Ads

Pengguna iPhone Tak Nak Bayar iCloud, Buat Cara Ini. Satu Sen Pun Tidak Perlu Keluar Duit!

Pengguna iPhone
Pengguna iPhone

Buat pengguna iPhone, kalau anda tak nak bayar iCloud, boleh buat cara ni dulu. Serius, satu sen pun tidak keluar duit! Memang jimat dan selesaikan masalah.

Pengguna iPhone Tak Nak Bayar iCloud

Pengguna iPhone Tak Nak Bayar iCloud, Buat Cara Ini. Satu Sen Pun Tidak Perlu Keluar Duit!

Dikongsikan oleh Abe Kai, masalah yang dihadapi pengguna iPhone akan selesai kalau cuba tip ini. Biasanya Apple bagi 5GB sahaja percuma. Sekali backup WhatsApp + 2k gambar terus penuh. Selepas itu, paksa anda bayar RMx.xx setiap bulan. Membazir!

Ada banyak lagi pilihan yang anda boleh cuba, amatur guna iCloud, Pro guna Google Storage. Rugi tak guna sebab Google bagi 15GB FREE, yang mana tiga kali ganda daripada Apple.

Pengguna iPhone Tak Nak Bayar iCloud, Buat Cara Ini. Satu Sen Pun Tidak Perlu Keluar Duit!

Langkah 1 – Gambar & Video (ini paling makan space)

Ads

1. Download aplikasi Google Photos
2. Login Gmail
3. On kan Backup & Sync > Pilih Storage Saver
4. Biar backup 1 malam
5. Sudah siap, delete gambar dari iPhone. Terus iCloud kosong balik.

Langkah 2 – WhatsApp

Ini trick paling penting:
WhatsApp > Settings > Storage and Data > Manage Storage > Filter Video > Delete All
Backup chat sahaja ke iCloud, tetapi video jangan backup. Jimat 80% space terus.

Langkah 3 – File Kerja

Ads

Download Google Drive.
Semua PDF, video kerja, file besar jangan simpan dalam Files iPhone.
Campak semua dalam Drive, Free 15GB.

Pengguna iPhone Tak Nak Bayar iCloud, Buat Cara Ini. Satu Sen Pun Tidak Perlu Keluar Duit!

Langkah 4 – Setting iPhone WAJIB ON

Settings > Photos > Optimize iPhone Storage = ON
Settings > App Store > Offload Unused Apps = ON

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Bila Google penuh? Anada boleh buat Gmail baru dan dapat 15GB baru FREE lagi.

Seperti yang kita tahu, 1 iPhone boleh login 3 Gmail sekali. Jadi buatlah tiga email untuk masukkan gambar yang anda sayang. Senang, bukan?

Gmail 1 = Gambar family 2022-2023
Gmail 2 = Gambar 2024-2025
Gmail 3 = File kerja

Ya, semua free, tak payah bayar iCloud langsung. Jadi, kalau anda dapat sesuatu daripada perkongsian ini, boleh lah cuba ubah dan kurangkan satu masalah bab kewangan. Boleh jimat dan tidak perlu lagi pening kepada bayar iCloud setiap bulan.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

budaya rogol

Budaya Rogol Bukan Sekadar Kes Rogol, Bagaimana Sikap Masyarakat Boleh Membiarkan...

Apa maksud budaya rogol dan mengapa istilah ini lebih luas daripada jenayah rogol? Fahami peranan normalisasi gangguan, victim blaming dan sikap berdiam diri.