
Zaman sekarang tak ramai guru berjiwa pendidik dan suka bantu murid susah, yang ikhlas sehingga dirinya kadang ‘terkorban’ demi melihat anak bangsa berjaya.
Umpama sanggup ‘bakar’ dirinya semata-mata, asalkan murid maju dan nasibnya akan berubah suatu masa. Inilah yang dikongsikan oleh seorang murid perempuan sempena Hari Guru baru-baru ini.
Suka Bantu Murid Susah

Alhamdulillah. Selamat Hari Guru untuk semua guru dan yang bakal bergelar guru.
Ini kisah saya dan Cikgu Koay Aun Chuan, Cikgu saya masa Form 6 2003/2004. Dah lama sangat kan, tapi jasa dia saya tak pernah lupa sehingga hari ini. Walau berlainan bangsa, dia banyak bantu saya pelajar yang susah ini.
BACA ARTIKEL: Hadiah Hari Guru Paling Buat Cikgu Bergenang Air Mata, Mungkin Biasa Di Mata Orang Lain Tapi Effort Itu Mahal
Cikgu Koay ajar Geografi form 6. Cerita ini tidak semua tahu, masa saya form 6, Cikgu Koay datang jumpa sy tanya bila nak bayar yuran exam STPM sebab lagi seminggu sebelum tarikh tutup, kalau tak bayar tak boleh ambil exam. Saya beritahu cikgu, bukan tak nak bayar tapi belum ada duit.
Nak gadai raya cina kedai tutup, Cikgu Koay terus cakap,
“Jangan sampai bergadai, nanti rehat jumpa cikgu sekian-sekian, dapatkan duit bantuan. Nanti cikgu akan maklumkan cikgu tersebut berkenaan hal ini.”
Guru Dikenang Murid Walau Sudah Bertahun Bersara

Jadi, dengan bantuan Cikgu Koay, dapat duit dan terus bayar yuran. Senang hati hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah. Selepas dari itu, setiap kali beli buku rujukan, fotostat soalan-soalan atau apa-apa yang kena keluarkan duit, Cikgu Koay akan datang kat meja dan letak balik duit di meja saya perlahan-lahan supaya kawan-kawan lain tak nampak.
Anda mungkin berminat dengan
Walaupun kertas fotostat hanya 20 sen, tetap dia pulangkan balik. Nasihat dia selalu, belajar rajin-rajin, hanya pelajaran dapat ubah hidup kita. Sebenarnya dah lama cari Cikgu dan baru terjumpa. Alhamdulillah, terima kasih cikgu Koay Aun Chuan, SMK Kuala Ketil.

Teruja membaca perkongsian Puan Ain tentang guru ini, cukup jelas sikap seorang guru yang baik ada pada Cikgu Koay. Moga cerita ini jadi inspirasi kepada anak muda yang masih bergelar pendidik dan bakal menjadi tenaga pengajar.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

