
Sesuatu yang agak perit dilalui sesetengah pasangan suami isteri, sekatil tapi berjauhan! Bukan tawar hati tetapi ramai yang buat dalam keadaan kurang sedar.
Sekatil Tapi Berjauhan

Ya, mungkin duduk serumah dan tidur sebantal tetapi pasangan tetap rasa suunyi macam duduk seorang.Pasangan ada di sebelah pun, kadang jadi patung. Dekat tetapi tidak rasa. Kemudian sunyi seolah-olah tiada teman berbual dan tempat luah perasaan.
Nak tahu kenapa?
Ini kita sentuh bahagian isuami dulu. Isteri baru baring sebelah suami. Dia nak cerita pasal anak. Pasal rumah dan nak mengadu penat. Tetapi bila tengok muka suami sibuk dengan phone, terus isteri senyap tak cakap apa-apa. Bukan malas nak cakap. Tetapi letih nak rebut perhatian yang tidak berpihak pada dia. Ada dua badan, rasa macam baring seorang.
Selepas puas scroll, suami mengantuk, tidur tetapi isteri? Masih tidak boleh tidur sebab pendam rasa. Ini baru katil. Meja makan lagi teruk.
Kalau di meja makan, lauk panas, nasi berasap. Tetapi perbualan beku macam peti ais. Macam tidak wujud. Suami makan sambil main phone. Isteri suap anak tetapi dia sendiri ‘makan hati.’
Ini Realiti Sesetengah Pasangan Suami Isteri Sedang Lalui

Masuk pula perangai sesetengah isteri. Balik rumah, suami buka pintu tengok isteri dengan anak-anak. Tiada senyuman dan tiada pertanyaan. Baik hal kerja atau perut sudah kenyang, isteri anggap suami ‘BERES’. Tolong, jangan amalkan sikap buat tidak tahu ini! Risau lama-lama si dia rasa bosan dan tiada orang sambut.
Ya, sesekali kalau penat mungkin boleh diterima. Mungkin suri rumah sudah seharian melayan anak-anak kecil di rumah, maka terlupa nak ambil berat bahagian suami. Atau mungkin juga isteri bekerja sudah penat dan kurang kudrat nak masuk dapur sambung ‘bersilat’. Maka kejadian seharian suami isteri agak ‘kelam’ dan tiada yang menarik.
Tidak salah kurang rajin memasak tetapi ada cara yang paling manis. Ingatkan si dia awal-awal supaya makan atau paling tidak sebelum sampai rumah belikan sesuatu. Anggap cinta hati itu perlukan perhatian. Inshaa Allah, hubungan suami isteri tetap hangat dan rasa ada yang ambil peduli.
Ini baru contoh situasi perut pasangan tidak terjaga, ya. Banyak lagi ujian lain yang menyinggah yang bertukar jadi masalah suami isteri.
Belum masuk lagi bahagian kongsi emosi, sesekali suami isteri memang perlukan teman berbual. Jadi jangan buat-buat sibuk dengan phone atau anak. Kena tanya dia apa yang berlaku di tempat kerja atau di rumah (suri rumah/sura rumah), inilah pil paling mudah buat jiwa tidak rasa kosong.

Bak kata Dr Samhan, rumah tangga akan makin renggang bila tiga perkara ini perlahan-lahan mula hilang.
Pertama, komunikasi. Bila makin kurang berbual, makin banyak benda dipendam.
Anda mungkin berminat dengan
Kedua, penghargaan. Bila pasangan rasa usaha dia tak lagi dihargai, hati mula penat.
Ketiga, masa bersama. Walaupun duduk serumah, belum tentu benar-benar bersama.
Dulu awal-awal kahwin, kebanyakan pasangan rajin bercerita. Ini lepas makan pun hadap phone. Homework anak, jadual sekolah anak, susun buku anak, seterika baju anak semua isteri yang buat. Mana mahunya! Cuba bertolak-ansur dan bergilir buat. Jangan serah bulat-bulat semua hal rumah tangga pada si dia. Nak kira bab penat, semua orang akan penat!
Senang cerita, baikilah hubungan sebelum terlambat. Baik isteri atau suami, masing-masing perlukan kasih sayang dan cinta yang buat rasa tenang untuk pulang ke rumah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

