Majlis resepsi Janna Nick ala Barat, Ustaz Wadi beri penjelasan kenapa balik awal. Hukum tetap hukum.

Pasangan artis Janna Nick sudah pun selamat bergelar isteri kepada Dini Schatzmann Sabtu lepas.

Majlis Resepsi Janna Nick Ala Barat

Di sebalik kegembiraannya meraikan hari bahagia, dirai mengikut pilihannya namun didakwa ala Barat oleh warganet di mana Dini dilihat melutut di hadapannya seperti membuat lamaran, kehadiran penceramah popular, Ustaz Wadi Annuar yang dijemput membaca doa menjadi isu sehingga membawa kepada pencerahan dari Ustaz Wadi mengenai isu yang timbul ini.

Kata Ustaz Wadi, dalam video pencerahannya, memaklumkan, dirinya dijemput menghadiri kenduri yang mana hukumnya wajib jika tiada sebarang keuzuran dan masa yang sama membaca doa untuk keberkatan majlis.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Mengaku Kahwin 53 Kali Demi Mencari ‘Kestabilan Emosi’, Perkahwinan Tersingkat Bertahan Satu Malam!

Vanidah Nikah Jurutera, Berkat Restu Ahli Keluarga “Perasaan & Hati Anak-Anak Diutamakan”

Gara-Gara Nak Jadi Isteri ‘Menteri’, Rugi RM4,200 BAYAR ‘Yuran Proses Perkahwinan’!

IKLAN

Namun dirinya balik lebih awal dan tidak menunggu hingga habis majlis tetapi sudah memaklumkan kepada tuan rumah untuk tidak berlamaan di majlis berkenaan.

“Saya dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan itu dan membaca doa. Apabila sampai di majlis itu, pasangan pengantin belum sampai lagi. Sepuluh minit kemudian, pengerusi majlis mengumumkan saya membaca doa yang ketika itu pengantin tak ada lagi.

“Habis baca doa, saya duduk di kerusi kembali. Kemudian saya  nampak pengantin sampai dari hujung sana, saya beritahu PA (pembantu peribadi) bahawa kami kena balik kejap lagi dan tidak dapat teruskan majlis. Saya buat keputusan untuk tidak makan, (tidak) bergambar, (tidak) bersama mengikut tentatif sehingga ke akhir majlis,” katanya menerusi rakaman video di media sosial.

Ustaz Wadi Beri Penjelasan Kenapa Balik Awal. Hukum Tetap Hukum…

Ustaz Wadi memaklumkan selepas pasangan pengantin itu berucap dan beredar, beliau terus balik dan memaklumkan kepada ‘tuan rumah’ mengenai niat mereka untuk meninggalkan majlis lebih awal.

Menurutnya, tindakannya untuk balik awal adalah seperti yang diajarkan dalam Islam iaitu tidak memalukan orang lain, menimbulkan persepsi negatif serta tidak menjatuhkan tuduhan dan fitnah.

IKLAN

“Hukum tetap hukum, namun pada masa sama, tidak keruhkan keadaan dan menimbulkan fitnah,” katanya di akhir rakaman video berkenaan.

Terdahulu, kehadiran Ustaz Wadi Annuar sebagai agamawan terkenal ke majlis resepsi Janna Nick dan suami di resort terkemuka di Langkawi diraikan ala Barat mendapat pelbagai reaksi warganet.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Dr Say Cerita Pengalaman “Koyak” & “Meroyan” Selepas Bersalin
Pengalaman lahirkan anak pertama buat isteri gerun untuk hamil dan bersalin lagi. Kalau tak ada bantuan suami, boleh menjurus kepada meroyan selepas bersalin atau “postpartum”.

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI