Ads

Skin Undertone: Cara Kenal Pasti Cool, Warm Atau Neutral

skin undertone

Pernah tertanya-tanya kenapa warna foundation yang nampak cantik pada orang lain tetapi kurang menyerlah apabila dipakai sendiri?

Jawapannya mungkin terletak pada skin undertone.

Skin undertone ialah rona halus yang berada di bawah permukaan kulit. Berbeza dengan warna permukaan kulit atau overtone, undertone tidak berubah hanya kerana pendedahan kepada matahari atau faktor usia.

Secara umum, terdapat tiga jenis skin undertone, iaitu Cool, Warm dan Neutral.

Baca artikel: Ini Rupanya Rahsia Trend Kulit Mochi Viral Dari Jepun!

Cara Kenal Pasti Skin Undertone

Tak semestinya perlu ke kaunter kecantikan untuk mengetahui undertone. Ada beberapa cara mudah yang boleh dicuba sendiri di rumah.

1. Lihat Warna Urat

skin undertone

Perhatikan urat pada bahagian pergelangan tangan. Jika urat kelihatan kehijauan, anda mungkin mempunyai Warm Undertone.

Jika urat kelihatan biru atau keunguan, anda mungkin mempunyai Cool Undertone.

Manakala jika anda melihat campuran warna biru dan hijau tanpa satu warna yang begitu dominan, anda mungkin mempunyai Neutral Undertone.

Ads

2. Perhatikan Barang Kemas Yang Sesuai

skin undertone

Cuba perhatikan sama ada anda lebih menyerlah apabila memakai barang kemas berwarna emas atau perak.

Emas kuning biasanya dikaitkan dengan Warm Undertone, manakala perak, platinum dan emas mawar cenderung sesuai dengan Cool Undertone.

Jika kedua-duanya kelihatan cantik pada anda, anda mungkin mempunyai Neutral Undertone.

3. Lihat Warna Mata Dan Rambut

Warna semula jadi mata dan rambut juga boleh memberikan sedikit petunjuk.

Warna platinum dan rona abu cenderung melengkapi Cool Undertone, manakala warna mahogani dan emas biasanya lebih sesuai dengan Warm Undertone.

Ads

3 Jenis Skin Undertone

Cool Undertone

Cool Undertone biasanya mempunyai rona merah jambu, biru atau ungu.

Dari segi warna, ia sering dipadankan dengan perhiasan perak, putih cerah serta warna gincu terang dan beri.

Warm Undertone

Warm Undertone pula mempunyai rona kuning atau keemasan yang lebih hangat.

Warna seperti earthy tone, hitam dan putih pudar serta barang kemas emas boleh menjadi pilihan yang sesuai.

Neutral Undertone

Neutral Undertone berada di antara Cool dan Warm.

Ads

Jika anda sukar menentukan sama ada rona kulit lebih sesuai dengan kategori Cool atau Warm, anda mungkin mempunyai Neutral Undertone.

Anda mungkin berminat dengan

Untuk produk makeup, anda juga boleh mencari label foundation yang menyatakan Neutral berbanding Warm atau Cool.

Kenapa Penting Kenal Skin Undertone?

skin undertone

Mengetahui skin undertone boleh membantu ketika memilih foundation dan warna makeup yang lebih seimbang dengan kulit.

Namun, ia bukan bermakna anda perlu mengehadkan pilihan warna solekan.

Kalau anda suka lipstick terang atau eyeshadow berwarna perak, pakailah dengan yakin. Makeup juga merupakan cara untuk mengekspresikan diri.

Confidence is key.

Baca juga artikel: Baru Belajar Pakai Niacinamide, Ini Tip Untuk Beginner Bagi Elak Kulit Breakout!

Sumber: Healthline

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Manchild

Dia Pasangan Atau Anda Dah Jadi ‘Mak’ Dia? 7 Tanda Lelaki...

Manchild dalam hubungan mungkin sukar dikenal pasti pada awalnya. Kenali 7 tanda lelaki belum matang yang boleh membuatkan pasangan penat secara emosi.