Ads

Bapa Aliff Daniel Luah Konflik Dengan Anak & Bekas Isteri, “Tak Ada Siapa Dah, Ada Allah Je…”

aliff daniel

Bapa Aliff Daniel luah konflik dengan anak & bekas isteri, “tak ada siapa dah, Allah je ada…

Kontroversi membabitkan seorang pemuda, Aliff Daniel, 21 yang disyaki terlibat dalam pemujaan yang bertentangan dengan hukum syarak termasuk dakwaan mencucuk wajah menggunakan objek berbentuk trisula ketika sambutan Thaipusam di Batu Caves terus menjadi perhatian selepas dia bersama ibunya ditahan pihak berkuasa agama semalam bagi membantu siasatan.

Dalam satu kenyataan semalam, Pengarah Jais, Shahzihan Ahmad berkata Aliff dan ibunya ditahan pada waktu tengah hari di Kuala Lumpur oleh anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) selepas waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Shah Alam.

Kedua-dua mereka disiasat di bawah Seksyen 4 dan 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Shahzihan menjelaskan Jais mula menjalankan siasatan selepas video mengenai kesalahan berkenaan tular.

Seksyen 4 membabitkan perbuatan memuja atau melakukan tindakan pemujaan yang bertentangan dengan hukum syarak, manakala Seksyen 10 berkaitan tindakan menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Di sebalik kontroversi tersebut, bapanya yang dikenali sebagai Abang Hadie tampil dengan luahan pilu menerusi perkongsian seorang sahabat, Tuan Amir Danau yang mengenali keluarga ini dengan agak rapat.

Bapa Aliff Daniel Luah Konflik Dengan Anak & Bekas Isteri
Aliff Daniel
Aliff Daniel disiasat pihak berkuasa agama di bawah Seksyen 4 dan 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

 

Jelasnya, bapa Daniel  kini tinggal di sebuah bilik kecil selepas bercerai dengan ibu Daniel selain menyebut perpisahan mereka sebagai suami isteri adalah berpunca dari ketidak setujuannya tentang kelainan ritual Aliff Daniel dan dianggap menyekutukan Allah dan Rasul.

Dirinya pernah membuang semua barangan pemujaan Aliff Daniel termasuk memberi amaran kepada anaknya itu agak tidak menyekutukan Allah.

Ads

Jelas bapanya, kisah diceritakan ini nampak aib pada keluarga mereka namun dia juga sudah berjuang demi menyelamatkan akidah anak dan isterinya namun gagal.

“Yelah, aib abang lah semua ni. Abang serah dekat Tuhan semuanya. Amir tahu kan Daniel tu gifted. Dari awal dulu lagi dia minat dengan semua benda ni, banyak kali sebenarnya insiden, Mir.

“Abang bergaduh dengan dia isu ni. Abang pesan ke dia, jangan sampai menyekutukan Allah. Berapa kali, Mir. Abang pecahkan semua barang-barang dalam bilik dia tu, abang buang semuanya.

“Abang buang semua patung-patung, semua alat-alat pemujaan tu tapi bila abang buang, esok tu lagi banyak dia beli. Pakai duit dia sendiri. Bertekak panjang. Dia cakap abang ni tak faham dia. Akak pun ada cakap Daniel sampai nak bun*h diri tertekan sebab abang halang dia. Hari-hari diorang ngadu ke akak, akak marah abang. Mir, ni soal sekutukan Tuhan ni Mir.

“Bila abang buang, akak kau tu marah abang. Dia cakap itu punca pendapatan anak dia. Abang bisinglah, Mir. Banyak lagi punca pendapatan lain yang tak menyekutukan Allah ni. Jadi masing-masing ni tak suka lah abang ni asyik membebel.

Ads

Aliff Daniel

Abang cakap, Daniel hang dengar baik-baik. Kalau hang sekutukan Allah, hang akan jadi musuh abah! Musuh Allah dan Rasul adalah musuh abah! Mind my word! Sungguh abah cakap ni. Masa tu Daniel cakap baik abah baik abah je, lepas tu sama juga Mir. Dengan aktiviti tu juga. Akak dok support je semuanya.

Aliff Daniel
Aliff dan ibunya ditahan pada waktu tengah hari di Kuala Lumpur oleh anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) selepas waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Shah Alam.

Dalam pada itu, Tuan Amir turut berkongsi dakwaan isteri Abang Hadie yang ada menuduh dirinya yang membuat laporan sedangkan dirinya tak sama sekali akan merosakkan hidup anak-anak dan bekas isterinya.

Lepas dah kecoh semua ni, ada diorang call abang ke bang?”

“Akak ada call. Dia cakap Daniel dah lama tak buat semua benda tu. Dah taubat nasuha. Abang pun tak tau lah Mir betul ke tak. Sejak tu tak berapa tahu apa perkembangan masing-masing. Tak nampak depan mata. Abang serah pada Tuhan.

Ads

“Akak ada cakap, dia macam rasa abang yang pekenakan dia sampai tahap macam ni. Dia tuduh abang. Abang ni hari-hari dengan masjid je Mir. Hari-hari abang doa kebaikan buat diorang semua. Buat apa abang nak pi aniaya anak-anak abang. Abang kena tinggai sorang-sorang ni pun semuanya abang mohon dekat Tuhan je. Tak ada daya upaya, mir.”

Anda mungkin berminat dengan

Tuan Amir Danau turut menjelaskan ekoran penahanan anaknya itu, anggota JAIS sudah menemuinya dan menjalankan siasatan berkaitan kos kontroversi ini selain memaklumkan dirinya kini hidup sendirian.

“Doakan abang kuat semangat. Abang dah dok tenang-tenang, datang pulak ujian ni Mir. Semua jabatan agama dah mai jumpa abang dekat masjid Mir. Abang cerita semua dah. Abang tak ada kaitan. Abang harap Allah ampunkan abang, Allah lebih tahu semuanya. Amir free nanti mai lah mir kita mengeteh. Abg takda siapa dah mir. Allah bagi rezeki cara lain. Ni tiba-tiba kawan panggil kerja, alhamdulillah Mir. Hidup macam gini je lah Mir.”

Tuan Amir turut berkongsi akan kebaikan diri bapa Daniel.

“Tuan-tuan, Abang Hadie ayah pada Daniel ni orang yang sangat baik. Kalau jumpa, tegur lah. Bantu lah. Sungguh, dia orang yang sangat baik. Kisah Daniel ni pengajaran dan pelajaran untuk kita semua.

“Kita semua tak baik mana tapi kita usaha yang terbaik dan kita tak pernah tahu pun hari esok apakah hasilnya akan baik atau tidak. Kadang kita rasa sesuatu tu dah terbaik pada hal di sisi Tuhan perkara tu belum tentu baik. Tinggal tunggu giliran kita pula hadap ujian besar yang Allah hantar esok tanda Dia kasih pada kita.

Apa pun ketika ini, keluarga ini sedang diuji. Dan ia juga ujian kita agar tidak menyekutukan Allah atau taksub kepada alam ghaib, walllahualam. Kredit :- FB Tuan Amir Danau.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Anak Autistik

Dikurniakan Empat Anak Autistik, Ibu Akui Sudah Kering Air Mata Kenangkan...

Bukan mudah untuk menerima ujian dikurniakan empat anak autistik, malah dua daripadanya mempunyai masalah kesihatan berkaitan gangguan perkembangan saraf.