
Semalam tular kisah arwah Nur Aini Umairah, murid Tahun Dua yang maut dilanggar di hadapan pintu pagar utama sekolahnya ketika sedang menunggu dijemput ibunya pulang.
Terlewat Beberapa Minit Dan Bila Sampai Anaknya Sudah Dilanggar

Si ibunya, Asmilah Tukiran, 37, sampai lewat beberapa minit sahaja sebab kena siapkan anak bongsunya, namun apabila sampai di hadapan sekolah nampak ramai orang berkerumun. Hatinya pada ketika itu tertanya-tanya siapa yang mereka kerumun. Rupanya anak sendiri.
“Saya terlewat hanya beberapa minit sebelum melihat anak terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri,” kata Asmilah.
“Saya terdengar ada murid lain bercakap dan menyebut nama ‘Aini’. Saya terus berjumpa guru untuk bertanyakan siapa yang sedang terbaring kaku.
“Bila cikgu memberitahu murid itu adalah anak saya, badan saya terus lemah. Saya tidak sanggup melihat jenazahnya kerana keadaan sangat parah,” katanya
Terima Takdir Allah Sudah Sampai Ajal Anaknya

Menerusi sumber portal Astro Awani, Ahmad Fareez, dia sudah menerima ketentuan Ilahi atas kejadian itu sekali pun kehilangan salah seorang anak.
“Sesuatu yang berlaku sudah tentu ada ketetapan, jadi kalau kita hendak menyalahkan seseorang pun tak boleh juga, siapa nak bunuh orang?
“Untuk pakcik melanggar anak saya, saya sudah memaafkannya. Saya reda kerana setiap yang hidup ini sudah ada ketetapan dari Ilahi,” katanya ditemui ketika menuntut jenazah anak sulung daripada dua beradik.
Ayah Arwah Nur Aini Umairah Tak Salahkan Pakcik Van

Dalam pada itu, Ahmad Fareez Khalid meminta orang ramai agar tidak menyalahkan pemandu van terbabit kerana kejadian itu berlaku di luar jangkaan.
“Kepada pakcik (pemandu van) yang melanggar anak saya, tidak mengapa, saya sudah memaafkannya.
“Permintaan saya ialah janganlah marah pada pakcik itu. Kalau kami sebagai ibu bapa sudah reda, takkan nak marah dia lagi, kasihanilah pakcik itu,” katanya.
Ditanya mengenai Nur Aini Umairah, Ahmad Fareez berkata, arwah anak yang baik dan sentiasa ceria sepanjang masa.
“Tapi apabila sampai satu tahap ini (kehilangan), ibu bapa pasti sedih. Kami ‘lepaskan’ Nur Aini Umairah dengan tenang, mudah-mudahan Allah SWT merahmatinya.
Anda mungkin berminat dengan
“Arwah gemar bersolek, kadang-kadang dia tengok YouTube dan dia tiru cara solekan. Kali terakhir arwah solek saya ketika kami membawanya berjalan-jalan ke Melaka minggu lalu.
“Itulah kali terakhir dan selepas ini, segala-galanya akan menjadi kenangan,” katanya yang cuba menahan sebak.
Jenazah Nur Aini Umairah dibawa ke masjid Jamek Kg Parit Mustaffa, Parit Sulong untuk urusan pengebumian dan solat jenazah.
Ratusan terdiri ahli keluarga dan penduduk kampung hadir memberi penghormatan terakhir kepada Nur Aini Umairah yang dikebumi bersebelahan pusara neneknya.
Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan kekuarga tabah hadapi ujian berat ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

