Ads

Sambutan Hari Ibu 2026 Meriah, Tema Seteguh KASIH Ibu, Angkat Ketabahan Wanita Malaysia

Sambutan Hari Ibu 2026

Sambutan Hari Ibu 2026 berlangsung penuh meriah dan bermakna apabila ribuan pengunjung hadir meraikan jasa serta pengorbanan wanita bergelar ibu menerusi tema “Seteguh KASIH Ibu” di Dewan Tun Hussein Onn, World Trade Centre Kuala Lumpur hari ini.

Program Sambutan Hari Ibu 2026 anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) itu mengetengahkan pelbagai pengisian bermanfaat yang memfokuskan kesejahteraan fizikal, mental dan emosi ibu dalam institusi keluarga.

Sambutan Hari Ibu 2026 Meriah

Sambutan Hari Ibu 2026 Meriah, Tema Seteguh KASIH Ibu, Angkat Ketabahan Wanita Malaysia

Majlis Sambutan Hari Ibu 2026 disempurnakan oleh DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim yang turut meluangkan masa menyantuni para ibu dan tetamu yang hadir. Kehadiran baginda menyerlahkan lagi penghargaan terhadap peranan besar wanita dalam membentuk keluarga dan masyarakat sejahtera.

Baca artikel: Kenali Shariffah Mahani, Ibu Syed Saddiq Rupanya Pejuang Kanser Yang Kental & Berkelas

Ads

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri serta YABhg. Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail.

Seteguh Kasih Ibu Diangkat Sebagai Tema Tahun Ini

Menurut penganjur, tema Seteguh KASIH Ibu dipilih bagi menonjolkan kekuatan, ketabahan dan pengorbanan seorang ibu dalam mendepani cabaran kehidupan moden termasuk tuntutan kerjaya, pengurusan keluarga dan tekanan emosi.

Antara pengisian utama Sambutan Hari Ibu 2026 ialah forum inspirasi bertajuk “Seteguh KASIH Ibu” yang dikendalikan personaliti terkenal Ahmad Fedtri Yahya bersama dua panel berpengalaman iaitu Datuk Dr Harlina Haliza Siraj dan Dr Nordinah Mohd Kassim.

Ads

Forum tersebut menyentuh realiti kehidupan wanita termasuk perjuangan mendapatkan zuriat, cabaran kesihatan mental, tekanan emosi serta kepentingan sokongan pasangan dan keluarga dalam membantu ibu menghadapi cabaran harian.

Baca juga artikel: Dr Wan Azizah Wanita Paling SABAR, SETIA Dengan Suami Hadapi 1001 Ujian

Dalam masa sama, pengunjung turut berpeluang menikmati pelbagai aktiviti interaktif menerusi Pakej “Seteguh KASIH Ibu” yang menyediakan saringan kesihatan, konsultasi kesejahteraan keluarga, terapi seni, terapi ketawa, urutan relaksasi serta aktiviti penghargaan khas buat ibu.

Ads

Sambutan Hari Ibu 2026 Meriah, Tema Seteguh KASIH Ibu, Angkat Ketabahan Wanita Malaysia

Anda mungkin berminat dengan

Paling menyentuh hati apabila Anugerah Khas Inspirasi Ibu turut disampaikan kepada wanita yang berjaya melalui rawatan subfertiliti di Klinik LPPKN sebagai simbol penghargaan terhadap usaha dan ketabahan mereka dalam menimang cahaya mata.

Sambutan Hari Ibu 2026 jelas membuktikan bahawa pengiktirafan terhadap wanita tidak hanya tertumpu kepada peranan mereka dalam keluarga, tetapi juga kesejahteraan emosi dan mental yang sering dipinggirkan.

Dalam kesibukan mengurus keluarga dan kerjaya, ibu juga memerlukan ruang untuk dihargai, didengari dan disantuni. Sambutan Hari Ibu 2026 menjadi simbol bahawa kasih seorang ibu adalah kekuatan luar biasa yang menjadi asas kepada keharmonian keluarga dan masyarakat.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Puteri Sarah Liyana

Demi Anak-anak Tersayang, Puteri Sarah Liyana Bangkit Selepas Lima Tahun Bertahan

Demi anak-anak tersayang, pelakon wanita, Puteri Sarah Liyana bangkit meneruskan kehidupan selepas melalui pelbagai ujian hidup dalam berumah tangga.