
Tumpang gembira dengan kejayaan tangan emas milik Nadratulliyana Binti Ab Malek, wakil Malaysia dalam bidang Fashion Technology di WorldSkills Shanghai 2026. Satu pencapaian membanggakan buat WorldSkills Malaysia di pentas antarabangsa!
Nadratulliyana Harumkan Nama Malaysia

Di sebalik setiap jahitan dan perincian pada busana ini, tersimpan jam-jam latihan, ketelitian, tekanan dan pengorbanan seorang anak Malaysia yang berjuang di pentas dunia.
Hari ini, hasilnya bukan sekadar sehelai pakaian. Ini adalah bukti bahawa anak Malaysia mampu berdiri dan bersaing di pentas dunia. Bangga dengan usaha gigih anak Malaysia! Terima kasih kerana membawa nama Malaysia sejauh ini.
Raih Medal For Excellence Dalam Bidang Fashion Technology

Kejayaan ini bukan sekadar sebuah pingat kecemerlangan, tetapi menjadi lambang kegigihan, disiplin, ketekunan, kreativiti dan semangat juang luar biasa yang telah ditunjukkan sepanjang perjalanan menuju ke pentas kemahiran dunia.
Nadratulliyana telah membuktikan bahawa anak muda Malaysia mampu bersaing, berdiri teguh dan mengukir nama di persada dunia melalui kemahiran dan TVET.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Saudari Nadratulliyana Binti Ab Malek, wakil GIATMARA Malaysia, atas kejayaan meraih MEDAL FOR EXCELLENCE dalam bidang Fashion Technology di WorldSkills Competition Shanghai 2026.
Syabas dan tahniah kepada Nadratulliyana, jurulatih, pakar serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat dalam menghadapi cabaran yang lebih besar pada masa hadapan.
Anda mungkin berminat dengan

download sekarang!
