
Pagi ini tular video dan gambar pendakwah selebriti, Ustaz Wadi Annuar terbabit kemalangan bersama beberapa kakitangannya di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) di sini hari ini.
Ustaz Wadi Annuar Kemalangan Di Gerik

Difahamkan kemalangan tersebut berlaku berhampiran Tasik Banding di sini ketika mereka dalam perjalanan ke Gerik.
Insiden tersebut turut dimaklumkan menerusi satu hantaran di akaun Thread rasminya pagi ini.
“Dukacita dimaklumkan bahawa Ustaz Wadi Annuar bersama beberapa orang staf telah terlibat dalam kemalangan di Gerik, Perak.
“Doakan semoga Allah SWT melindungi mereka, diberikan kesembuhan serta dipermudah segala urusan. Amin,” kata hantaran itu
Cedera Di Dada & Perut

Berdasarkan maklumat awal yang diterima, kemalangan itu dipercayai melibatkan pertembungan antara kenderaan yang dinaiki Ustaz Wadi Anuar dengan sebuah kenderaan lain. Lokasi kejadian dilaporkan berhampiran kawasan Air Banun, Tasik Banding.
Kenderaan yang dinaiki Ustaz Wadi Anuar membawa beberapa orang penumpang. Setakat ini, Ustaz Wadi Anuar dan seorang lagi ustaz telah tiba di hospital.
Alhamdulillah, keadaan Ustaz Wadi Anuar dilaporkan stabil. Beliau masih sedar dan boleh bercakap, namun mengadu mengalami kesakitan di bahagian dada dan perut. Beliau juga mengalami kesakitan di bahagian lutut.
Seorang lagi ustaz yang tiba bersama beliau turut mengalami kecederaan di bahagian lutut.
Difahamkan, Ustaz Wadi Anuar dan seorang lagi ustaz telah dibawa ke bilik X-ray untuk menjalani pemeriksaan lanjut.
Anda mungkin berminat dengan
Bagaimanapun, terdapat seorang lagi mangsa daripada kenderaan lain yang dilaporkan berada dalam keadaan tidak stabil dan tidak sedarkan diri. Mangsa berkenaan masih menerima rawatan di hospital.
Ramai yang terkejut dengan berita ini, semoga Ustaz Wadi segera pulih dan kembali berbakti menyampaikan ilmu serta dakwah kepada masyarakat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

