Ads

Fikry Ibrahim Sahkan Sudah Berpisah Dengan Isteri Sejak 173 Hari Lalu

Fikry Ibrahim

Fikry Ibrahim sahkan sudah berpisah dengan isteri sejak 173 hari lalu.

Pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim mengesahkan rumah tangganya bersama Siti Khalizah Alihan telah berakhir apabila mendedahkan mereka sudah berpisah sejak 173 hari lalu bersamaan hampir enam bulan.

Perkara itu dikongsikan Fikry menerusi satu hantaran di media sosial selepas memilih untuk mengambil sedikit masa sebelum membuka cerita mengenai perpisahan tersebut kepada umum.

“Dengan izin Allah, saya ingin berkongsi bahawa saya dan bekas isteri telah berpisah sejak 173 hari yang lalu.

“Saya memilih untuk mengambil sedikit masa sebelum berkongsi kerana ada perkara yang lebih baik disimpan dan dilalui dengan tenang. Bukan kerana mahu menyembunyikan tetapi kerana saya perlukan ruang untuk mengumpul kekuatan dan menerima ketentuan-Nya,” tulisnya.

Fikry Ibrahim
Pernah melalui fasa turun naik dalam rumah tangga, Fikry dan Siti Khalizah sebelum ini memilih untuk mempertahankan perkahwinan selepas permohonan cerai dilaporkan ditarik semula pada Jun 2025. Kini, Fikry mengesahkan mereka sudah berpisah sejak 173 hari lalu.
Fikry Ibrahim Akui Tiada Siapa Perlu Dipersalahkan

Dalam perkongsian sama, Fikry tidak memperincikan punca perpisahan mereka. Sebaliknya, dia menegaskan tiada sesiapa yang perlu dipersalahkan atas berakhirnya perjalanan mereka sebagai suami isteri.

“Tiada siapa yang perlu dipersalahkan. Ada perjalanan yang Allah izinkan untuk kita tempuh bersama dan ada perjalanan yang akhirnya membawa kita ke jalan yang berbeza.”

Ads

Meskipun tidak lagi bersama, Fikry tetap menitipkan doa yang baik buat bekas isterinya agar sentiasa berada dalam peliharaan Allah serta dipermudahkan segala urusan.

“Saya doakan semoga dia sentiasa dipelihara Allah, dipermudahkan segala urusannya, dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidupnya. Dan saya juga berdoa agar Allah memberikan saya ketenangan, kekuatan dan kebahagiaan untuk meneruskan kehidupan.”

Fikry Ibrahim
Fikry Ibrahim dan Siti Khalizah Alihan mendirikan rumah tangga pada 12 Februari 2025 dalam sebuah majlis di Jitra, Kedah.
“Terima Kasih Kerana Pernah Menjadi Isteri Saya”

Dalam luahan tersebut, Fikry turut mengakui Siti Khalizah pernah menjadi seseorang yang dicintainya dan sebahagian daripada perjalanan hidupnya.

Walaupun hubungan mereka sebagai suami isteri sudah berakhir, Fikry memilih untuk mengenang apa yang pernah dilalui bersama dengan doa.

Ads

“Walaupun kini kami tidak lagi bersama, dia tetap pernah menjadi seseorang yang saya cintai dan pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup saya. Untuk itu, saya memilih untuk mengenangnya dengan doa dan terima kasih kerana pernah menjadi isteri saya.”

Fikry Ibrahim
Dirnya memilih berkongsi status terkini dirinya di media sosial

Mengakhiri perkongsian, Fikry turut menitipkan doa agar mereka masing-masing terus berada dalam jagaan Allah dan segala kekurangan diampunkan.

“Semoga Allah menjaga kita masing-masing, mengampuni segala kekurangan dan menggantikan setiap yang telah berlalu dengan sesuatu yang lebih baik.”

Sekadar makluman, Fikry dan Siti Khalizah Alihan mendirikan rumah tangga pada 12 Februari 2025 dalam sebuah majlis yang berlangsung di Jitra, Kedah.

Ads

Terdahulu, rumah tangga pasangan itu pernah menjadi perhatian apabila Siti Khalizah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Mei 2025 atas alasan tiada persefahaman.

Anda mungkin berminat dengan

Bagaimanapun, permohonan tersebut dilaporkan ditarik semula pada Jun tahun sama sekali gus memberi ruang kepada pasangan berkenaan untuk memperbaiki hubungan.

Ketika kemelut rumah tangga mereka menjadi perhatian sebelum ini, Fikry Ibrahim memilih untuk tidak terlalu terbuka berkongsi mengenai masalah peribadi kepada umum. Selepas permohonan cerai tersebut dilaporkan ditarik semula, pasangan itu dilihat cuba meneruskan kehidupan rumah tangga seperti biasa dan memberi ruang kepada hubungan mereka.

Malah, sekitar April lalu, Fikry Ibrahim turut menjadi perhatian apabila timbul persoalan mengenai sambutan Aidilfitri mereka yang dilakukan secara berasingan. Ketika itu, Fikry menjelaskan bahawa isterinya pulang beraya bersama keluarga di Sarawak dengan keizinannya dan meminta orang ramai tidak membuat andaian hanya berdasarkan perkongsian di media sosial.

Namun, perkongsian terbaharu Fikry Ibrahim kini menjelaskan bahawa perjalanan rumah tangga mereka akhirnya berakhir. Dalam kenyataannya, Fikry memilih untuk tidak mendedahkan punca perpisahan dan sebaliknya mengenang bekas isterinya dengan doa serta ucapan terima kasih.

Kini, selepas lebih setahun daripada episod tersebut, Fikry mengesahkan mereka sudah berpisah sejak 173 hari lalu namun tidak memperincikan punca perpisahan mahupun tarikh perceraian rasmi.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

azmi saat

Azmi Saat Sebak Anak Disahkan Autisme, “Menitik Juga Air Mata Saya...

Penyanyi Azmi Saat dan isteri sebak apabila anak mereka, Khalisa Insyirah yang berusia dua tahun 10 bulan disahkan berada dalam spektrum autisme.