Ads

Hilang Dua Anak Lelaki Dalam Tempoh Tujuh Bulan, Ibu Menangis Dapat Khabar Duka Lagi

Hilang Dua Anak
Hilang Dua Anak

Berat ujian seorang ibu, apabila diuji hilang dua anak lelaki dalam tempoh tujuh bulan disebabkan kemalangan jalan raya. Habis kata-kata untuk memberikan kata semangat, namun semuanya sudah tertulis di Lauhul Mahfudz.

Hilang Dua Anak Lelaki Dalam Tempoh Tujuh Bulan

Hilang Dua Anak Lelaki Dalam Tempoh Tujuh Bulan, Ibu Menangis Dapat Khabar Duka Lagi

Ahmad Azhar Mohamad Yusof, 59, dan isterinya Zaleha Awang, 47, bagaimanapun reda dengan pemergian Ahmad Azreeq Zafreen Ahmad Azhar, 19, pada 6 Mac lepas dan Ahmad Areesy Zafreen, 16, pada Selasa.

Ahmad Azhar dari Kampung Batin, Seberang Takir berkata, dia mendapat berita tentang kemalangan anak keduanya itu daripada penduduk kampung kira-kira jam 5.30 petang Selasa.

“Pada petang kejadian, angah (Ahmad Areesy Zafreen) keluar bawa adik perempuannya Areesya untuk bersiar-siar di sekitar taman perumahan. Ketika itu, saya sedang membaiki kereta di depan rumah sebelum orang kampung datang beritahu anak saya kemalangan … dah meninggal.

“Saya terus bergegas ke tempat kejadian kira-kira 200 meter dari rumah. Sampai di sana saya tengok anak lelaki saya sudah tidak bernyawa akibat cedera teruk di kepala. Saya minta kawan-kawan di sana uruskan jenazah anak dan bawa anak perempuan untuk rawatan ke hospital,” katanya.

Ads

Hilang Dua Anak Lelaki Dalam Tempoh Tujuh Bulan, Ibu Menangis Dapat Khabar Duka Lagi

Ahmad Azhar berkata, kesedihan mereka sekeluarga setelah kehilangan Ahmad Azreeq ketika dalam perjalanan bercuti di Cameron Highlands masih belum hilang.

Dia berkata, kejadian itu menyebabkan isterinya yang bekerja sebagai jururawat di HSNZ trauma dan terpaksa bercuti selama empat bulan.

“Anak sulung kami meninggal dalam kemalangan di Kampung Bukit Jeruk, Besut ketika kami sekeluarga dalam perjalanan ke Cameron Highlands pada bulan puasa. Dia menunggang motosikal seorang diri, sementara kami enam beranak menaiki kereta.

Ads

“Isteri saya baru sahaja masuk bekerja kira-kira tiga bulan selepas bercuti panjang kerana bersedih atas pemergian Ahmad Azreeq. Semalam pula, angah meninggal akibat kemalangan. Memang tak dapat digambarkan kesedihan kami,” katanya.

Ibu Menangis Dapat Khabar Duka Lagi

Hilang Dua Anak Lelaki Dalam Tempoh Tujuh Bulan, Ibu Menangis Dapat Khabar Duka Lagi

Bapa kepada lima anak itu berkata, jenazah Ahmad Areesy akan disolatkan di Masjid Khalifah Taman Jaya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syeikh Ibrahim, Jalan Pusara, dekat sini.

Ads

Dia berkata, kehilangan kedua-dua anak lelakinya amat dirasai oleh tiga adik-beradik yang lain memandangkan hubungan mereka sangat rapat.

Anda mungkin berminat dengan

“Angah anak yang baik dan pendiam. Selepas ketiadaan abangnya, dialah yang kami harapkan untuk membantu menjaga adik-adik, terutama anak istimewa kami yang berusia 12 tahun,” katanya.

Bukan mudah untuk menerima sebuah kehilangan, nak-nak dalam tahun yang sama. Semoga Allah kurniakan kekuatan luar biasa buat ibu dan ayah mangsa dan arwah di tempatkan di kalangan orang-orang beriman dan soleh.

Al Fatihah.

Sumber: Sinar Harian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Marian Croak

Marian Croak, Wanita Yang Membantu Mengubah Cara Dunia Berhubung Melalui Internet

Kenali Marian Croak, tokoh teknologi yang mempelopori VoIP, memegang lebih 200 paten dan membantu mengubah cara manusia berkomunikasi melalui internet.