Ads

OUT-OF-OFFICE Kini Di Malaysia, 3 Produk Contour Makeup Untuk Wajah Lebih Berdimensi

contour makeup

Bagi yang ingin belajar teknik kontur wajah tetapi masih kurang yakin untuk mencubanya, jenama kecantikan China atau C-Beauty, OUT-OF-OFFICE (OOO), kini memasuki pasaran Malaysia dengan rangkaian produk solekan yang direka untuk memudahkan rutin harian.

Diperkenalkan dengan falsafah “Efficient Makeup, Effortless Life”, jenama ini memberi tumpuan kepada teknik kontur dan pembentukan wajah yang sesuai dengan ciri wajah Asia, menggunakan permainan cahaya dan bayang-bayang untuk menghasilkan dimensi tanpa kemasan yang terlalu berat.

Baca artikel: Makeup Bella Astillah Untuk Majlis Resepsi, Ini 9 Produk Armani Beauty Pilihan MUA

Pendekatan ini menjadikan contour makeup lebih mudah diterokai, khususnya buat pemula yang mahu mencuba teknik tersebut tanpa perlu menguasai langkah solekan yang rumit.

OUT-OF-OFFICE diasaskan pada 2019 oleh usahawan kelahiran Shanghai, Jennifer Qian. Latar belakangnya dalam bidang seni halus mempengaruhi pendekatan jenama dalam menghasilkan produk kontur yang praktikal dan mudah digunakan.

3 produk contour makeup OUT-OF-OFFICE

OUT-OF-OFFICE memperkenalkan beberapa produk utama untuk membantu pengguna menghasilkan solekan wajah yang lebih berdimensi. Berikut tiga pilihan yang diketengahkan bersama julat harga runcit yang disyorkan.

1. Contour & Highlight Duo Pencil

contour makeup

Buat yang mahukan produk kontur mudah dibawa ke mana-mana, Contour & Highlight Duo Pencil hadir dalam format pensel dua hujung untuk aplikasi kontur dan penyerlah.

Tekstur krimnya direka supaya mudah dibaurkan bagi menghasilkan kemasan yang lebih sekata. Produk ini ditawarkan dalam tiga pilihan tona, iaitu Y00, Y01 dan Y05.

Ads

Menurut siaran media jenama, Y01 merupakan pilihan terlaris di peringkat global, manakala Y00 dan Y05 turut dikenal pasti sebagai tona popular dalam kalangan pengguna Malaysia.

Format pensel ini boleh menjadi pilihan buat mereka yang mahu mencuba contour makeup dengan aplikasi lebih terarah pada bahagian tertentu wajah.

2. Sculpt Liquid Bronzer

contour makeup

Jika lebih gemar tekstur cecair, Sculpt Liquid Bronzer menawarkan pilihan untuk menambahkan kehangatan dan dimensi pada wajah.

Produk ini dilengkapi reka bentuk dua hujung serta kepala berus yang direka untuk membantu aplikasi lebih terarah. Pengguna boleh membina intensiti warna mengikut gaya solekan yang diinginkan.

Bronzer juga boleh digunakan untuk memberikan kesan wajah yang lebih berdimensi apabila diaplikasikan dan dibaurkan dengan sesuai.

Ads

Bagi peminat contour makeup, pilihan tekstur cecair ini memberikan alternatif kepada produk kontur berbentuk pensel atau bedak.

3. Highlight & Contour Palette 01

contour makeup

Buat yang gemar mempunyai beberapa pilihan tona dalam satu produk, Highlight & Contour Palette 01 menghimpunkan empat warna dalam satu palet kompak.

Palet ini direka untuk kegunaan kontur dan penyerlahan wajah, dengan pilihan tona yang sesuai untuk menghasilkan penampilan bernuansa hangat atau sejuk.

Tekstur bedaknya pula direka supaya mudah dibaurkan, manakala berus terbina dalam memudahkan aplikasi ketika berada di luar rumah.

Dengan beberapa tona dalam satu palet, pengguna boleh bereksperimen dengan intensiti bayang-bayang dan penyerlahan mengikut hasil yang diinginkan.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Bagaimana menjadikan contour makeup lebih mudah?

Selain menawarkan produk, OUT-OF-OFFICE turut memberi penekanan kepada pendidikan solekan melalui kandungan panduan dan tutorial langkah demi langkah.

Antara teknik yang diketengahkan termasuk kontur hidung dan cara menyerlahkan struktur wajah. Pendekatan ini bertujuan membantu pengguna memahami teknik solekan secara berperingkat tanpa berasa terbeban.

Bagi pemula, perkara penting ialah memahami bahawa contour makeup bukan sekadar menyapu warna gelap pada wajah. Teknik ini menggunakan gabungan bayang-bayang dan penyerlahan untuk memberikan ilusi dimensi.

Mulakan dengan sedikit produk, baurkan dengan baik dan sesuaikan tona dengan warna kulit. Hasil akhir juga boleh berbeza mengikut bentuk wajah, pencahayaan serta teknik aplikasi.

Di mana boleh mendapatkan OUT-OF-OFFICE di Malaysia?

Pengguna di Malaysia boleh meneroka produk OUT-OF-OFFICE di Shopee Malaysia, TikTok, Lazada Malaysia, dan Watsons Pink di IOI City Mall, Putrajaya

Dengan pilihan produk yang merangkumi pensel kontur, bronzer cecair dan palet empat tona, OUT-OF-OFFICE menawarkan beberapa format untuk diterokai mengikut keselesaan dan rutin solekan masing-masing.

Buat yang ingin mencuba contour makeup buat kali pertama, memilih tekstur yang mudah digunakan dan mempelajari teknik membaurkan produk boleh menjadi langkah permulaan untuk menghasilkan solekan yang lebih kemas dan semula jadi.

Baca juga artikel: Skin Undertone: Cara Kenal Pasti Cool, Warm Atau Neutral

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Zakat Selangor

Zakat Selangor Lancar Kempen ‘Kerana Zakat’, Seru Masyarakat Bantu Lebih 82,000...

Zakat Selangor melancarkan Kempen Kerana Zakat 2026 bagi menyantuni lebih 82,000 keluarga asnaf. Kempen ini turut memperkukuh bantuan pendidikan, kebajikan, ekonomi dan perumahan menerusi kerjasama strategik bersama SPNB.