Ads

Anggota Tentera Didakwa Sepak Anak 5 tahun Di Restoran, Isteri Boleh Bertindak Jika Berlaku Depan Mata

Sepak Anak
Sepak Anak

Rasa marah membuak-buak selepas melihat video seorang ayah sepak anak di sebuah restoran baru-baru ini. Apakah langsung tiada rasa belas pada seorang kanak-kanak sehingga sanggup perlakukan sedemikian di tempat awam?

Anggota Tentera Didakwa Sepak Anak 5 tahun Di Restoran

Anggota Tentera Didakwa Sepak Anak 5 tahun Di Restoran, Isteri Boleh Bertindak Jika Berlaku Depan Mata

Namun selepas video tersebut tular, koperal tentera, Mohamed Nisa Mohamed Nasir, 40, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyepak anak perempuannya di sebuah restoran Jumaat lalu.

Mengikut laporan berita, tertuduh sebagai bapa kandung kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun tiga bulan, didakwa dengan cara menyepaknya menggunakan kaki.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Jalan Kuala Krai di sini pada jam 10.55 malam pada 11 September lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Anggota Tentera Didakwa Sepak Anak 5 tahun Di Restoran, Isteri Boleh Bertindak Jika Berlaku Depan Mata

Ads

Terdahulu, pendakwaan tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh. Namun, peguam memohon mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 dengan alasan tertuduh merupakan penanggung tunggal keluarga.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta beberapa syarat tambahan.

Antara syarat ditetapkan ialah tertuduh tidak dibenarkan mengganggu saksi pendakwaan terutama mangsa, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap dua bulan sekali.

Tertuduh yang berkhidmat dalam tentera selama 19 tahun itu masih mempunyai kira-kira dua tahun lagi tempoh perkhidmatan.

Ads

Isteri Boleh Bertindak Jika Berlaku Depan Mata

Anggota Tentera Didakwa Sepak Anak 5 tahun Di Restoran, Isteri Boleh Bertindak Jika Berlaku Depan Mata

Dalam isu ini, isteri sepatutnya boleh bertindak melindungi si anak. Jika nampak suami bertindak kasar, jauhkan anak daripada suami pada ketika itu. Tolong jangan biarkan anak bersendirian dengannya sementara dia masih marah atau ada risiko tindakan itu berulang.

Jika suami masih agresif, ibu dan anak patut pergi ke tempat yang selamat dan hubungi 999 jika terdapat ancaman segera.

Kemudian catat tarikh, masa, restoran, apa yang berlaku sebelum dan selepas anak disepak serta siapa yang menyaksikannya. Simpan gambar kecederaan jika ada dan apa-apa bukti seperti CCTV restoran.

Ads

Dapatkan perlindungan jika anda sebagai ibu, bimbang perkara itu akan berulang. Kalau ikutkan kanak-kanak bawah 18 tahun yang tinggal sebagai anggota keluarga turut dilindungi di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga.

Anda mungkin berminat dengan

Malahan JKM juga boleh membantu dengan Emergency Protection Order (EPO) dan mendapatkan IPO/PO, selain menyediakan penempatan sementara di tempat selamat jika perlu.

Selain itu, isteri yang berdepan kes seperti ini boleh terus menghubungi Talian Kasih 15999 atau WhatsApp 019-261 5999, yang beroperasi 24 jam dan menerima aduan penderaan serta pengabaian kanak-kanak.

Apa pun, kita sebagai orang ramai yang ada sekitar itu juga boleh membantu sama dengan langkah yang sepatutnya. Anda tidak perlu pun menjadi ahli keluarga untuk membuat laporan. Agak-agak rasa nampak kanak-kanak dalam keadaan tidak selamat, boleh terus bertindak.

Yang penting utamakan keselamatan kanak-kanak, tetapi elakkan tindakan fizikal terhadap si bapa yang boleh menyebabkan keadaan bertambah rumit.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Kebayaree

Kebayaree: Gabungan Kebaya Dan Saree Dalam Gaya Malaysia

Kebayaree menggabungkan kebaya dan saree dalam gaya unik Malaysia, mencerminkan identiti masyarakat pelbagai budaya menerusi fesyen.