperoleh PNGK 4.0 dalam STPM.
Di sebalik berita gembira menerima tawaran pengajian  Sarjana Muda Pendidikan Sejarah dengan Kepujian di Universiti Sains Malaysia bagi tempoh 4 tahun pengajian, Atiqah yang bercita-cita mahu menjadi guru berdepan ujian kesukaran apabila datuk dan neneknya yang sudah tua tidak berupaya bekerja lagi.

Atiqah Husna Simpan Impian Bergelar Guru

Datuknya, Pakcik Ghani, sudah tidak dapat bekerja sejak tahun 2007 selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan beliau menjadi orang kurang upaya (OKU).

Atiqah Husna
Atiqah Husna bersama datuk dan nenek yang membesarkannya sejak kecil.

Neneknya, Makcik Noriah pula semakin berusia dan tidak lagi mampu mencari rezeki sekaligus dirinya terhimpit masalah kewangan selain kekangan membeli sebuah komputer riba yang menjadi perkara penting dalam kehidupan pelajar universiti.

Ads

Kesusahan kisah anak muda dari Kampung Tal Tujuh itu dikongsikan oleh 3rd Force Pasir Mas, Yayasan Raja Shamri, yang mengetengahkan kesulitan dihadapi Atiqah dan keluarganya menjelang kemasukan ke universiti.

Kehidupan Serba Kekurangan

Menurut Raja Shamri yang mengasaskan pertubuhan bukan kebajikan ini, keluarga kecil ini bukan saja tidak mampu dari segi kewangan malah  mereka menetap di sebuah rumah sumbangan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan banyak bergantung kepada bantuan SARA untuk menampung keperluan makan dan minum seharian.

Dari perkongsian di FB 3rd Force Pasir Mas, Pakcik Ghani mengakui buntu memikirkan bagaimana mahu menyediakan perbelanjaan yang diperlukan cucunya sebelum mendaftar ke universiti.

Atiqah Husna
Surat tawaran mengikuti pengajian di USM

Dalam keadaan dirinya dan isteri tidak lagi bekerja, kos untuk menyediakan keperluan pengajian Atiqah tentunya bukan jumlah yang kecil buat keluarga tersebut.

Ads

“Atiqah bukan sahaja memerlukan bantuan untuk perbelanjaan malah dirinya juga memerlukan sebuah laptop untuk kegunaan sepanjang pengajiannya di kampus nanti.

“Bagi sesetengah orang, sebuah laptop mungkin hanyalah sebuah peralatan biasa. Tetapi buat Atiqah, laptop itu mungkin menjadi salah satu alat penting untuk membantunya menyiapkan tugasan, mengikuti pembelajaran dan mengejar cita-citanya.

Atiqah Husna
3rd Force Pasir Mas, Yayasan Raja Shamri menyantuni Atiqah dan keluarganya.

“Kami di 3rd Force Pasir Mas ingin mengajak orang baik-baik di luar sana untuk bersama-sama membantu Atiqah. Biarlah kesusahan hidup yang dilaluinya sejak kecil tidak menjadi penghalang untuk beliau melangkah ke universiti.

Ads

“Semoga dengan sedikit bantuan daripada kita semua, Atiqah dapat mendaftar ke USM, meneruskan pengajian dan suatu hari nanti berdiri di hadapan anak-anak bangsa sebagai seorang guru yang berjaya.

Anda mungkin berminat dengan

Jom kita bantu Atiqah.

Mungkin kecil pada kita tetapi besar maknanya buat seorang anak yang sedang berusaha mengubah masa depan dirinya dan keluarganya.

Semua sumbangan boleh dimasukkan ke akaun

YAYASAN RAJA SHAMRI
BANK RAKYAT – 1102 0743 45

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Tiga Beranak Maut Nahas LPT1

Tiga Beranak Maut Nahas LPT1, Sempat Sambut Hari Kebangsaan Bersama Sebelum...

Nahas LPT1 meragut nyawa suami isteri dan anak mereka berusia empat tahun selepas keluarga itu sempat menyambut Hari Kebangsaan ke-69 di Putrajaya.