Ads

Basikal Pernah Dicuri, Ibu Tunggal OKU Berstatus Autisme Sanggup Jalan Kaki Hantar Makanan

Ibu Tunggal OKU
Ibu Tunggal OKU

Ini kisah istimewa seorang ibu tunggal OKU berumur 44 tahun yang kuat semangat ketika keluar mencari rezeki sebagai penghantar makanan dengan menggunakan basikal dan jalan kaki.

Basikal Pernah Dicuri

Basikal Pernah Dicuri, Ibu Tunggal OKU Berstatus Autisme Sanggup Jalan Kaki Hantar Makanan

Baru-baru ini tular kisahnya di laman media sosial, Nur Rahimah Alia Salehuddin, memiliki keistimewaan autisme serta OKU fizikal tetapi masih kuat semangat walau diuji apabila basikal yang digunakan untuk mencari rezeki dicuri berhampiran stesen MRT Surian.

Hampir setiap hari dia menggalas beg penghantaran makanan demi menyara kehidupan tanpa meminta-minta dan menagih simpati. Sebelum ini dia gigih kayuh basikal lipat, namun tanpa diduga basikalnya hilang.

“Saya selalu menggunakan basikal atau berjalan kali untuk menghantar makanan tapi baru-baru ini, basikal lipat saya dicuri jadi saya terpaksa menghantar makanan berjalan kaki semula.

Walaupun kunci keselamatan dipotong penjenayah, ini langsung tidak mematahkan tekad dan langkah kakinya untuk terus berjuang. Tanpa basikal, dia kembali berjalan kaki untuk menghantar pesanan pelanggan walau sejauh mana sekalipun jaraknya.

Ads

Ibu Tunggal OKU Berstatus Autisme Sanggup Jalan Kaki Hantar Makanan

Basikal Pernah Dicuri, Ibu Tunggal OKU Berstatus Autisme Sanggup Jalan Kaki Hantar Makanan

Menurut perkongsiannya, dia pernah mencatat perjalanan sejauh 20 kilometer semata-mata mahu menyempurnakan tugasan yang diterima. Bagi Rahimah, dapat bekerja dua hingga tiga jam sehari pun sudah cukup membuatkan hatinya rasa sangat bersyukur.

Berkongsi lanjut, Nur Rahimah memaklumkan dia pernah bekerja dalam bidang teknologi maklumat dan pengujian perisian, namun berhenti pada 2018 bagi menjaga ibunya yang sakit sebelum meninggal dunia pada 2020.

Ads

Dia kemudiannya mula bekerja sebagai penghantar makanan pada 2020 selepas gagal mendapatkan pekerjaan dalam bidang lain.

Basikal Pernah Dicuri, Ibu Tunggal OKU Berstatus Autisme Sanggup Jalan Kaki Hantar Makanan

Ads

Bercerita mengenai keadaan autisme yang dialaminya, Nur Rahimah memaklumkan dia disahkan menghidap autisme ketika melanjutkan pengajian diploma selepas pernah dibuli ketika berada di kampus pada 2003.

Anda mungkin berminat dengan

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia kadang-kadang sukar memahami gurauan, sindiran atau perkara yang disampaikan secara tersirat.

Tidak mahu ‘terduduk’ terlalu lama, Nur Rahimah masih berusaha mencari pekerjaan tetap yang bersesuaian dengan kemahiran dan kelayakannya selain meneruskan kerja sebagai penghantar makanan.

Semoga wanita cekal ini terus kuat semangat dan dipermudahkan dalam urusan harian demi mencari rezeki untuk anak-anak tersayang.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Servis Pembersihan Rumah

Pilih Servis Pembersihan Rumah, Intan Sudah Lali Dengan Segala Bau

Bukan kerjaya biasa-biasa, buat servis pembersihan rumah juga adalah satu cabaran yang tidak ramai sanggup lakukan kerana memerlukan kudrat dan kena hadap macam-macam bau.