Majikan hanya beri cuti bersalin 2 hari, balik dari kerja suami jumpa isteri ah meninggal.  Cuti merupakan hak pekerja. Bagi wanita yang bersalin, mereka berhak menerima gaji penuh selama 98 hari selepas bersalin. Ini berdasarkan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021 telah meluluskan fasal 12 iaitu pemanjangan cuti bersalin.

Manakala bagi pasangan pula berhak mendapat cuti selama 7 hari bergaji penuh menurut  pindaan 60FA akta yang telah diluluskan di dalam Dewan Rakyat baru ini.

Majikan Hanya Beri Cuti Bersalin 2 Hari

Di media sosial, luahan seorang suami Exly Jailon menjadi tumpuan ramai apabila meluahkan kekesalan dan kekecewaan hatinya terhadap majikan yang tidak memberinya cuti tambahan sedangkan isterinya  yang baru melahirkan anak pada 4 Mei lalu.

Majikan Hanya Beri Cuti Bersalin 2 Hari, Balik Dari Kerja Suami Jumpa Isteri Dah Meninggal. Anak Merengek Kelaparan
Kejadian ini berlaku di rumah sewa mereka iaitu di Kampung Tanaki, Penampang, Sabah.
Majikan Hanya Beri Cuti Bersalin 2 Hari, Balik Dari Kerja Suami Jumpa Isteri Dah Meninggal. Anak Merengek Kelaparan
Isterinya ditemui sudah terkujur kaku sebaik Exly membuka pintu rumahnya pada jam 6.30 petang. Anaknya pula menangis kelaparan di sisi mayat ibunya.

Sangat menyayat hati, dia hanya diberi peluang cuti dua hari (itu pun semasa menemani isteri bersalin di hospital iaitu pada 4 & 5 Mei) dan terpaksa kembali bekerja kerana arahan majikan hanya mampu membiarkan isterinya berpantang sendirian.

Balik Dari Kerja Suami Jumpa Isteri Dah Meninggal. Anak Merengek Kelaparan

Apa yang membuatkan hatinya lebih kecewa, sebaik pulang petang dari kerja pada jam 6.30 petang pada 9 Mei lalu, sebaik pintu rumah dibuka, dia terlihat isterinya sudah terbujur kaku di samping anak kecilnya berusia 4 hari itu merengek kelaparan di sisi  isterinya yang sudah menjadi mayat di rumah sewa mereka di Kampung Tanaki, Penampang, Sabah.

Menurut saksi kejadian, suami, Exly Jailon menangis bagaikan orang gila kerana kehilangan isteri disayangi. Yang terpaksa ditinggalkan berpantang sendirian kerana majikan meminta dia masuk juga kerja walau isterinya baru saja melahirkan anak.

IKLAN

Dalam facebooknya, Exly menzahirkan kekecewaan hatinya kerana kehilangan isteri tercinta. Dia merasakan satu kehilangan yang amat sangat apatah terpaksa membesarkan bayi kecilnya sendirian selepas insiden ini terjadi.

Dia mengakui mengalami anxiety selepas kejadian kematian isterinya selain mengaku tidak kisah jika majikan memotong gajinya kerana mahu menjaga isteri dalam pantang. Namun apa yang membuatkan dia lebih bersedih, selepas kematian isterinya itu, gajinya turut dipotong 13 hari kerana menjaga anaknya yang masih kecil. Nampak seakan majikan kurang prihatin sedangkan cuti diberi oleh kerajaan adalah sebanyak 7 hari bagi suami yang isterinya dalam pantang.

IKLAN

Ramai Ngo menyuarakan hal ini kerana beranggapan majikannya tidak prihatin dan sensitif hingga Exly berasa tawar hati untuk bekerja semula.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Awal dan Scha Pening Dengan Perangai Anak Kedua..

Awal dan Scha pening melihat Lila menyakat Lara. Memang anak kedua selalu perangai begitu ya?  Jangan lupa pula ya ibu-bapa di luar sana untuk sentiasa menjaga hygiene gigi anak-anak, penting tu!

IKLAN

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI