Ads

“Bersalin Di Dunia, Berpantang Di Syurga…” Nur Izzatul Hani Meninggal Selepas Lahirkan Anak Kedua

Nur Izzatul Hani

Bersalin di dunia, berpantang di syurga, Nur Izzati Hani meninggal selepas lahirkan anak kedua.

Seorang ibu menanti penuh debar kelahiran anak keduanya, seorang bayi perempuan yang sekian lama dinanti-nantikan. Namun siapa menyangka, di saat si kecil selamat melihat dunia, ibunya pula pergi buat selama-lamanya.

Nur Izzatul Hani, 31, dilaporkan meninggal dunia selepas melahirkan cahaya mata keduanya meninggalkan suami, Arash dan  seorang anak lelaki serta bayi perempuan yang baru dilahirkan.

Nur Izzatul Hani
Pemergian Nur Izzatul Hani pada usia 31 tahun meninggalkan suami serta dua cahaya mata.
Nur Izzatul Hani Meninggal Selepas Lahirkan Anak Kedua

Khabar pemergian Hani meruntun hati ramai, apatah lagi apabila seorang sahabat berkongsi bahawa arwah tidak sedarkan diri ketika proses melahirkan bayinya.

“Anak perempuan yang dinanti dengan penuh kegembiraan bertukar duka selepas arwah tidak sedarkan diri semasa melahirkan bayinya. Bersalin di dunia, berpantang di syurga buatmu Nur Izzatul Hani,” tulisnya.

Nur Izzatul Hani

Pendek ungkapannya, tetapi cukup berat maknanya. Seorang bayi lahir membawa bahagia, sedang pada hari yang sama sebuah keluarga terpaksa merelakan pergi insan yang bergelar isteri dan ibu.

Sahabat berkenaan turut memohon orang ramai menyedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah serta mendoakan agar suami dan anak lelakinya diberikan kekuatan menghadapi kehilangan tersebut.

Ads
Nur Izzatul Hani
Dalam suasana penuh hiba, ahli keluarga dan insan terdekat berkumpul mengiringi perjalanan terakhir Nur Izzatul Hani. Tiada yang mudah tentang sebuah perpisahan, apatah lagi saat keluarga baru sahaja menyambut kelahiran ahli baharu.
Detik Cemas Sekitar Jam 4 Pagi

Dalam perkongsian berasingan, seorang pengguna Threads yang mendakwa berada di wad bersalin Hospital UPM ketika kejadian turut berkongsi mengenai detik cemas yang berlaku sekitar jam 4 pagi.

Menurut individu berkenaan, dia terdengar pengumuman kecemasan “code red” sebelum pasukan perubatan memberikan bantuan CPR kepada seorang ibu.

Ibu berkenaan kemudiannya dikatakan dibawa ke ICU, manakala bayi pula dibawa ke NICU.

Individu tersebut mendakwa kemudian mendapat tahu daripada seorang jururawat bahawa ibu berkenaan telah meninggal dunia.

Ads
Suami Menangis Iringi Perjalanan Terakhir Isteri

Lebih menyentuh hati, suami Allahyarhamah, Arash, dilihat menangis ketika mengiringi perjalanan terakhir isteri tercinta.

Tiada banyak kata mampu menggambarkan perasaan seorang suami pada saat itu. Anak kedua yang dinanti bersama akhirnya selamat dilahirkan, namun Arash terpaksa menerima hakikat wanita yang selama ini menjadi teman hidup dan ibu kepada anak-anaknya telah pergi.

Nur Izzatul Hani
Suami Allahyarhamah, Arash, tidak dapat menyembunyikan kesedihan ketika berada di sisi jenazah isteri tercinta. Wanita yang bersama-sama menanti kelahiran anak kedua mereka kini pergi meninggalkan kenangan dan dua cahaya mata.

Menerusi perkongsian Unit Pengurusan Jenazah Cinta Kifayah, jenazah Allahyarhamah tiba di Masjid Kompleks Pertanian Serdang ketika solat fardu Asar sedang berlangsung.

Selesai solat, jenazah dibawa ke ruang solat untuk disolatkan bersama jemaah, saudara-mara serta sahabat yang hadir.

Ads

Atas permintaan ahli keluarga yang baru tiba, wajah Allahyarhamah turut dibuka bagi memberi peluang kepada saudara-mara dan sahabat menatap wajahnya buat kali terakhir.

Anda mungkin berminat dengan

Jenazah kemudiannya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam UPM Serdang untuk dikebumikan. Segala urusan menyempurnakan perjalanan terakhir Allahyarhamah dilaporkan berjalan lancar dan selesai sebelum jam 6.30 petang.

Nur Izzatul Hani
Inilah bayi perempuan yang dinanti-nantikan Allahyarhamah dan keluarga. Si kecil selamat dilahirkan dan menerima rawatan selepas kelahiran. Kehadirannya kini menjadi amanah besar buat keluarga selepas pemergian ibunya.

Allahyarhamah meninggalkan suami, seorang anak lelaki serta bayi perempuan yang baru dilahirkan.

Berat untuk membayangkan kehilangan seorang ibu pada saat keluarga baru sahaja menyambut kelahiran seorang anak. Namun dua cahaya mata yang ditinggalkan kini menjadi amanah dan penyambung kasih Nur Izzatul Hani buat keluarga tercinta.

“Bersalin Di Dunia, Berpantang Di Syurga…” Nur Izzatul Hani Meninggal Selepas Lahirkan Anak Kedua

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarhamah, menerima segala amal kebaikannya, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan orang beriman.

Al-Fatihah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

skin undertone

Skin Undertone: Cara Kenal Pasti Cool, Warm Atau Neutral

Kenali skin undertone anda dengan mudah melalui warna urat, pilihan barang kemas serta warna mata dan rambut untuk pilih makeup yang lebih sesuai.