
Pernah hampir muflis, seorang yang ceria dan pernah bekerja tetapi tiba-tiba kena berhenti kerja pada usia 38 tahun pada tahun 2009. Ini kisah luar biasa seorang wanita yang pernah bekerja dalam bidang swasta dan masuk ke dunia berkebun.
Hampir Muflis Dan Diberhentikan Kerja Dalam Usia 38 Tahun

Kalau mengimbau kembali kisah sebelum jadi pekebun berjaya, keadaan agak ‘struggle’. Dengan tiada kawan dan tiada pendapatan, wanita yang mesra dikenali sebagai Puan Nany cuba kuat semangat teruskan niat mencari rezeki.
Pada ketika itu, suaminya pula berhenti setahun awal daripadanya. Selepas itu, macam-macam dugaan datang. Tidak putus asa dengan mudah, suami isteri ini bangkit perlahan-lahan dan akhirnya pada usia yang sudah melepasi angka 5, Puan Nany terbiasa menjadi seorang introvert.
Bila disoal tentang pengalaman dalam dunia berkebun, Puan Nany dan suaminya sudah 18 tahun usahakan kebun dalam skala besar “lebih dari 10 ekar”. Selain berkebun, pasangan ini juga buat trading sayur (beli dari kebun lain) untuk supply ke pasar borong setiap hari dan juga hantar ke kilang-kilang.

Selama 18 tahun dalam bisnes pertanian dan berkebun, semua jerih sudah pernah rasa. Duit tidak ada, kena tipu, dan macam-macam lagi. Bukan senang nak keluar daripada kesusahan.
Menurutnya, “Sekarang ini pun ada hari, kena ke sana sini. Ada hari kena masuk ladang, ada hari kena marah dengan pasar borong, ada hari kita pula marah orang kebun, ada hari sistem piping rosak, ada hari lori rosak, ada hari van buat hal, ada masa kilang lambat bayar, ada masa tengok akaun bank rasa nak menangis. Ya, ini lah kehidupan. Alhamdulillah…”
Puan Nany Bangkit Jadi Pekebun Berjaya

Meneruskan cerita usahakan kebun, sebenarnya suami isteri ini bermula dengan kebun serai seluas 2 ekar pada tahun 2008 dan apa yang menarik, tanaman ini masih kekal sampai hari ini. Sesuai dengan satu peribahasa, berbudi kepada tanah, lambat-laun mendapat hasilnya.
“Apa saja yang kita tanam dalam dalam skala besar dengan tanam untuk kegunaan sendiri tak sama. Nampak macam senang tapi tak sebenarnya.
“Contoh, macam selom, daun kesum, pandan, pucuk ubi dan serai, dari tahun 2008 kami tanam sayur-sayur ini. Kadang-kadang terputus juga bekalan untuk supply ke pasar borong.
“Walau pun ada pekebun lain yang supply pada kami, penjagaan pun kadang-kadang susah. Perlukan sistem piping. Pernah juga keluarkan hampir RM400 untuk beli semula benih selom,” kongsinya lagi.
Anda mungkin berminat dengan

Cerita wanita 50an ini lagi, dia cuba belajar berniaga melalui media sosial walaupun sebenarnya tanaman yang dikutip sudah dihantar ke pasar borong setiap hari.
Jadi kalau ada kedai-kedai atau sesiapa yang berniaga perlukan daun pisang (pisang hutan) terutama kawasan Eco Majestic, Broga, Semenyih dan kawasan sekitar boleh terus hubungi Puan Nany. Kita ‘bagi sokongan penuh buat pekebun yang rajin seperti ini, moga terus maju jaya dalam bidang pertanian.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

