
Che’ Puan Mahkota Khaleeda Terima Darjah SMIJ, Raja Muda Johor Dikurniakan DK I Sempena Hari Keputeraan Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Johor hari ini berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) kepada Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor dalam satu istiadat penuh istiadat diraja yang berlangsung di Istana Besar, Johor Bahru.
Perkhabaran tersebut dimaklumkan menerusi hantaran rasmi di laman Facebook HRH Crown Prince of Johor yang turut menyatakan bahawa Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Tunku Ismail turut menerima Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I).
Istiadat Kurniaan Darjah Kepada Kerabat Damping itu diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Ibrahim Johor bagi tahun 2026.
Majlis berprestij tersebut disempurnakan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail di Istana Besar Johor Bahru dengan penuh adat istiadat diraja Johor yang begitu sinonim dengan warisan dan tradisi Kesultanan Johor.
Turut berangkat ke majlis berkenaan ialah Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim serta Tunku Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail.
Lambang Penghormatan Tertinggi Institusi Diraja Johor

Pengurniaan darjah kebesaran kepada kerabat diraja bukan sahaja membawa simbol penghormatan tertinggi, malah memperlihatkan kesinambungan institusi Kesultanan Johor yang terus kukuh dipimpin oleh keluarga diraja.
Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) merupakan antara darjah kebesaran yang cukup signifikan dalam institusi diraja Johor.

Pengurniaan darjah kebesaran kepada Che’ Puan Mahkota Khaleeda dilihat sebagai satu penghormatan besar terhadap peranan beliau dalam institusi diraja Johor.
Penampilan Che’ Puan Mahkota Khaleeda pada majlis berkenaan turut mencuri perhatian ramai apabila tampil anggun dalam persalinan rasmi diraja.
Malah, rakyat Johor turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Che’ Puan Mahkota Khaleeda menerusi media sosial selepas perkongsian rasmi istiadat tersebut dimuat naik.

Sementara itu, pengurniaan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I) kepada Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Tunku Ismail turut mencuri perhatian rakyat.
Sebagai pewaris muda institusi diraja Johor, Tunku Iskandar sering menjadi perhatian masyarakat yang mengikuti perkembangan keluarga diraja negeri itu.
Malah, ramai rakyat Johor menyifatkan istiadat tersebut sebagai satu simbol kesinambungan legasi Kesultanan Johor yang terus dihormati rakyat.
Sambutan Hari Keputeraan Sultan Ibrahim Johor Sentiasa Dinanti
Setiap tahun, sambutan Hari Keputeraan Rasmi Sultan Ibrahim Johor menjadi antara acara penting dalam kalendar rasmi negeri Johor.
Selain istiadat rasmi, sambutan tersebut turut memperlihatkan hubungan erat antara institusi diraja dan rakyat negeri Johor.
Kepimpinan Sultan Ibrahim Johor sering mendapat perhatian ramai terutama menerusi pendekatan Baginda yang dekat dengan rakyat serta aktif dalam pelbagai isu pembangunan negeri.
Tidak hairanlah setiap perkembangan melibatkan keluarga diraja Johor sering menjadi tumpuan masyarakat dan pengguna media sosial.
Anda mungkin berminat dengan
Perkongsian rasmi berkaitan istiadat kurniaan darjah tersebut juga menerima pelbagai ucapan tahniah daripada rakyat yang menzahirkan rasa bangga terhadap keluarga diraja Johor.
Warisan Diraja Johor Terus Jadi Perhatian

Institusi Kesultanan Johor sememangnya mempunyai tempat istimewa dalam hati rakyat negeri itu. Malah, keluarga diraja Johor juga sering menjadi perhatian bukan sahaja kerana adat dan warisan yang dipelihara, tetapi juga imej moden serta hubungan rapat mereka bersama rakyat.
Kemunculan Che’ Puan Mahkota Khaleeda dalam acara rasmi diraja juga sering mendapat perhatian ramai kerana penampilan elegan serta keperibadian beliau yang disenangi masyarakat.
Dalam masa sama, rakyat turut melihat Raja Muda Johor sebagai generasi pelapis yang bakal meneruskan legasi besar institusi Kesultanan Johor pada masa hadapan.
Istiadat yang berlangsung penuh adat dan penghormatan itu sekali lagi memperlihatkan keutuhan warisan diraja Johor yang terus dipelihara hingga kini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

