Ads

Tamat Sengketa Izreen Azminda & Intan Liana Salleh, Dua Hati Memilih Memaafkan Untuk Ketenangan

Izreen Azminda
Izreen Azminda

Penutup persengketaan yang baik, bekas madu Izreen Azminda, iaitu Intan Liana Salleh mengucapkan terima kasih kepada pelakon itu rentetan selesainya persengketaan mereka.

Tamat Sengketa Izreen Azminda & Intan Liana Salleh

Tamat Sengketa Izreen Azminda & Intan Liana Salleh, Dua Hati Memilih Memaafkan Untuk Ketenangan
Screenshot

Dalam hantaran Instagram Story (IGs), Intan memuat naik ucapan ringkas berbunyi:

“Untuk Izreen terima kasih.”

Mesej itu disertakan emoji berbaur emosi yang menandakan perasaan dalam hatinya. Dalam hantaran berasingan, Intan yang juga pencipta kandungan meluahkan kesyukuran apabila perbalahan dengan pelakon drama Ahli Mesyuarat Tingkap itu, akhirnya selesai.

“Alhamdulillah, selepas berbincang secara bersama, kami bersepakat memutuskan untuk menyelesaikan pertikaian di mahkamah dengan cara baik.

“Kami bersyukur kerana perkara ini akhirnya dapat diselesaikan.

“Harapan saya agar selepas ini, hubungan yang terjalin dapat lebih terpelihara demi kebahagiaan kita bersama, terutamanya untuk anak-anak,” katanya.

Ads

Dua Hati Memilih Memaafkan Untuk Ketenangan

Tamat Sengketa Izreen Azminda & Intan Liana Salleh, Dua Hati Memilih Memaafkan Untuk Ketenangan

Intan turut mengambil kesempatan memohon maaf sekali lagi atas sebarang tindakan atau perbuatannya sebelum ini yang mungkin mengguris hati mana-mana pihak.

“Segala perkongsian atau penulisan saya selepas ini adalah bersifat peribadi dan tidak merujuk kepada mana-mana pihak.

Ads

“Semoga Allah sentiasa menjaga dan memelihara hubungan kita ke arah yang lebih baik,” katanya.

Tamat Sengketa Izreen Azminda & Intan Liana Salleh, Dua Hati Memilih Memaafkan Untuk Ketenangan

 

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Terdahulu Izreen membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Intan kerana mendakwa wanita itu kerap membuat provokasi dengan sengaja terhadap dirinya.

Bagaimanapun, semalam mereka memilih penyelesaian secara aman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, di sini.

Sekadar info, kemelut antara Intan dan Izreen timbul apabila aktres itu berkahwin dengan bekas suami Intan iaitu pemuzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude pada 2017. Ketika itu, Intan masih isteri Ude. Namun akhirnya Intan sah bercerai dengan Ude pada 2018.

Gambar: Izreen Aminda

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

harga daun kari

Harga Daun Kari Cecah RM18 Sekilo, Ini Cara Tanam Sendiri &...

Harga daun kari kini mencecah RM18 sekilogram. Orang ramai digalak tanam sendiri sebagai alternatif jimat kos dapur dan kawal perbelanjaan harian.