Ads

23 Hadiah Hari Guru Paling Berguna & Function, Cikgu Sendiri Confirm Suka!

hadiah hari guru

Setiap kali tiba sambutan Hari Guru, ramai ibu bapa dan pelajar mula pening memikirkan idea hadiah hari guru yang sesuai.

Ramai guru sebenarnya lebih menghargai hadiah hari guru yang praktikal dan boleh digunakan dalam kehidupan harian mereka.

Sempena sambutan Hari Guru 2026 bertemakan “Guru Bitara Nadi Negara”, berikut antara idea hadiah hari guru paling function yang ramai cikgu sendiri approve!

23 Idea Hadiah Hari Guru Paling Function

Kategori Keperluan Sekolah & Kerjaya

23 Hadiah Hari Guru Paling Berguna & Function, Cikgu Sendiri Confirm Suka!

1. Set Bahan Mengajar

Stapler, penebuk lubang, pita pelekat dan klip kertas mungkin nampak kecil, tetapi sangat penting dalam tugas harian seorang guru.

2. Kertas A4

Ramai guru menggunakan wang sendiri untuk mencetak latihan tambahan pelajar. Sebab itu kertas A4 menjadi antara hadiah hari guru paling berguna.

3. Whiteboard Marker

Marker pen memang cepat habis digunakan di sekolah. Jadi hadiah ini confirm dipakai.

4. Pen Premium Custom Nama

Pen eksklusif dengan nama guru memberi sentuhan profesional dan lebih personal.

5. Laser Pointer

Bagi guru yang selalu menggunakan slide presentation, alat ini sangat membantu semasa mengajar.

6. Kotak Pensel

Nampak simple tetapi sangat praktikal untuk menyimpan alat tulis supaya lebih tersusun.

7. Buku Planner Atau Buku Nota

Guru memang banyak jadual dan urusan harian. Planner membantu mereka lebih teratur.

Kategori Dapur & Makanan

23 Hadiah Hari Guru Paling Berguna & Function, Cikgu Sendiri Confirm Suka!

 

Ads

8. Set Bahan Masakan

Minyak masak, gula atau tepung mungkin nampak biasa, tetapi sebenarnya sangat membantu terutama guru yang sudah berkeluarga.

9. Hamper Makanan

Biskut, coklat, kek atau makanan ringan sentiasa menjadi pilihan popular untuk hadiah hari guru.

10. Set Minuman Sachet

Kopi, teh atau minuman coklat 3-dalam-1 memang praktikal untuk guru hilangkan penat di sekolah.

11. Set Pes Masakan

Pes rendang, sambal atau kari sangat membantu guru yang sibuk dan balik lewat dari sekolah.

12. Air Kordial

Minuman yang mudah disediakan di rumah atau ketika jamuan sekolah.

Kategori Penampilan & Self-Care

23 Hadiah Hari Guru Paling Berguna & Function, Cikgu Sendiri Confirm Suka!

13. Tudung Bawal / Shawl

Ini antara hadiah hari guru paling popular setiap tahun khususnya untuk guru wanita.

14. Set Mandian

Sabun, losyen dan syampu memberi rasa relaks selepas penat mengajar sepanjang hari.

Ads

15. Set Pemotong Kuku

Simple tetapi sangat berguna. Ramai cikgu suka simpan di meja sekolah.

16. Brooch Cantik

Aksesori kecil yang membantu menaikkan seri pakaian guru.

17. Mini Perfume

Perfume saiz poket mudah dibawa ke mana-mana dan sesuai digunakan sepanjang hari.

18. Kain Batik

Boleh digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk pakaian dan dekorasi rumah.

19. Heating Pad / Patch

Ramai guru mengalami sakit kaki dan lenguh kerana berdiri terlalu lama mengajar.

20. Cushion Kerusi

Hadiah ini membantu menambah keselesaan guru ketika duduk di meja kerja.

Kategori Ibadah & Sentimental

23 Hadiah Hari Guru Paling Berguna & Function, Cikgu Sendiri Confirm Suka!

Ads

 

Anda mungkin berminat dengan

21. Cenderahati Handmade

Kad ucapan handmade atau crochet buatan sendiri mempunyai nilai sentimental yang sangat tinggi.

22. Sejadah

Antara hadiah hari guru yang memberi manfaat berpanjangan dan penuh makna.

23. Telekung Travel

Ringan, mudah dibawa dan sangat praktikal untuk guru wanita.

Kenapa Hadiah Simple Lebih Bermakna?

Guru bukan melihat pada harga sesuatu hadiah, tetapi keikhlasan dan usaha murid yang memberi.

Sebab itu ramai guru lebih menghargai hadiah hari guru yang:

  • boleh digunakan
  • praktikal
  • ada sentimental value
  • memudahkan kerja harian mereka

Hari Guru Bukan Sekadar Sambutan

Hari Guru bukan sekadar sambutan tahunan. Ia juga waktu untuk menghargai insan yang banyak berkorban mendidik anak-anak.

Ramai guru bekerja lebih masa, menggunakan wang sendiri dan berusaha memastikan murid berjaya.

Kadang-kadang ucapan kecil dan hadiah hari guru yang simple pun cukup membuat mereka rasa dihargai.

Kesimpulan

Tak perlu tunggu hadiah mahal untuk menggembirakan seorang guru. Benda paling simple dan function itulah yang paling diingati.

Dalam dunia seorang guru, penghargaan kecil daripada murid boleh menjadi memori yang disimpan sampai bila-bila.

Sumber: ecentral

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

agro penjaja-i

Agrobank Lancar Agro Penjaja-i, Peniaga Kini Boleh Mohon Pembiayaan Hingga RM100,000

Agro Penjaja-i dilancarkan Agrobank bagi membantu penjaja dan usahawan mikro melalui pembiayaan, latihan keusahawanan dan sokongan digital.