Ads

47,000 Pasangan TTC Bakal Terima Bantuan, Ada Yang Bertahun-Tahun Menunggu Dua Garisan Ini

pasangan TTC

Sebanyak 47,000 pasangan TTC (trying to conceive) dijangka menerima manfaat menerusi Program Kesuburan LPPKN di bawah inisiatif Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) tahun ini.

Program dengan slogan “Lebih Awal, Lebih Baik” itu menawarkan pembiayaan rawatan permanian beradas (IUI) sehingga dua kitaran kepada pasangan yang layak.

Baca artikel: Sambutan Hari Ibu 2026 Meriah, Tema Seteguh KASIH Ibu, Angkat Ketabahan Wanita Malaysia

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, Program Kesuburan LPPKN diwujudkan sebagai antara usaha kerajaan membantu pasangan TTC yang berdepan masalah infertiliti dan kesukaran mendapatkan cahaya mata.

“Di kementerian, LPPKN, kita ada pelbagai inisiatif untuk membantu pasangan di luar sana yang berhadapan dengan kesukaran mendapatkan zuriat antaranya IVF dan sekarang BuAI.

“Cuma untuk menentukan rawatan mana yang bersesuaian, mereka perlu menjalani saringan,” katanya selepas Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung hari ini.

Rawatan Kesuburan Bukan Murah, Ramai Pasangan TTC Memendam Sendiri

Apa yang lebih dekat di hati ramai pasangan TTC apabila Nancy turut menjelaskan bahawa keutamaan Program Kesuburan LPPKN diberikan kepada golongan B40.

Hakikatnya, bukan semua pasangan mampu menanggung kos rawatan kesuburan yang boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Dalam diam, ramai pasangan memilih memendam.

Ads

Memendam rasa kecewa setiap kali ujian kehamilan hanya menunjukkan satu garisan. Sebab itu juga, isu infertiliti sebenarnya bukan sekadar tentang rawatan perubatan.

Lebih 373,000 Kes Subfertiliti Telah Dikendalikan LPPKN

Nancy berkata sejak tahun 1979, LPPKN menjadi antara agensi pelopor yang menyediakan akses kepada rawatan kesuburan dan kesihatan reproduktif berkualiti buat wanita dan pasangan TTC di Malaysia.

Menurut beliau, sehingga kini lebih 373,000 kes subfertiliti telah dikendalikan dengan 6,513 kehamilan berjaya direalisasikan.

Ads

Angka itu mungkin sekadar statistik bagi sesetengah pihak. Tetapi bagi pasangan yang pernah melalui proses TTC, setiap angka itu membawa kisah air mata, harapan dan perjuangan yang tidak semua orang faham.

Baca juga artikel: PRISMAnita Dilancar Sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 

Pusat Subfertiliti Negara Bakal Dibangunkan Di Shah Alam

Dalam perkembangan sama, kerajaan turut mengumumkan pembangunan Data Registri Subfertiliti Kebangsaan mengikut piawaian antarabangsa bermula tahun ini.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Inisiatif tersebut akan menjadi antara langkah penting ke arah penubuhan Pusat Subfertiliti Negara (PSN) di Shah Alam yang dijadualkan mula beroperasi pada tahun 2030. Apa yang menarik, pengumuman ini dibuat bersempena tema Hari Ibu tahun semalam iaitu “Seteguh KASIH Ibu”.

Tema yang cukup dekat dengan realiti ramai wanita. Kerana menjadi ibu bukan sekadar tentang melahirkan anak. Tetapi juga tentang kekuatan untuk terus berharap walaupun berkali-kali diuji.

Tentang wanita yang tetap tersenyum walaupun hati mereka lelah.

Kadang-kadang, perjuangan paling berat adalah perjuangan yang orang lain tak nampak. Mungkin sebab itu, Program Kesuburan LPPKN bukan sekadar bantuan rawatan, tetapi juga satu bentuk harapan kepada semua pasangan TTC yang sedang berjuang.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Puteri Sarah Liyana

Demi Anak-anak Tersayang, Puteri Sarah Liyana Bangkit Selepas Lima Tahun Bertahan

Demi anak-anak tersayang, pelakon wanita, Puteri Sarah Liyana bangkit meneruskan kehidupan selepas melalui pelbagai ujian hidup dalam berumah tangga.