Ads

19 Hari Tragedi Banjir Di Nepal Berlalu, Waris 55 Rakyat Malaysia Hilang Harap Ada Keajaiban

Tragedi Banjir Di Nepal
Tragedi Banjir Di Nepal

Selepas 19 hari tragedi banjir di Nepal berlalu tanpa sebarang berita, ahli keluarga serta waris 55 rakyat Malaysia yang hilang masih mengharapkan keajaiban.

19 Hari Tragedi Banjir Di Nepal Berlalu

19 Hari Tragedi Banjir Di Nepal Berlalu, Waris 55 Rakyat Malaysia Hilang Harap Ada Keajaiban

Menurut Hani Othman yang merupakan isteri Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa yang masih gagal dikesan, hanya mengharapkan keajaiban dalam usahanya mengesan suaminya yang lebih mesra dipanggil Loe.

“Setakat ini pihak berkuasa belum memberikan perkembangan terbaru berhubung ujian pemadanan DNA antara waris di Malaysia dengan sampel mayat mangsa di Nepal.

“Bagaimanapun, ahli keluarga difahamkan proses berkenaan masih dijalankan dan berharap mereka yang masih belum dikesan berada dalam keadaan selamat.

Ads

“Belum ada (perkembangan ujian pemadanan DNA). Tapi katanya masih dalam proses. (Saya) masih mengharap keajaiban tetapi tetap reda dengan sebarang ketentuan,” katanya.

19 Hari Tragedi Banjir Di Nepal Berlalu, Waris 55 Rakyat Malaysia Hilang Harap Ada Keajaiban

Ads

Beliau juga enggan mengulas mengenai kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, bahawa Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) MAS-01 dijangka pulang ke tanah air semalam atau hari ini selepas ditamatkan tugasan SAR di Nepal.

“Tak tahu nak komen macam mana. Saya kena jaga hati banyak pihak, isu ini sangat sensitif,” katanya.

Ads

Waris 55 Rakyat Malaysia Hilang Harap Ada Keajaiban

19 Hari Tragedi Banjir Di Nepal Berlalu, Waris 55 Rakyat Malaysia Hilang Harap Ada Keajaiban
 

Sementara itu, bapa kepada Rajita Sivan, P Sivan, 72, berkata, sampel DNA waris sudah diambil dan pihak keluarga kini menunggu perkembangan lanjut daripada Wisma Putra.

Anda mungkin berminat dengan

Menerusi portal Kosmo!, keluarga berharap mayat mangsa dapat ditemukan bagi membolehkan proses pemadanan DNA dilakukan dan identiti mereka dikenal pasti.

“DNA sudah diambil. Tunggu berita daripada Wisma Putra. Saya berharap dapat jumpa supaya (padanan) DNA boleh dilakukan. Sekiranya ditemui (hidup) ia akan menjadi satu keajaiban,” katanya.

Susulan banjir besar di Nepal baru-baru ini, seramai 55 rakyat Malaysia dilaporkan masih gagal dihubungi susulan bencana itu, manakala 77 lagi yang dikesan selamat di Tibet dan Nepal sudah dibawa ke Kathmandu untuk menjalani proses sebelum pulang ke Malaysia.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Pemeriksaan bakal haji

Pemeriksaan Bakal Haji Bongkar Sikap Suami, Seumur Hidup Isteri Urus Sampai...

Pemeriksaan bakal haji bongkar kisah suami 80 tahun yang seumur hidup bergantung kepada isteri hingga tidak biasa berdikari dan menguruskan diri sendiri.