
Akhirnya isteri Pegawai Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) yang dilaporkan hilang di Nepal, berlepas ke Kathmandu hari ini atas inisiatif sendiri bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai operasi pencarian suaminya.
Inisiatif Sendiri

Hani Othman berkata beliau membuat keputusan untuk terbang ke Nepal seorang diri bagi mendapatkan perkembangan terkini usaha pencarian mangsa yang hilang di sana dan tidak mahu hanya berdiam diri di rumah.
“Ini inisiatif saya sendiri untuk dapatkan perkembangan terkini sebab saya tak boleh duduk di rumah saja dan menangis. Saya perlu lakukan sesuatu.
“Setakat ini saya pergi seorang diri tetapi di sana nanti ada rakan-rakan serta kenalan suami yang sedia membantu. Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu juga telah dimaklumkan mengenai kehadiran saya,” katanya
Suami Hani, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa, 40-an, atau lebih mesra dipanggil Loe, dilaporkan hilang ketika menyertai misi pendakian di negara berkenaan.
Turut dilaporkan hilang Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Mohd Sani Harul yang dalam misi pendakian sama.
Isteri Pegawai Pasukan Khas Udara Bomba Yang Hilang Berlepas ke Kathmandu

Mengulas mengenai sokongan moral, Hani memberitahu pihak keluarga serta rakan-rakan terdekat mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan suaminya dan mangsa lain.
Sebelum dilaporkan hilang, Mohd Fakhrul Munir menerusi hantaran di laman sosialnya pada 2 Ogos lepas ada berkongsi pandangan peribadi mengenai risiko pendakian gunung ekstrem serta impak tragedi di Broad Peak yang dikaitkan dengan insiden taufan di Gunung Everest pada 1996.

Anda mungkin berminat dengan
Untuk info, Kementerian Luar memaklumkan 57 rakyat Malaysia masih gagal dihubungi susulan kejadian banjir besar yang melanda Nepal, Rabu lepas.
Sumber: Bernama
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

