Ads

Budak 2 Tahun Parah Digigit Anjing Liar, Operasi Memburu Dipergiat Bimbang Dijangkiti Rabies

Budak dua tahun parah digigit anjing liar, opearsi memburu dipergiat bimbang dijangkiti rabies.

Tragedi budak 2 tahun parah digigit anjing liar di Batu Pahat, Johor kini memasuki perkembangan baharu apabila lima ekor anjing yang dipercayai menyerang Nur Haira Wafiqah Muhammad Hamizi sedang diburu bagi mengenal pasti status rabies haiwan berkenaan.

Tindakan segera itu dilakukan susulan kebimbangan pihak hospital terhadap kemungkinan anjing yang menyerang Haira dijangkiti rabies ketika kanak-kanak berusia dua tahun itu masih menerima rawatan rapi di ICU Kanak-Kanak Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Memetik laporan Sinar Harian, Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khaled berkata, haiwan yang terlibat perlu ditangkap segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan bagi menentukan sama ada ia dijangkiti rabies atau sebaliknya.

budak 2 tahun parah digigit anjing
Ibu bapa Haira ketika ditemui bersama Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khaled, bagi berkongsi perkembangan terkini kanak-kanak berusia dua tahun itu.
Operasi Memburu Dipergiat Sekurang-Kurangnya Seminggu

Menurut Mohd Fared, operasi besar-besaran memburu dan menangkap anjing liar di kawasan berkenaan telah dimulakan Pejabat Daerah Batu Pahat sejak Isnin dan akan dipergiatkan sekurang-kurangnya selama seminggu.

Operasi tersebut turut melibatkan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ads

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah memaklumkan perkara itu ketika menziarahi Haira yang masih menerima rawatan rapi di ICU Kanak-Kanak HSA pada Selasa.

budak 2 tahun parah digigit anjing
Ancaman anjing liar susulan kejadian seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang parah diserang di Batu Pahat, Johor.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap anjing yang terlibat penting bagi mengetahui status rabies haiwan berkenaan, sekali gus meredakan kebimbangan pihak hospital serta ibu bapa Haira sepanjang proses rawatan dan pemulihannya.

Mohd Fared turut memaklumkan operasi menangkap anjing liar di kawasan itu sebenarnya telah dilakukan sebelum kejadian menimpa Haira.

Pada 12, 26 dan 30 Ogos lalu, MPBP bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menjalankan operasi dengan 22 ekor anjing liar berjaya ditangkap. Bagaimanapun, masih terdapat banyak anjing liar di kawasan berkenaan.

Ads
Budak 2 Tahun Parah Digigit Anjing

Kes budak 2 tahun parah digigit anjing itu mendapat perhatian selepas Haira dilaporkan diserang lima ekor anjing liar berhampiran rumah neneknya di Kampung Tambak, Peserai, Batu Pahat.

Akibat serangan tersebut, Haira mengalami kecederaan serius sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat bagi mendapatkan rawatan.

Haira kemudiannya dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk rawatan lanjut dan sehingga perkembangan terbaharu masih menerima rawatan rapi di ICU Kanak-Kanak.

Susulan kejadian itu, polis turut membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 289 Kanun Keseksaan.

Anda mungkin berminat dengan

Ads
Ibu Nur Haira Rayu Hentikan Penyebaran Gambar

Dalam perkembangan lain, ibu Haira turut merayu orang ramai agar menghentikan penyebaran gambar anaknya dalam keadaan cedera yang kini tersebar di media sosial.

budak 2 tahun parah digigit anjing
Ibu bapa Haira ketika ditemui susulan kejadian yang menimpa anak mereka yang kini masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Ada antara gambar berkenaan dikongsi tanpa menutup wajah sehingga kecederaan yang dialami Haira dapat dilihat dengan jelas. Keluarga turut meminta gambar yang telah dimuat naik diturunkan daripada platform media sosial dan tidak lagi disebarkan.

budak 2 tahun parah digigit anjing
Antara kecederaan yang dialami Haira selepas diserang sekumpulan anjing liar. Wajah dan bahagian kecederaan mangsa dikaburkan bagi menjaga privasi kanak-kanak berkenaan.

Perkara itu dikongsikan seorang individu, Ahmad Nasrul yang menghubungi ibu mangsa bagi mendapatkan perkembangan mengenai keadaan Haira.

Menurut perkongsian tersebut, keluarga kini berharap orang ramai memberikan ruang kepada Haira untuk meneruskan proses rawatan, selain mendoakan kesembuhan dan memberikan sokongan kepada mereka sekeluarga.

Ketika Haira masih dirawat di HSA, operasi mengesan lima ekor anjing yang dipercayai terlibat dalam serangan tersebut terus dijalankan bagi membolehkan pemeriksaan dan status rabies haiwan berkenaan dikenal pasti.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

3D printing

Wanita Dalam Dunia 3D Printing, Fazlaili Buktikan Perempuan Juga Boleh

Bagi Fazlaili Nuzol Azam, atau lebih mesra disapa Elly, bekerja sebagai 3D designer memberi peluang untuk mengubah idea pelanggan menjadi produk fizikal menggunakan teknologi...