Ads

MyKad Generasi Baharu, Rakyat Teruja Jadi Antara Penerima Terawal

MyKad generasi baharu

Hari pertama pengeluaran MyKad generasi baharu memberi pengalaman istimewa kepada beberapa rakyat yang hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atas urusan masing-masing.

Ada yang datang untuk menukar gambar, membuat MyKad pertama pada usia 12 tahun dan menggantikan kad pengenalan yang rosak, namun tidak menyangka akan menjadi antara penerima terawal MyKad generasi baharu.

MyKad Generasi Baharu, Rakyat Teruja Jadi Antara Penerima Terawal

Bagi Shaza Nuizeaan Shafie, 48, beliau hadir bersama dua anaknya, Nur Ataa Iqra Abdul Wahab, 21, dan Nur Amnaa Irbah Abdul Wahab, 12.

Baca juga: Dari Kad Beras Ke MyKad Canggih, Ini Evolusi Kad Pengenalan Malaysia Yang Ramai Tak Tahu

Nur Ataa yang merupakan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam pada asalnya mahu menukar gambar pada MyKad, manakala Nur Amnaa pula membuat MyKad selepas mencapai usia 12 tahun.

Menurut Shaza, urusan mereka berjalan lancar dan proses mendapatkan MyKad generasi baharu mengambil masa kira-kira 30 minit.

Pengalaman hampir sama dilalui Puteri Nur Syafiqah Jailani, 19, yang sebelum ini gagal mendapatkan slot. Selepas membuat temu janji, beliau akhirnya berpeluang mendapatkan MyKad baharu pada hari pengeluaran tersebut.

Ads

Sementara itu, Nurul Shahira Izati Ramly, 24, hadir secara walk-in selepas MyKad miliknya patah. Dia terkejut apabila mengetahui MyKad generasi baharu mula dikeluarkan pada hari berkenaan.

Menurutnya, peningkatan ciri keselamatan pada kad berkenaan membuatkannya berasa lebih yakin untuk menggunakan dokumen pengenalan baharu itu.

Dalam perkembangan sama, penyanyi Jaclyn Victor turut berkongsi pengalamannya mendapatkan MyKad generasi baharu menerusi Threads.

 

View on Threads

 

Ads

Dalam hantaran itu, Jaclyn memuat naik foto sambil memegang kad pengenalan baharunya dan mengajak pengikut membuat temu janji terlebih dahulu dengan JPN bagi urusan pertukaran MyKad.

Bagi Foo Yew Jin, 36, perubahan fizikal MyKad generasi baharu pula memberikan gambaran kad yang lebih kukuh dan moden. Namun, beliau turut menyedari satu perubahan yang mungkin dirasai oleh pengguna lama, iaitu fungsi Touch ’n Go tidak lagi tersedia pada kad baharu tersebut.

JPN mengesahkan perkara itu dan pengguna perlu menggunakan kad Touch ’n Go berasingan atau eWallet untuk perkhidmatan berkenaan.

Ads

MyKad Generasi Baharu Ada 53 Ciri Keselamatan

JPN mula mengeluarkan MyKad generasi baharu secara berperingkat pada 17 September 2026. Kad ini mempunyai 53 ciri keselamatan, berbanding 23 ciri pada struktur sebelumnya.

Anda mungkin berminat dengan

MyKad generasi baharu
Gambar JPN.

Antara penambahbaikan termasuk kod QR, hologram keselamatan dinamik, teks mikro, ciri keselamatan ultraungu, ukiran laser serta teknologi cip yang dipertingkatkan.

Sebanyak 40 cawangan JPN yang mempunyai kemudahan mencetak kad baharu boleh menyiapkannya pada hari sama, manakala cawangan tanpa kemudahan tersebut mengambil masa sehingga lima hari bekerja.

Namun, orang ramai tidak perlu tergesa-gesa menggantikan MyKad sedia ada sekiranya kad masih dalam keadaan baik kerana ia kekal sah digunakan seperti biasa.

Baca juga artikel: MyKad Baharu: JPN Sahkan Bantuan SARA & BUDI95 Kekal Seperti Biasa

Sumber: Harian Metro, JPN

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

tunggakan nafkah anak

Bapa Tayang Mewah Di Media Sosial Akur Bayar Tunggakan Nafkah Anak...

Tunggakan nafkah anak RM56,100 akhirnya dibayar penuh selepas seorang bapa berdepan hukuman penjara 15 hari jika gagal melunaskannya dalam 30 hari.