Ads

Murid Tahun Satu Tercekik Makanan, Fadhlina Sidek Zahir Dukacita

Murid Tahun Satu Tercekik
Murid Tahun Satu Tercekik

Seorang murid tahun satu maut dipercayai akibat tercekik makanan di sekolah,baru-baru ini. Mangsa, Derma Damiya’ Nur Mikayla binti Mior Shahrizal yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Dengkil disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Murid Tahun Satu Tercekik Makanan

Murid Tahun Satu Tercekik Makanan, Fadhlina Sidek Zahir Dukacita

Difahamkan mangsa merupakan anak bongsu dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarganya.
Lebih memilukan, mangsa juga dikatakan bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ketujuh pada Jumaat ini.

Bapanya, Mior Shahrizal Mior Zakaria, 48, berkata, dia bergegas ke sekolah sebaik menerima berita anaknya mengalami masalah pernafasan.

Namun, sebaik tiba di sana, hatinya luluh apabila melihat anak kesayangannya terbaring tidak sedarkan diri di koridor tingkat dua.

Dalam keadaan cemas, dia cuba melakukan bantuan pernafasan termasuk CPR, dengan harapan anaknya kembali sedar. Malangnya, Mikayla tidak menunjukkan sebarang tindak balas.

Kira-kira 15 minit kemudian, ambulans tiba untuk memberikan bantuan lanjut sebelum kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Putrajaya.

Namun, takdir menentukan segalanya apabila Mikayla disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Ads

Lebih memilukan, doktor memaklumkan kepada bapanya bahawa saluran pernafasan anaknya dipercayai tersumbat akibat makanan, sama ada pisang atau ayam. Bagaimanapun, punca sebenar masih belum dapat dipastikan.

Fadhlina Sidek Zahir Dukacita

Murid Tahun Satu Tercekik Makanan, Fadhlina Sidek Zahir Dukacita

 

Menerusi perkongsian di media sosial semalam, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek turut menyampaikan ucapan takziah kepada ibu bapa serta seluruh keluarga Allahyarhamah atas kehilangan insan tersayang.

Ads

Beliau berkata, kehilangan seorang anak merupakan dugaan yang amat berat untuk ditanggung oleh sesebuah keluarga.

“Saya tidak dapat membayangkan betapa beratnya kehilangan ini buat kedua-dua ibu bapa dan seluruh keluarga.

“Tiada kata yang mampu mengubat kesedihan apabila anakanda yang disayangi pergi buat selama-lamanya,” katanya.

Susulan kejadian itu, Fadhlina berkata beliau telah meminta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor supaya memastikan kebajikan keluarga Allahyarhamah diberikan perhatian sewajarnya.

Menurutnya, JPN Selangor juga diminta memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Ads

Murid Tahun Satu Tercekik Makanan, Fadhlina Sidek Zahir Dukacita

Anda mungkin berminat dengan

Di sebalik kehilangan yang begitu menyakitkan itu, ada satu kenangan yang pastinya sukar dilupakan oleh seorang ayah.

Apa yang menyentuh hati, Mior Shahrizal sebenarnya sudah berhenti kerja sejak awal Januari lalu demi memberikan sepenuh perhatian kepada urusan persekolahan Mikayla. Setiap hari, dia menghantar dan mengambil anaknya, memastikan segala keperluan persekolahan si kecil itu terjaga.

Mikayla pula bukan sekadar anak perempuan kesayangannya. Dia juga teman bercerita, tempat berkongsi kisah dan insan kecil yang sering mengadu kepadanya apabila berdepan masalah.

Kini, segala rutin itu tinggal kenangan. Tiada lagi suara kecil yang bercerita tentang hari-harinya. Tiada lagi anak perempuan yang perlu dihantar ke sekolah dan dijemput pulang.

Yang tinggal hanyalah kenangan, kasih sayang dan kerinduan seorang ayah terhadap anak yang amat dicintainya. Tragedi menyayat hati itu pastinya memberi kesan mendalam kepada keluarga mangsa.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh adik Derma Damiya’ Nur Mikayla. Al Fatihah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

makeup Bella Astillah

Makeup Bella Astillah Untuk Majlis Resepsi, Ini 9 Produk Armani Beauty...

Intai makeup Bella Astillah untuk majlis resepsi dengan 9 produk Armani Beauty yang dikongsikan jurusoleknya, daripada foundation hingga lip gloss.