Ads

Bella Astillah Mula Tugas Sebagai Isteri & Ibu, Jaga Makan Syed Saddiq Cukup Mudah

Bella Astillah
Bella Astillah

Seronok melihat semyuman Bella Astillah di samping suaminya, Syed Saddiq dan anak-anak tersayang. Sudah lebih seminggu mereka bergelar suami isteri yang sah, terkini pelakon dan penyanyi ini membuat pendedahan lucu bahawa tidak susah untuk menjaga suaminya, Syed Saddiq.

Bella Astillah Mula Tugas Sebagai Isteri & Ibu

Bella Astillah Mula Tugas Sebagai Isteri & Ibu, Jaga Makan Syed Saddiq Cukup Mudah

Menurut Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, dia kini sudah berpindah ke rumah suaminya, dan sudah mula menjalankan tugas sebagai isteri dan ibu.

“Saya masih menyesuaikan diri sebab sejak berkahwin saya pindah ke rumah suami. Jadi saya perlu mulakan rutin yang baru berempat.

Ads

“YB seorang yang sangat ringkas. Biasanya kalau untuk sarapan pagi, orang akan minta nasi lemak atau sebagainya, tetapi dia hanya perlukan nestum (bijiran segera berkhasiat) sahaja.

“Kadang-kadang kalau hujung minggu, dia akan minta pancake (lempeng). Jadi mudahlah untuk seorang Bella Astillah,” katanya.

Syed Saddiq Pula Tak Lagi Rasa Sunyi

Bella Astillah Mula Tugas Sebagai Isteri & Ibu, Jaga Makan Syed Saddiq Cukup Mudah

Ads

Sementara itu bagi Saddiq pula, dia meluahkan rasa gembira kerana kini hidupnya tidak sunyi lagi apabila rutin hariannya kini ditemani isteri dan anak-anak.

“Kini bila bangun pagi, ada isteri di sisi. Dapat sarapan bersama anak-anak dan hantar mereka pergi ke sekolah.

Ads

“Bila balik kerja, hilang penat bila disambut oleh anak-anak. Kami akan bersenam bersama,” kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

Untuk rekod, pasangan ini diijabkabulkan sebagai suami isteri yang sah pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118. Majlis resepsi pertama mereka berlangsung meriah pada 18 Oktober lalu dan dihadiri oleh 3,000 tetamu.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Zakat Selangor

Zakat Selangor Lancar Kempen ‘Kerana Zakat’, Seru Masyarakat Bantu Lebih 82,000...

Zakat Selangor melancarkan Kempen Kerana Zakat 2026 bagi menyantuni lebih 82,000 keluarga asnaf. Kempen ini turut memperkukuh bantuan pendidikan, kebajikan, ekonomi dan perumahan menerusi kerjasama strategik bersama SPNB.