Ads

Penyewa Dari Neraka! Rumah Jadi Lombong Bitcoin Haram, Wanita Terpaksa Tanggung Tuntutan TNB RM91,657

penyewa dari neraka

Penyewa dari neraka! Rumah jadi lombong bitcoin haram, wanita terpaksa tanggung tuntutan TNB RM91, 677.

Niat asal mahu menjana pendapatan dengan menyewakan rumah kepada orang lain namun siapa sangka akhirnya terperangkap dengan perangai penyewa dari neraka.

Inilah nasib malang menimpa Adda Aliff  apabila rumah miliknya di Kuantan dijadikan lokasi perlombongan bitcoin secara haram sehingga menyebabkan dia menerima tuntutan bayaran elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjumlah RM91,657.40.

Tidak setakat diuji dengan tuntutan bayaran elektrik yang mencecah hampir RM100,000, Adda Aliff  turut berdepan ujian kesihatan selepas diserang strok pendarahan sehingga kini mengalami ketidakupayaan fizikal.

Menerusi perkongsian di Threads menggunakan akaun @mss.yakuza, Adda meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila terpaksa menanggung akibat perbuatan penyewa yang tidak bertanggungjawab.

penyewa dari neraka
Adda Aliff kongsi kisah penyewa dari neraka yang menjadikan rumah sewanya lokasi lombong bitcoin haram.

Menurutnya, penyewa terbabit telah menjadikan rumah miliknya sebagai lokasi perlombongan bitcoin secara haram dengan mencuri bekalan elektrik terus daripada tiang TNB di hadapan kediaman berkenaan.

Lebih mengecewakan, penyewa itu melarikan diri dan gagal dikesan kerana menggunakan kad pengenalan palsu sekali gus menyebabkan Adda terpaksa berdepan tuntutan bayaran yang begitu besar.

Ads

“Penyewa lari tak dapat kesan kerana menggunakan IC palsu. Kini, saya disaman TNB sebanyak RM91,657.40 di atas kerugian TNB tersebut.

“Kenapalah penyewa itu aniaya saya macam ini? Mana nak cari duit sebanyak itu? Orang lain mencuri, orang lain kena tanggung,” luahnya.

penyewa dari neraka
Orang lain yang mencuri elektrik, pemilik rumah pula menanggung akibatnya. Kredit foto: Threads @mss.yakuza
Belum Pulih Daripada Strok, Datang Pula Ujian Baharu

Lebih memilukan, Adda sebenarnya sedang melalui fasa sukar dalam kehidupannya selepas diserang strok pendarahan pada 12 Mei lalu.

Serangan tersebut menyebabkan dirinya mengalami masalah fizikal sehingga kini bergelar orang kurang upaya (OKU).

Belum sempat pulih sepenuhnya daripada ujian kesihatan itu, dia sekali lagi diuji pada 27 September apabila berdepan masalah melibatkan penyewa rumahnya.

Ads

Bukan sahaja perlu memikirkan cara untuk menyelesaikan tuntutan bayaran elektrik yang begitu tinggi, Adda turut menanggung kos membaiki kerosakan rumah yang ditinggalkan penyewa berkenaan.

Dalam keadaan kesihatan yang terjejas, beban kewangan tersebut pastinya menambahkan lagi tekanan yang sedang dihadapinya.

Penyewa dari neraka!
Saluran pengudaraan bersaiz besar memenuhi ruang tandas rumah berkenaan.
Mohon Doa Agar Diberi Kekuatan

Meskipun berdepan ujian bertimpa-timpa, Adda tetap berharap agar dirinya diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan.

Menerusi ruangan komen, dia turut memohon doa orang ramai supaya segala urusannya dipermudahkan.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Doakan saya kuat untuk tempuhi ujian berat ini dengan penuh kesabaran.

“Kos repair rumah lagi, saman TNB lagi. Ujian berat sungguh untuk saya tahun ini. Semoga ada rezeki yang lebih besar Allah gantikan.

“Doakan ye korang, yang mana sudi membantu meringankan beban saya, terima kasih banyak,” tulisnya.

penyewa dari neraka
Wayar elektrik berselerak dan kesan pengubahsuaian pada dinding rumah selepas ditinggalkan penyewa.

Kisah Adda menjadi peringatan kepada pemilik rumah sewa mengenai risiko apabila kediaman diserahkan kepada individu yang tidak bertanggungjawab.

Dalam kes ini, rumah yang sepatutnya menjadi sumber pendapatan akhirnya bertukar menjadi beban kewangan yang cukup besar buat pemiliknya. Apa yang lebih menyedihkan, Adda terpaksa berdepan semua dugaan tersebut ketika dirinya sendiri sedang bergelut dengan masalah kesihatan.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Gegar Vaganza 13

Gegar Vaganza 13: Senarai Peserta, Tarikh Mula, Hos dan Juri Gegar...

Gegar Vaganza 13 2026 bermula 8 November! Ketahui senarai peserta GV13, termasuk Mawi, Zahid, Vince dan Stacy, serta hos, juri dan cara menonton.