Ads

Hasil Derma Darah, Wanita Ini Dapat Wad Kelas Dua Percuma Ketika Bersalin

Derma Darah
Derma Darah

Menarik pula baca satu perkongsian seorang wanita yang kerap derma darah di hospital kerajaan, rupanya cara ini melayakkan anda menerima pelbagai keistimewaan perubatan percuma berdasarkan jumlah kekerapan pendermaan darah.

Hasil Derma Darah

Hasil Derma Darah, Wanita Ini Dapat Wad Kelas Dua Percuma Ketika Bersalin

Antara yang berkongsi pengalaman menerima manfaat tersebut ialah seorang pengguna Threads, Fatima Zahara, yang memaklumkan bahawa dia dapat bersalin di wad kelas kedua Hospital Cyberjaya secara percuma.

Menurut Fatima, dia melahirkan anaknya melalui pembedahan Caesarean kecemasan (C-section) disebabkan bayi mengalami tekanan janin (fetal distress) pada 23 September lalu.

“Terima kasih kerajaan Malaysia atas keistimewaan yang diberikan kepada kami sebagai penderma darah tegar.

“Berjaya bersalin di wad kelas kedua Hospital Cyberjaya secara percuma. Hospital Cyberjaya memang tiada wad kelas pertama ya. Saya dimasukkan ke wad selama tiga hari.

“Saya melahirkan bayi melalui pembedahan Caesarean kecemasan (C-section) disebabkan bayi mengalami tekanan janin (fetal distress).

“Jumlah keseluruhan kos rawatan tanpa subsidi hampir mencecah RM4,000. Namun, selepas menerima subsidi, saya hanya perlu membayar sekitar RM130 sahaja,” katanya.

Wanita Ini Dapat Wad Kelas Dua Percuma Ketika Bersalin

Hasil Derma Darah, Wanita Ini Dapat Wad Kelas Dua Percuma Ketika Bersalin

Ads

Fatima menjelaskan bahawa jumlah bayaran tersebut turut merangkumi kos rawatan bayinya yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) selama seminggu.

“Saya juga tinggal bersama bayi (rooming-in) di NICU selama empat hari. Terima kasih kepada kerajaan Malaysia serta semua jururawat dan doktor di Hospital Cyberjaya,” katanya lagi.

Menerusi perkongsian tersebut, Fatima turut memuat naik gambar kad derma darah miliknya yang memaparkan rekod tarikh pendermaan darah.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut berkongsi pengalaman sama dengan Fatima.

“Saya pun last year discharged tanpa bayar apa apa di HCJ sebab penderma darah,” kata seorang netizen.

Ads

“Dapat merasa wad kelas pertama dekat IKN, Putrajaya,” kata seorang lagi.

Owh ya, anda perlu menunjukkan buku rekod pendermaan darah (buku merah) atau bukti sah pendermaan di Unit Hasil atau kaunter pendaftaran hospital kerajaan.

Jadual Keistimewaan Rawatan Buat Penderma Darah

Buat anda yang nak derma darah, boleh rujuk keistimewaan lain menerusi perkongsian ini, kalau lebih daripada 30-50 kali, lagi menarik!

Hasil Derma Darah, Wanita Ini Dapat Wad Kelas Dua Percuma Ketika Bersalin

 

Ads

Hasil Derma Darah, Wanita Ini Dapat Wad Kelas Dua Percuma Ketika Bersalin

Anda mungkin berminat dengan

 

Hasil Derma Darah, Wanita Ini Dapat Wad Kelas Dua Percuma Ketika Bersalin

Hasil Derma Darah, Wanita Ini Dapat Wad Kelas Dua Percuma Ketika Bersalin

Sebelum anda membuat derma darah, boleh amalkan tips untuk naikkan hb dulu. Anda boleh makan folic acid (atau iron supplement) dengan vitamin C. Paling senang, amalkan jus oren.

Kongsi Fatima lagi, sepanjang hamil, hb tak pernah bawah 11. Untuk derma darah, hb kena 12.5. Jadi anda boleh banyakkan makan kerang, daging merah, iron seminggu atau 2 minggu sebelum derma darah.

Apa yang menarik, keistimewaan rawatan percuma ini dikhaskan untuk warganegara Malaysia yang menderma di tabung darah atau fasiliti KKM. Moga anda yang masih belum ada pengalaman, boleh cuba dan semangat nak derma darah lagi.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Payudara

Awas, Kalau Payudara Seperti Kubis Bunga, Itu Petanda Kanser Tahap Akhir!

Kanser payudara sering dibincangkan di kalangan wanita, namun sebenarnya kaum lelaki juga boleh mendapat kanser payudara.